Baru-baru ini pembangkang telah menegur tentang barang-barang yang dijual diKedai 1 Malaysia lebih mahal jika dibandingkan dengan harga barang di pusat membeli belah yang lain. Kami kurang bersetuju dengan cara pembangkang menonjolkan isu ini Kedai 1 Malaysia.
Pembangkang daripada mana-mana negara atau negeri di Malaysia sekalipun, kerja dan tugasnya adalah membangkang dan memperbetulkan rangka kerja yang dibuat oleh kerajaan. Tetapi cara “membangkang” yang bagamana.......? Apa isu yang dipilih pembangkang.......?
Isu yang diketengahkan oleh pembangkang kali ini adalah persoalan disebalik harga barang yang ditawarkan di Kedai 1 Malaysia. Contohnya :
- Sos Tiram dari Kedai 1 Malaysia dikaji di mana tiada unsur tiram & protein terlalu rendah.
- Selain sos tiram, lapan produk yang didedahkan pembangkang ialah jem nenas, ais krim, susu sejat, krimer pekat manis, minyak sapi, sardin, dan kari ayam. Katanya, kesemua produk ini telah melanggar klausa 13, 13B, 14, 15 dan 16 menurut Akta Makanan1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
- Harga barang-barang di Kedai 1 Malaysia mahal dari pasaraya yang lain.
Pembangkang ini pun, kalau nak membangkang pilihlah isu yang bersesuaian.
- Dalam kes ini, jangan hanya fokus kepada produk-produk yang ada di Kedai 1 Malaysia sahaja. Berlambak lagi produk yang sepatutnya mereka buat kajian, jika mereka betul-betul konsisten apabila melibatkan pelanggaran akta makanan. Kenapa mereka tak nak bangkitkan produk-produk makanan dari China.......?
- Pembangkang buatlah kajian secara menyeluruh, banyak lagi pasaraya besar yang murah juga harganya seperti UO, Econsave. Ada buat perbandingan.......? Cukupkah hanya buat 5, 6, 7 perbandingan, kemudian dah buat dapat satu kesimpulan secara keseluruhannya?
2. Konsep Kedai 1 Malaysia : Setakat ini agak baik, untuk menyelaras harga barang di Malaysia.
- Sekurang-kurang ada ikhtiar daripada kerajaan yang kami fikir agak sesuai dan relevan serta boleh diterima pakai bagi membantu menyelaraskan harga barang di Malaysia.
- Kebanyakan peniaga biasanya kalau bekalan barang yang diperolehi mereka mula naik harga, mereka pun naik harga. Betullah kan.......? Itu sahaja pilihan yang mereka ada. Tetapi…...apabila harga bagi bekalan barang yang diperolehi mula berada pada kedudukan yang stabil, ada mereka nak turunkan harga semula.......? Mungkin ada sebahagian kecil yang berbuat begitu. Tetapi, “bertuahlah” jika ramai yang mengikut untuk menurunkan haraganya semula.
- Nak paksa mereka.......? Tak semudah yang disangka. Kalau ada Kedai 1Malaysia sekurang-kurangnya memberikan “tekanan” yang berterusan kepada peniaga yang degil untuk menurunkan harga barang di premis mereka contohnya.
3. Janganlah harapkan kualiti setanding dengan dengan produk-produk di luar sana.
- Contoh paling mudah, kalau anda pergi ke pasar malam kenapa ada yang jual mahal dan ada yang jual mahal.......? Sebabnya isi dalamnya itu sendiri yang membezakan harga dan juga mungkin penjual itu sendiri agak terkenal. Mungkin.
- Jadi sama juga dengan konsep kedai 1 Malaysia, harga bolehdiletakkan pada kadar yang munasabah tetapi kualiti janganlah diharapkan sangat.
- Yang penting bagi kami rakyat ada pilihan, pilihan dan pilihan.
- Jika mahal, jangan beli. Jika tiada kualiti, jangan beli. Pandai-pandailah buat pilihan.
4. Berikan Kedai 1 Malaysia ini peluang untuk membuat penawaran kepada pelanggan mereka
- Mereka baru lagi berikan mereka peluang. Baru setahun jagung.
- Sekarang ada pertikaian dengan kualiti yang ada. Mungkin selepas 2 atau 3 tahun Kedai 1 Malaysia pun mendapat sambutan, ada kemungkinan kualiti barang pun diambil kira.
- Yang penting di sini, dalam pasaran sekarang ada banyak pilihan untuk produk-produk yang ada baik Kedai 1 Malaysia mahupun kedai dan pasaraya yang lain yang ada sekarang ini.
5. Banyak lagi pasaraya yang boleh dibuat perbandingan dengan Kedai 1 Malaysia
- Kalau nak dibuat perbandingan dengan rangkaian pasaraya seperti Carrefour, Giant, Tesco dan lain-lain lagi, mereka ini bilion company. Banyak cawangan di seluruh dunia.
- Jadi tidak mustahil mereka sering buat promosi lebih dan dapat menurunkan harga. Itupun apabila buat promosi pun, hanya untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja. Kemudian promosi pun bukannya kepada semua produk, tetapi hanya sesetengah produk dan barang sahaja.
- Lagipun apa yang kami perhatikan dekat 3 pasaraya tersebut, setiap pasaraya ada benda yang murah, ada benda yang mahal sikit. Akhirnya pusing-pusing balik sama sahaja.
- Sama juga dengan kedai 1 Malaysia sekarang ini.
Cadangan untuk Kedai 1 Malaysia
- Kami harapkan Kedai 1 Malaysia memilih niche dan strategi yang betul untuk buat penawaran produk kepada pengguna di Kedai 1 Malaysia. Contohnya produk yang ada jenama dijual di Kedai 1 Malaysia.
