Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, January 14, 2013

Isu Kalimah Allah - Pakatan Bakal Berpecah.....?


Mahaguru fahaman pluralisme di Malaysia, Anwar Ibrahim amat gelisah apabila Pas membangkang gesaan Dap berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian di dalam Al Kitab (Injil).

Justeru, tidak mahu isu itu merebak kepada tahap menggugat kerjasama PKR, Dap dan Pas dalam Pakatan Rakyat, Anwar telah memanggil mesyuarat tergempar pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti untuk merungkai satu lagi krisis yang berpotensi meledak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

Isu penggunaa kalimah ALLAH kembali menjadi panas apabila Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng menghidupkan balik isu itu dalam perutusannya menjelang sambutan Hari Krismas pada 24 Disember lalu.


Dap menegaskan kerajaan perlu membenarkan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab iaitu versi bahasa Melayu kitab Injil. Jika Dap benar-benar mahu menjadi jaguh kepada penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian di Malaysia, mengapa isu ini diperjuangkan hanya sejak dua tahun lalu dan tidak dari masa parti itu ditubuhkan?

Mengapa ketua agama Kristian sedunia, Paus Benedict XVI tidak menggunakan kalimah ALLAH di dalam mana-mana ucapan atau penulisan gereja di negara-negara Barat?

Penggunaan kalimah Allah di dalam mana-mana terjemahan Bible Kristian dan penerbitan mereka di dalam bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang mempunyai asas yang kukuh di dalam agama mereka dan bukan sebahagian dari agama. Dan ia tidak boleh disabitkan sebagai sebahagian dari agama mereka.

Tiada wujud di dalam Bible di dalam bahasanya yang asal Hebrew-Aramaic dan NT (Greek) ayat-ayat yang merujuk nama Tuhan di dalam Bible sebagai Allah.

Tidak wujud ayat-ayat di dalam Bible ayat-ayat yang membentuk pernyataan dari Tuhan itu sendiri bahawa namaNya ialah Allah. 

Berbeza dengan al Qur'an, di dalam surah  seperti berikut :

Surah Taha ayat 14:

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

Al Qasas ayat 30:

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam. 

Mengapa di Malaysia yang mana umat Islam adalah lebih 60 peratus daripada jumlah penduduk negara manakala penganut Kristian hanya mencecah 9.2 peratus sahaja, isu ini perlu digembar-gemburkan sehingga ke tahap mencabar Perlembagaan Negara?

Ini tidak lain tidak bukan kerana pembangkang mahu mempolitikkan isu yang sensitif ini untuk dilihat sebagai hero menjelang pilihan raya. Ia juga menjadi sebahagian daripada agenda licik pembangkang terutamanya Dap untuk mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan serta melemahkan kedudukan umat Islam di negara ini.

Dengan menggunakan logik yang tidak masuk akal dan berselindung di sebalik jaminan kebebasan beragama di dalam Perlembagaan, pembangkang cuba mengeksploitasi ruang yang diberi bagi kepentingan politik mereka.

Pas, yang sekian lama dituduh sebagai keldai tunggangan Dap dan dipaksa tunduk kepada kemahuan parti cauvinis Cina itu dalam beberapa isu sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian keras Dap.


Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan medianya menegaskan bahawa penganut Kristian di negara ini tidak harus menggunakan kalimah ALLAH di dalam Al Kitab. Ini kerana jika digunakan tanpa melihat keadaan sosio-politik dan latarbelakang Islam sebagai agama persekutuan di negara ini, ia menimbulkan kekeliruan di kalangan kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Bayangkan tertera kalimah ALLAH pada papan tanda gereja yang sudah tentunya akan menimbulkan kemarahan umat Islam apatah lagi mengelirukan umat Islam khususnya golongan belia dan remaja yang masih belum mantap pemahaman agama mereka.

Sebagai contoh, apabila seorang Muslim terbeli sebuah buku yang disasarkan kepada Kristian berkenaan soal jawab di dalam amalan agama mereka, apabila memasuki satu bab berkenaan makanan yang dibenarkan, terdapat kenyataan berikut:

"Khinzir dihalalkan bagi kamu oleh Allah setelah Perjanjian Lama dilupuskan."

Bukankah ia bakal menimbulkan kekeliruan dan masalah bagi muslim yang tidak mengetahui dan memahami bahawa Allah di dalam buku itu tidak merujuk kepada Allah Tuhan di dalam agama Islam.

Bukankah ia mengundang satu bentuk masalah kepadanya nanti dengan jabatan-jabatan agama Islam yang melaksanakan enakmen syariah di dalam mana-mana negeri apabila tindakan dikenakan ke atasnya atas sebab kekeliruan ini.

Lupakah kita dengan polemik kes Kartika yang menimbulkan masalah besar kepada negara kerana masyarakat umum diluar tidak faham akan cara pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia.......? kes tersebut menyebabkan Malaysia seketika berada di dalam keadaan 'panas'.

Ini adalah fakta dan bukan khayalan. Semua ini mengundang rasa tidak aman kepada penganut Islam dan menimbulkan satu bentuk sentimen penolakan dan prejudis kepada umat-umat agama lain."

Dap hanya memikirkan kepentingan segolongan kecil penganut satu agama sahaja tetapi kerajaan harus menjaga kepentingan dan hak semua rakyat daripada pelbagai agama, bahasa, budaya dan bangsa.

Kali ini nampaknya Pas tidak akan berganjak dalam isu ang menyentuh sensitiviti dan kepentingan agama Islam dan sanggup bertarung dengan Dap untuk menegakkan pendapatnya.


Jika Pas berundur dan terus akur kepada tekanan Dap bermakna ia tidak layak mengaku sebagai parti yang memperjuangkan Islam dan lebih elok dibubarkan sahaja parti itu. Kredibiliti pas akan terjejas teruk jika ia tidak mempertahankan kenyataan Tuan Ibrahim sebagai pendirian rasmi parti itu.

Mengalah dalam isu ini akan bererti Pas akan kehilangan bukan sahaja keyakinan ahli-ahlinya sebagai sebuah parti Islam tetapi juga undi pada pilihan raya nanti.


Sanggupkah Pas dilabel sebagai parti bacul yang berdegar-degar melaungkan mengenai Islam tetapi cabut lari apabila dicabar oleh Dap sedikit?


Sudah tentunya dalam polimik isu kalimah ALLAH ini, Anwar akan muncul sebagai hero yang akan menyokong kuat pendirian Dap dengan mengenepikan pendapat Pas.

Dap sejak 2008 menyokong Anwar sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU13, namun Pas selama ini hanya berdiam diri dan pada muktamarnya baru-baru ini telah mencalonkan presidennya, Abdul hadi Awang.

Jadi tidak mungkin Anwar akan membiarkan sokongan kuat Dap kepadanya sebagai calon Perdana Menteri akan dibiarkan digugat oleh Pas.

Mesyuarat Pakatan Rakyat yang akan diadakan untuk membincangkan isu kalimah ALLAH akan mengeruhkan lagi hubungan Pas dan Dap yang sudah pun tegang sejak sekian lama.

Mereka adalah musuh politik tradisi dan tidak mungkin sepandai mana Anwar bersilat di gelanggang politik Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan masalah yang mampu mencemar imej dan maruah Islam.

Na’uzubillah. Rasulullah s.a.w. tidak pernah sekali pun berkompromi dalam hal ini. Baginda sentiasa menegaskan bahawa Allah itu tiada sekutu bagi-Nya dan tidak layak untuk disabitkan dengan mana-mana sifat.

Gereja sponsor makan free.......?


Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.