Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, July 26, 2010

GLC Kedah Belanja RM Setengah Juta, Hasil RM2.....?

Tahukah anda bahawa sebuah GLC Kedah yang baru ditubuhkan sejak pemerintahan PAS atas nasihat ex-Menantu Ustaz Azizan telah membelanjakan RM500,000.00, dan hanya mengutip hasil RM2 sahaja.

Tahukah anda kenapa GLC ini belanja banyak tapi tiada hasil? Kerana GLC ini ditubuhkan hanya untuk menjadi sarang untuk menyalurkan duit kepada kroni-kroni PAS semata-mata.

Dipetik dari Kedah Times.

Mungkin kita tertanya-tanya, apakah betul apa yang diperkatakan oleh Kedah Times ini benar atau tidak.....?

Saya begitu yakin dengan persoalan yang dikemukan itu adalah benar, tiada yang benar, melainkan benar belaka. Persoalannya apa buktinya......?

Bagi meyakinkan semua, Sungguhka sedang mengumpul maklumat dan akan cuba membuat pendedahan keatas isu itu. Secara kasar dapat saya perkatakan bahawa kewangan KERAjaan Kedah berada di dalam keadaan amat kritikal sekali. Pendapatannya sekarang hanya mampu bertahan sehingga Disember 2010 sekiranya tiada tindakan derastik diambil.

Sedikit demi sedikit fixed deposit dicairkan. Terbaru 2 buah anak syarikat milik KERAjaan Kedah telah mencairkan sejumlah wang dari fixed depositnya bagi menampung pendapatan KERAjaan. Malah KERAjaan dalam proses menjual sebuah bangunan milik PKNK (Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah).

Berfikirlah secara waras wahai KERAjaan Kedah, gunalah wang rakyat dengan sewajarnya. Benar kamu cuba mengikis wang Negeri untuk kepentingan PRU13, tetapi jangan biarkan rakyat Kedah menderita tanpa pembaharuan dan pembangunan. Dimanakah laungan KEDAH SEJAHTERA yang kalian canang-canangkan.

Kita berpolitik hanya lebihkurang 4 tahun sekali dan memakan masa 2 minggu sahaja. Kenapa selepas itu terus membohongi rakyat dengan janji-janji manis. Adakah rakyat harus menunggu 4 tahun 2 minggu lagi untuk membuat perubahan.....?

Print Friendly and PDF

Tuesday, July 20, 2010

Mufti Diminta Bersikap Berkecuali Dalam Isu Politik......?

ALOR SETAR - Mufti disarankan supaya tidak mencampuri urusan politik dan lebih sesuai bersikap berkecuali dalam isu-isu yang dibangkitkan oleh pemimpin politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, penyertaan golongan itu dalam perbincangan politik tidak sesuai dan perlu dielakkan.

“Eloklah masing-masing menjaga skop kerja masing-masing. Biarlah orang politik bertelagah sesama mereka dalam isu-isu semasa, manakala mufti hanya memfokuskan kepada isu-isu agama. Bak kata pepatah, gajah sama gajah bergaduh, jangan pelanduk mati tersepit di tengah-tengah,” katanya pada sidang media, selepas melancarkan kempen Perlembagaanku peringkat negeri Kedah, di Kolej Universiti Insaniah, semalam.

Azizan berkata demikian ketika diminta mengulas kesediaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menjadi perantara bagi pertemuan pemimpin Pas-UMNO demi perpaduan umat Islam.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, golongan mufti tidak seharusnya campur tangan dalam hal-hal berkaitan politik, kerana mereka harus memberi keutamaan kepada isu agama, terutama berkaitan fatwa.

"Masalah dalam isu fatwa dan agama Islam pun masih banyak belum selesai, eloklah bagi tumpuan. Politik jangan dikacau. Mufti lebih elok jaga peranannya yang sebenar, cukuplah,” katanya.


Ini apa pula cerita Ustaz Azizan ni….. Kalau macam ni la kenyataan beliau, sudah terbukti PAS begitu terpesong jauh dari perjuangan asalnya. Apa sebenarnya yang PAS perjuangkan pun tak tahu la.

PAS menolak mentah-mentah perpaduan ini atas alasan UMNO tidak bertunjangkan Islam, tetapi PAS dan DAP bersatu dalam pelukan hangat walaupun DAP dan Islam adalah jauh panggang dari api.

Islam bukan alasan sebenar PAS untuk menolak perdamaian dengan UMNO. Kerana jika Islam menjadi syarat bagi PAS untuk bersatu dengan mana-mana parti politik, sudah pastinya PAS tidak akan bergabung dengan DAP dan PKR pun.

Islam menyeru umatnya bersatu. Mengikut Islam, orang yang mula-mula menawarkan perdamaian dengan ikhlas dan tanpa syarat dan muslihat adalah mulia. Dan sesiapa yang menolak salam perdamaian dari saudara seagama dan sebangsa adalah sebenarnya dikuasai iblis.

Jika pengikut PAS benar-benar menyembah Allah S.W.T dan bukannya Tok Guru, mereka wajar menerima salam perpaduan ini dengan ikhlas dan berlapang dada sepertiana ajaran Islam, demi masa depan ummah.

Pas ni, mana nak terima pendapat Mufti lain. Bagi mereka Ulama yang tidak masuk Pas tu, Ulama tu tak betul. Kalau ada Ulama atau Mufti yang bagi nasihat tentang kesalahan mereka, mereka akan anggap Ulama atau Mufti terbabit, ejen UMNO atau diupah oleh kerajaan pusat. Mereka hanya percaya Ulama dalam Pas saja, cuba kalau kenyataan yang dikeluarkan oleh N.ajis, pasti mereka akan telan segalanya bulat-bulat.

