Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, March 4, 2011

Penemuan Salahurus Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB).......?

Aku petik lagi artikal yang ditulis dalam blog DKS (tabik DKS) "Penemuan Salahurus Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB)" (klik sini). Kalau betullah seperti apa yang ditulis, aku sendiri hairan kenapa tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak yang bertanggungjawab samada dari Kerajaan PAS Kedah dan Kerajaan BN Pusat.......? Aku sebagai rakyat dan akan jati Kedah rasa amat terhina. Rakyat seolah-olah diperbodohkan....... MEMANG DIPERBODOHKANLAH......

Aku harap kita dapat menilakannya sendiri apa yang diperkatakan oleh DKS di bawah......:

---------------------------------------------------------------

Tengah aku dok menyelongkap sampah2 yg ada (maklum la tak sabaq dgn pejabat baru, depa ni pakai lempaq merata segala dokumen) terkezutttt aku terjumpa sepucuk surat pendedahan salahurus KTMSB. Surat drp KTPC ditujukan kat YB Tuan HAJI Ir Amiruddin Hamzah. Mai kita pakat2 baca... (Maaf kerana terlalu buruk dan berkeronyok aku scan tak clear, jadi aku taip jugak habuan santapan pembaca)...

---------------------------------------------------------------

Y.B. Tuan Haji Ir. Amiruddin Hamzah,
Pengerusi,
Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd

PENEMUAN-PENEMUAN SALAHURUS KULIM TECHNOLOGY MANAGEMENT SDN BHD (KTMSB)

Merujuk kepada surat pengerusi KTMSB ref: KTMSB/Chairman/01/08 bertarikh 18 March 2008, saya ingin memaklumkan kebimbangan saya bahawa salahurus oleh Tuan Haji Annuar Mohd Saffar tersebut merupakan satu tindakan yang menyalahi undang-undang.

Saya percaya apa yang dinyatakan oleh pengerusi KTMSB dalam surat tersebut merupakan sebahagian kecil sahaja daripada salahurus tersebut setelah melihat penyata Akaun KTMSB bagi tahun 2007.

Transaksi mencurigakan tersebut bukan sahaja berlaku pada bulan Julai 2007 melibatkan 9 keping cek bernilai RM448,118.43 sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi KTMSB melalui surat beliau, malah ia telah berlaku beberapa lama sebelum itu.

Pada bulan Mei dan Jun 2007 juga terdapat pola pembayaran yang sama, iaitu membahagikan jumlah nilai cek agar tidak melebihi RM50,000.00 dan keseluruhannya melibatkan 26 keping cek dengan jumlah keseluruhannya bernilai hampir RM1.3 juta. Cek-cek yang dikeluarkan tersebut adalah seperti di Lampiran A.

Pola tersebut berulang selama tiga bulan yang menunjukkan ianya dilakukan dengan penuh pengetahuan dan sedar, dan bertujuan mengelakkan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah lain tentang pembayaran tersebut memandangkan pengeluaran cek melebihi RM50,000.00 memerlukan tandatandangan seorang lagi Pengarah selain beliau. Oleh kerana itu, cek-cek telah dibahagikan jumlahnya bagi membolehkan beliau menandatangani cek-cek tersebut dengan Pengurus Jabatan Akaun KTMSB yang merupakan kakitangan yang hanya mengikut arahannya.

Rekod juga menunjukkan Teknologam merupakan pelanggan KTMSB, Syarikat TeknoLogam Sdn Bhd pernah dianugerahkan beberapa projek antaranya tender bernilai RM4,431,384.00 pada tahun 2002 yang mana Tn Hj. Annuar merupakan orang yang bertanggungjawab membuat penilaian tender dan cadangan penganugerah tender.

Disertakan bersama-sama ini maklumat berkaitan Tn Hj Annuar dan Teknologam seperti di Lampiran B untuk makluman YB.

Saya mencadangkan agar satu Audit Bebas keatas perkara tersebut diadakan bagi menjamin integriti pengurusan KTMSB.