- Untuk permulaan ini janganlah meletakkan produk dan barang barang yang harganya tinggi dari pasaran. Janganlah dicampuraduk untuk dijual di kedai 1 Malaysia
Isu mudah sahaja, apabila monopoli semakin dikurangkan kerana :
- Pilihan semakin bertambah
- Kalau nak beli harga munasaabah dan dalam pada masa yang sama kualiti dikurangkan, silakan berbelanja
- Kalau nak beli harga sedikit mahal dan dalam pada masa yang sama ada kualiti, silakan berbelanja
- Rakyat Malaysia ada wang untuk dibelanjakan dalam pada masa yang sama pilihan banyak di depan mata
- “Perang harga barang” berlaku
- Akhirnya gunakan kuasa kita sebagai pembeli
Aku harapkan pembangkang buat sedikit kajian yang lebih terperinci di mana, apa kesan harga barang di Carrefour selepas adanya Kedai 1 Malaysia.
- Adakah harga barang menjadi semakin mahal.......? ataupun.......
- Adakah harga menjadi semakin murah.......? ataupun.......
- Harganya sama sahaja.......?
P/S : Walaubagaimanapun, aku ingin minta pendapat dan pengalaman anda sendiri yang pernah pergi ke Kedai 1 Malaysia dan pasaraya yang lain, harap boleh kongsikan perbandingan harga, kualiti, senarai barang yang ada. Sekurangnya-kurangnya membantu rakan-rakan yang lain utnuk buat pilihan pada masa akan datang.
PEMBANGKANG MMG BANGSAT...DIORANG MANA TAHU KESUSAHAN RAKYAT BIASA...SBB LEVEL X SAMA..DIORANG RASA JEM TU X SEDAP SEBAB DIORANG MAKAN JEM YANG MAHAL..TAPI UNTUK RAKYAT BIASA, JEM YANG DIJUAL KAT KEDAI 1 MALAYSIA TU DH CUKUP SEDAP, SETANDING DENGAN HARGA..AT LEAST KERAJAAN BAGI RAKYAT PILIHAN..PEMBANGKANG APA BUAT? MELALAK MACAM ANJING SAJA NAK TURUN KAN HARGA BARANG..X BUAT2 PUN!!!!
ReplyDeleteSaya tak pernah pergi Kedai 1 Malaysia tapi saya sokong niat baik untuk 'menstabilkan' harga barangan yang mungkin telah 'dimanipulasi' oleh segelintir pemborong yang berkuasa.
ReplyDeleteDalam pada masa yang sama media jangan pula menggambarkan seolah-olah Kedai 1 Malaysia ini telah menyelesaikan isu kenaikan harga barangan yang menggila di Malaysia kerana berapa kerat sahaja rakyat yang mendapat faedah dari cawangan yang terhad pada masa ini. isu fundamentalnya ialah apa langkah konkrit kerajaan untuk mengawal kenaikan kos input (seperti elektrik dan minyak contohnya) supaya harga akhir barangan berada pada tahap yang terkawal. Buat para peniaga, sebarang kenaikan pada kos input mereka adalah alasan mudah untuk mereka membuat keuntungan yang lebih atau pun setidak-tidaknya memastikan keuntungan sedia ada tidak terjejas dengan menaikkan harga barangan yang dijual. Kesan kenaikan harga barangan secara meluas (widespread) adalah lebih sukar dikawal oleh kerajaan berbanding dengan mengawal kenaikan harga elektrik dan minyak yang secara langsung dan tidak langsung memastikan harga barangan berada pada paras yang munasabah. Pada pandangan saya subsidi minyak dan utiliti adalah polisi sosial yang baik kerana kesannya menjangkau majoriti rakyat dan sebarang langkah untuk mengurang atau menghapuskannya akan memberi kesan negatif kepada seluruh rakyat jelata. Ini ditambah pula ketidakupayaan kerajaan untuk mengawal kesan kenaikan berlebihan harga barangan akibat dari pengurangan subsidi (harga barangan pasti naik selepas pengurangan subsidi)
Berbalik kepada topik Kedai 1 Malaysia, ianya adalah langkah yang baik tetapi liputan meluas yang diberikan seolah-olah ianya telah menyelesaikan masalah kenaikan harga barangan di Malaysia adalah tidak wajar. Masih ramai rakyat yang menderita akibat dari kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
puak pembNGKnG SEPERTI PAS DAP dan Pkr tengah pening.mereka jadi upahan dari lintah darat yg menaikan harga gila-gila.teruskan konsep kedaii rakyat satu malaysia.boleh jalan lah DAP yg anti melayu dan islam.PAS cuma jadi wayang tongkoi sahaja.PKR jadi lembu sakit kuk
ReplyDeleteundilah BN pru 13 nanti..
dog and pig (DAP) dan polong kolot rasis (PKR) ni memang bangsat fucker assholes,, terutama a group cina dan india,, dah lah bangkang mcm sial,,, tp guna brg 1 malaysia juga hr2 ,,guna brg awam hr.. x syukur dgn kerajaan yg tolong sekian lama...
ReplyDeleteSaya ada buat kajian lebih 300 barang2 di Tesco, Mydin, Giant dan 99 Speedmart. Takde kesempatan lagi untuk Carrefour. List tu belum complete. Tapi saya ada buat summary list membandingkan semua harga barang untuk lebih 20 barang dan dapat berjimat RM40 untuk 20 barang. List barang2 tu boleh download kat http://www.konfius.com
ReplyDeleteSebenarnya list ni utk mak saya dan saya harap dapat update list ni setiap minggu walaupun dalam kesibukan bekerja di universiti malaya.