Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, December 3, 2011

Indeks Persepsi Rasuah 2011 Bagi Malaysia Bukannya Bertambah Baik Tetapi Makin Merosot…….!


Sekitar 15 tahun lalu iaitu pada tahun 1995, Indeks Persepsi Rasuah bagi Malaysia berada pada tangga yang ke 23 daripada 41 buah negara dengan 5.28 mata. Masa itu, Malaysia bukan calang-calang kedudukannya sehingga boleh sebaris dengan negara maju seperti New Zealand, Australia, Hong Kong, Singapura & Jepun bagi kalangan negara-negara Asia Pasifik. Hebat bukan..............?

Tetapi itu semua tinggal sejarah sahaja sekarang ini. Sepatutnya daripada tahun ke tahun, pencapaian Malaysia bagi Indeks Persepsi Rasuah akan menjadi lebih baik tetapi lain pula jadinya sekarang ini. Makin tahun makin teruk. Terbaru, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah 2011 makin merosot.


 Kita boleh semak semula rekod pencapaian negara kita dalam membanteras dan menangani rasuah dalam tempoh 10 tahun terakhir:


 Apabila gejala rasuah makin “menjadi-jadi” di Malaysia. Secara faktanya, kesannya :

·         akan mengakibatkan ekonomi merosot
·         matawang Malaysaia akan menjadi semakin lemah

Sepatutnya Malaysia mencontohi negara seangkatannya dengan dahulu, yang sama-sama diangkat sehingga digelar “Harimau Asia” iaitu Korea Selatan. Tetapi sekarang, segala benda kita jauh tertinggal termasuklah dalam Indeks Persepsi Rasuah pun kita ketinggalan. Korea Selatan di era 1990 dulu yang keluar daripada kepompong rasuah & membanteras habis-habisan salah laku dan sekarang apa jadi..............? Korea Selatan merupakan negara maju & boleh dikatakan lebih bersih daripada tahun-tahun sebelumnya daripada pimpinan politik yang rasuah serta menyalah gunakan kuasa.

·         Kemusykilan dengan negara yang terperosok seperti Bhutan pun, Malaysia masih lagi tertinggal..............? Ilmu apa yang kerajaan mereka gunakan..............?
·         Hairan bagaimana negara jiran kita, Brunei yang mengamalkan full monarki pun Indeks Persepsi Rasuah mereka lebih baik daripada Malaysia..............?


 Cuba kita semak 4 negara yang tergolong dalam “Harimau Asia” bersama-sama dengan Malaysia sekitar 90an dahulu, di mana mereka sekarang:

·         Singapura 9.2 (nombor 5)
·         Korea Selatan 5.4 9 (nombor 43)
·         Taiwan 6.1 (nombor 32)
·         Malaysia 4.3 (nombor 60)

Di mana silapnya..............?
Apa kurangnya Malaysia..............?
Kenapa Malaysia tidak boleh..............?

Iltizam (perkataan yang selalu digunakan oleh kalangan wakil rakyat semasa sidang Parlimen) daripada semua pimpinan politik di Malaysia bagi bersama-sama menangani rasuah di Malaysia seterusnya meningkatkan lagi Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berbanding yang sekarang ini. Tidak perlu ia dulang saban tahun lagi selepas ini. Aku yakin boleh berjaya, jika semuanya “benar-benar” bersungguh untuk berubah…….!


Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. indeks ni very westernised.jgn terlalu percaya, spt ranking university

    ReplyDelete
  2. tahun 1993 no belas-belas saja. la ni lagi teruk. makin teruk bukan makin baik. Semoga UMNO BN akan tidak lagi memerintah msia pru 13 nanti InsyaALLAH

    ReplyDelete
  3. Dulu pasai umno memerintah sahaja pasai tu rasuah kurang..Lani PR juga memerintah 5 negeri sbb tu index rasuah meningkat...... yakinlah kalau bg balik kpd BN pasti akan turun balik index rasuah...tapi kalau bg kat PR akan naik lebih tinggi kah,kah,kah.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.