Sekian, Terima kasih,

Yang benar,
KULIM TECHNOLOGY PARK CORPORATION SDN BHD

---------------------------------------------------------------

Lampiran A

Nombor Cek
Tarikh
Jumlah (RM)
163102
3 Julai 2007
RM50,000.00
163110
3 Julai 2007
RM48,118.43
163109
3 Julai 2007
RM50,000.00
163103
3 Julai 2007
RM50,000.00
163102
3 Julai 2007
RM50,000.00
163104
3 Julai 2007
RM50,000.00
163105
3 Julai 2007
RM50,000.00
163108
3 Julai 2007
RM50,000.00
163106
3 Julai 2007
RM50,000.00
149931
6 Jun 2007
RM50,000.00
149930
6 Jun 2007
RM50,000.00
149929
6 Jun 2007
RM50,000.00
158628
6 Jun 2007
RM50,000.00
158629
6 Jun 2007
RM50,000.00
158636
6 Jun 2007
RM50,000.00
158638
6 Jun 2007
RM50,000.00
158635
6 Jun 2007
RM50,000.00
158634
6 Jun 2007
RM50,000.00
158637
6 Jun 2007
RM50,000.00
158633
6 Jun 2007
RM50,000.00
158632
6 Jun 2007
RM50,000.00
149898
11 Mei 2007
RM50,000.00
149923
11 Mei 2007
RM50,000.00
149924
11 Mei 2007
RM50,000.00
149922
11 Mei 2007
RM50,000.00
149925
11 Mei 2007
RM50,000.00
Jumlah Pembayaran
RM1,298,118.43

Transaksi dipetik dari Penyata Akaun Kulim Technology Management Sdn Bhd di Maybank Cawangan Kulim Hi-Tech Park. No Akaun: 502 111 000 881

---------------------------------------------------------------

Lampiran B

MAKLUMAT TEKNOLOGAM SDN BHD & HUBUNG KAIT DENGAN KTPC DAN KTMSB (RELATED TRANSACTION)

1.       Teknologam telah mendapat satu tender dan dua sebutharga seperti berikut dari KTPC (tender dari Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn):

2002
No Tender :KTPC/TC/2002/MP/10 – ’Advanced Metal Processing Machine’
Jenama: CO2 Laser Cutting Machine (Amada FO-3015)
Jumlah Kontrak : RM4,431,384.00

2003
No Sebutharga: KTPC/TC/2003/AEC/21 (Q) – ‘Profile Projector’
Jumlah Kontrak : RM93,680.00

2004
No Sebutharga: KTPC/TC/2004/SMPC/36 (Q) – ‘Stud Welding Machine’
Jumlah Kontrak : RM71,412.00

(Semua ini adalah semasa Tn Hj. Annuar Mohd Saffar menjadi Pengurus Besar, Pembangunan Teknologi dan Penyelidikan, KTPC yang bertanggungjawab terhadap proses tender tersebut.  Jumlah semua ialah RM4,596,476.00)

2.       Teknologam menjadi pelanggan utama METEX iaitu satu Jabatan di bawah anak syarikat Kulim Technology Management Sdn Bhd (KTMSB) di mana Tn. Hj. Annuar Mohd Safar adalah Pengarah Eksekutifnya.  Lebih 60% dari kerja METEX diperolehi dari Teknologam Sdn Bhd.  Jumlah kerja sejak dari 2005 hingga sekarang adalah dalam anggaran RM500,000.

3.       Teknologam menjadi penyewa Bangunan Kilang Siap, Lot 2 (bersebelahan dengan METEX) di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) dari KTPC dengan kadar sewa sebulan ialah RM5,372.90 bermula 1 Julai 2005.  Ibupejabat Teknologam ialah di Sg Petani.

4.      Teknologam telah memajak tanah seluas 3.44 ekar di Zon Industri Fasa 1, KHTP dari KTPC dengan harga belian RM1,801,815.84 (Lot 20 @ RM12 sekaki persegi) pada tahun 2004.

---------------------------------------------------------------

Aku cuba mencari jawapan samada tindakan ada diambil ataupun tidak aku tak pasti. Ataupun surat ni sampai ka tak ke tangan YB pun tak pasti. Cuma yg pasti, aku rasa tutup buku saja laaa... sebab THAMS masih lagi dok bermaharajalela di KTMSB sampai la ni...

Tertarik dgn satu komen yg aku baca "Masa Datuk Shukri jadi CEO dia tak kacau pun Nash (PKR), Shahiran (PAS), Zaharah (PAS), Rohiza (PAS), Annuar (PKR/Reformasi), Mokhtar (PKR) dan Amin (PKR). Tapi bila hang dengan Hj Sobri mai habih hampa label org BN & UMNO dan nak usir semua orang yg ada sangkut dengan BN keluar. Hampa jadi anti BN, tapi dulu BN tak anti kat geng hampa pun. Sikit pun tak kacau, semua sama rata tanpa mengira fahaman politik".

Pakat2 pikiaq laaa... Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.