ALOR SETAR - Mufti disarankan supaya tidak mencampuri urusan politik dan lebih sesuai bersikap berkecuali dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin politik.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penyertaan golongan itu dalam perbincangan politik tidak sesuai dan perlu dielakkan.
“Eloklah masing-masing menjaga skop kerja masing-masing. Biarlah orang politik bertelagah sesama mereka dalam isu-isu semasa, manakala mufti hanya memfokuskan kepada isu-isu agama. Bak kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, jangan pelanduk mati tersepit di tengah-tengah,” katanya pada sidang media, selepas melancarkan kempen Perlembagaanku peringkat negeri Kedah, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.
Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas-UMNO demi perpaduan umat Islam.
Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, golongan mufti tidak seharusnya campur tangan dalam hal-hal berkaitan politik, kerana mereka harus memberi keutamaan kepada isu agama, terutama berkaitan fatwa.
"Masalah dalam isu fatwa dan agama Islam pun masih banyak belum selesai, eloklah bagi tumpuan. Politik jangan dikacau. Mufti lebih elok jaga peranannya yang sebenar, cukuplah,” katanya.
Ini apa pula cerita Ustaz Azizan ni….. Kalau macam ni la kenyataan beliau, sudah terbukti PAS begitu terpesong jauh dari perjuangan asalnya. Apa sebenarnya yang PAS perjuangkan pun tak tahu la.
PAS menolak mentah-mentah perpaduan ini atas alasan UMNO tidak bertunjangkan Islam, tetapi PAS dan DAP bersatu dalam pelukan hangat walaupun DAP dan Islam adalah jauh panggang dari api.
Islam bukan alasan sebenar PAS untuk menolak perdamaian dengan UMNO. Kerana jika Islam menjadi syarat bagi PAS untuk bersatu dengan mana-mana parti politik, sudah pastinya PAS tidak akan bergabung dengan DAP dan PKR pun.
Islam menyeru umatnya bersatu. Mengikut Islam, orang yang mula-mula menawarkan perdamaian dengan ikhlas dan tanpa syarat dan muslihat adalah mulia. Dan sesiapa yang menolak salam perdamaian dari saudara seagama dan sebangsa adalah sebenarnya dikuasai iblis.
Jika pengikut PAS benar-benar menyembah Allah S.W.T dan bukannya Tok Guru, mereka wajar menerima salam perpaduan ini dengan ikhlas dan berlapang dada sepertiana ajaran Islam, demi masa depan ummah.
Pas ni, mana nak terima pendapat Mufti lain. Bagi mereka Ulama yang tidak masuk Pas tu, Ulama tu tak betul. Kalau ada Ulama atau Mufti yang bagi nasihat tentang kesalahan mereka, mereka akan anggap Ulama atau Mufti terbabit, ejen UMNO atau diupah oleh kerajaan pusat. Mereka hanya percaya Ulama dalam Pas saja, cuba kalau kenyataan yang dikeluarkan oleh N.ajis, pasti mereka akan telan segalanya bulat-bulat.
Kalau Pas tak mahu perpaduan, pegi mampus la kat Pas. UMNO boleh bergerak sendiri. Cuma UMNO perlu sedarkan melayu yang tak sedar diri dalam UMNO tu dulu, baru boleh kita sedarkan melayu yang lain pulak.
inilah pemimpin belidah bewak yang memperjuangkan islam selama ini.
ReplyDeletemufti mana pulak main politik ni zizan...benda yang salah mereka akan tegur/perbetulkan ...
ReplyDeleteyang aku tahu ustaz pas selalau mengutuk kerajaan di masjid ,,ngapa tak tegur zizan oiiii
yg mana dah taksub mana berani tegoq pemimpin depa. Depa anggap pemimpin depa tu MAKSUM.
ReplyDelete80% pjb agama Kedah terdiri dari org PAS semua jenis angguk kepala. Pandai agama la konon. Tegoq tak berani. Sikit hari lagi seluruh pjb agama Kedah semuanya org PAS duduk. La Taulan tengah dok atoq.
Bukan kata khutbah dok mengutuk, malah dlm masa khutbah pun depa cabar polis suruh buat rakaman.
aikkk... Dulu kata politik dan agama tak boleh dipisahkan. Kalau dipisahkan itu lah sekular.
ReplyDeleteBila kena batang hidung sendiri... ini politik takpa jgn campur..
Bila tang UMNO....ini lah parti sekular agama suku... politik suku...
Ini mengesahkan PAS pun hanya parti politik shj.
Bukankah perpaduan ummah itu tuntutan agama Islam. Tindakan Mufti Perak adalah satu perjuangan yg melampaui batas politik.
Yelah peneroka, saya pun bersependapat dengan tuan. Media Wangsa Maju kena citak kitab Ajaran Azizan pulak. Dalam kitab ajaran N.ajis memang dah ada ajaran, boleh di tukar untuk kepentingan PAS.
ReplyDeleteagbr47: Ramai sedara sebagai peneroka. Peneroka yang ni, macam baru jumpa.
PASRAEL KEDAH SEKULAR
ReplyDeletePASRAEL KELANTAN ULAR...