Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, November 13, 2011

Kecewa Tindakan Kerajaan PAS Kedah.

Sebahagian penduduk berdemontrasi secara aman membantah pengambilan tanah wakaf oleh kerajaan negeri Kedah 

Inilah yang dikatakan PAS pembela Islam....... hamPAS....... Sedikit demi sedikit tanah-tanah wakaf diratah, lebih-lebih lagi tanah itu terletak di kawasan BANDARAYA. 
----------------------------------------------------------------------
Oleh : JAMLIAH ABDULLAH  - utusankedah@utusan.com.my (11/11/2011)


ALOR SETAR 10 Nov. – Seluruh kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak dekat sini sebulat suara akan mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir hari ini.

Pengerusi jawatankuasa madrasah, Ahmad Hamzah berkata, ahli kariah amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas itu yang mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar satu perbincangan semula diadakan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Jabatan Mufti negeri dan Pejabat Tanah Kota Setar berhubung status sebenar premis di atas tanah wakaf itu.

“Seluruh pemegang amanah dan kariah sangat kecewa kerana kerajaan negeri dan pemaju projek ini melanggar dan mengabaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sendiri yang dikeluarkan pada 21 Jun 2010. - ( PRU13 undi la PAS or PKR or DAP lagi....... ).

“Jadi kami semua ahli jawatankuasa nekad untuk mempertahankan madrasah ini supaya dikekalkan tanah wakaf khas berusia 100 tahun ini daripada diambil dan membantah sekerasnya bangunannya dirobohkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Difahamkan, tapak madrasah seluas 0.08 hektar akan dibangunkan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob yang turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium.

Projek tersebut dikatakan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad dan pemaju swasta.

Menurut Ahmad, pihaknya turut keliru dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 21 Jun lepas yang disifatkan membelakangkan pemegang amanah madrasah.

“Apa yang menghairankan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah bersetuju melakukan pindaan terhadap fatwa yang dikeluarkan sebelum ini iaitu menerima permohonan PKNK agar madrasah ini dirobohkan.

“Walaupun kita sudah memohon secara rasmi agar madrasah ini dikekalkan, namun nampaknya ia tidak diendahkan kerana kami masih menerima notis mengosongkan bangunan ini hujung Oktober lalu daripada Pejabat Tanah Kota Setar yang berakhir hari ini,” katanya.

Katanya, madrasah berkenaan yang mempunyai kira-kira 200 ahli yang berstatus tanah wakaf dikhususkan untuk orang Islam bagi tujuan pembinaan masjid atau surau dan ia tidak pernah diganggu sejak sekian lama.

“Tanah ini adalah hak orang Islam yang sudah termaktub sekian lama dan kami memilih untuk mengekalkannya seperti sedia ada.

“Apa salahnya di sebalik pembangunan kawasan ini dengan pusat komersial, madrasah ini tetap dikekalkan di tempat asal tanpa diruntuhkan bagi manfaat jemaah untuk menunaikan ibadah serta melakukan aktiviti keagamaan,” katanya.

Katanya, madrasah itu kini menjadi pusat kegiatan kelas bahasa Arab dan pengajian agama dan al-Quran selain menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan termasuk ketika bulan Ramadan.
----------------------------------------------------------------------
Mengapa 2 gereja dan satu kuil kedudukannya begitu hampir dengan tapak projek tidak terterlibat.......? Oh yaaaaaaaa....... tanah WAKAF kan FREE, cuma tukar status saja....... Lupa pulak aku....... hukum PAS pakai boleh dilacuri kalau depa perintah......

Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. NASI DAH JADI BUBUQ....SEMOGA SEMUA BELAJAR DR KESILAPAN NOOOO...

    ReplyDelete
  2. inshaalah..pusat pengajian itu akan d tempatkan d tempat yg lebih baik,biarlah tanah itu d bangunkan agar dapat menjana ekonomi negeri,alhamdulillah pendapatan negeri telah bertambah semenjak PR mentadbir..jangan kalut berilah peluang dan lihat akann kebaikan pentadbiran PR

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.