Kalau Pas tak mahu perpaduan, pegi mampus la kat Pas. UMNO boleh bergerak sendiri. Cuma UMNO perlu sedarkan melayu yang tak sedar diri dalam UMNO tu dulu, baru boleh kita sedarkan melayu yang lain pulak.

Print Friendly and PDF

Friday, July 16, 2010

Berakhirkah Kuasa Politik Melayu.....?

PADA 1946, UMNO ditubuhkan, ketika itu semua orang Melayu boleh dianggap berada dibawah payung parti berkenaan. Namun penyatuan itu tidak lama apabila terwujud Pas pada tahun 1951 selepas berlaku perpecahan di dalam UMNO, ertinya orang Melayu sudah berpecah kepada dua kumpulan.

Buat seketika pertelingkahan politik di kalangan orang Melayu hanya berkisar kepada dua parti ini sahaja, satu pihak menyokong UMNO dan satu pihak lagi menyokong Pas tetapi hakikatnya Melayu sudah berpecah. Penyatuan antara kedua-dua partinya hanya berlaku seketika pada awal tahun 70-an sebelum Pas sekali lagi membawa diri. Melayu kembali berpecah.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila berlaku lagi krisis dalam UMNO. Kali ini ia mewujudkan penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46), walaupun tidak lama berada dalam persada politik tanah air namun kehadiran S46 turut memecahkan undi Melayu.

Bagaimanapun keadaan agak tenang seketika apabila S46 dibubarkan dan ramai kembali kepada UMNO tetapi pertarungan politik antara parti itu dengan Pas berterusan.

Ketika UMNO dan Pas masih lagi teraba-raba mencari titik pertemuan, tercetus pula krisis ketiga dalam UMNO yang 'melahirkan' Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Berbanding perpecahan-perpecahan Melayu sebelum ini, kewujudan PKR ternyata semakin melemahkan kuasa politik Melayu. Orang Melayu yang sudah terbahagi kepada dua puak kini menjadi tiga puak dan ia belum lagi mengambil kira puak keempat iaitu atas pagar.

Akhirnya, walaupun menjadi penduduk majoriti di negara ini, kuasa politik Melayu semakin lemah. Malangnya kelemahan itu tidak menguntungkan UMNO, Pas mahupun PKR, sebaliknya parti-parti bukan Melayu yang lain.

Apa yang berlaku di Pulau Pinang dan di Perak (selama 11 bulan) seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh lenyap bila-bila masa atau kalau pun mempunyai jawatan, mereka perlu mengikut telunjuk orang lain kerana kekurangan jumlah kerusi.

Di Pulau Pinang, walaupun DAP berkongsi kuasa bersama-sama dengan Pas dan PKR tetapi DAP tidak pernah peduli perasaan orang-orang Melayu dalam kedua-dua parti tersebut. Sebab itulah pelbagai tindakan dilakukan termasuk merobohkan kampung-kampung orang Melayu.

Begitu juga di Perak, walaupun sedikit sebanyak orang-orang Melayu di dalam Pas dan PKR membantu kemenangan calon DAP sehingga mereka mampu memiliki kerusi terbanyak di negeri itu, tetapi ketika menjadi kerajaan negeri, DAP tidak pernah mengambil kira pandangan Pas dan PKR. Menteri Besar yang dilantik hanya mengikut sahaja apa yang DAP arahkan.

Sedangkan kalau UMNO dan Pas bekerjasama mewujudkan kerajaan perpaduan, senario 'mengikut telunjuk' tersebut tidak akan berlaku. Ini memandangkan UMNO mempunyai 28 kerusi dan Pas enam kerusi menjadikan jumlah keseluruhannya 34 kerusi.

Di Kedah, walaupun Pas memerintah tetapi talian hayat kerajaan negeri tetap bergantung kepada tiga ADUN bukan Melayu daripada PKR.

Di Selangor, Menteri Besarnya, bukan sahaja bergantung kepada DAP untuk terus kekal sebagai kerajaan negeri malahan harus mendapat sokongan ADUN bukan Melayu dalam PKR untuk kekal berkuasa.

Kecuali di Kelantan dan Terengganu yang bakal terus menyaksikan pertarungan antara parti-parti orang Melayu, di negeri-negeri lain, kuasa politik Melayu semakin berkurangan.

Berikutan perpecahan yang berlaku kuasa politik orang Melayu di Parlimen juga semakin lemah. UMNO yang diharapkan menjadi sandaran orang Melayu semakin 'nipis' jumlah kerusinya di Parlimen. Parti itu hanya menguasai 78 kerusi. Kita tidak boleh berharap bahawa kepentingan Melayu akan turut dikongsi oleh semua ahli Parlimen Pas kerana sebahagian besar mereka lebih taksub 'memuja' Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelompok ini agenda mereka hanya ingin mendapat kuasa bersama-sama DAP. Kesudahannya UMNO bergantung kepada ahli Parlimen bebas yang keluar PKR dan sedikit sokongan daripada Pas agar agenda Melayu tidak diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP.

Namun persoalannya sekarang, apakah akan berlaku dalam pilihan raya umum akan datang.

Pelbagai analisis dan kajian yang dibuat oleh sesetengah pihak berkecuali (non partisan) mendapati, kuasa politik Melayu tidak mustahil akan luntur daripada persada politik tanah air.

''Masih ramai ahli politik Melayu leka dan tidak sedar bahawa ada bahaya yang sedang menanti dalam pilihan raya umum akan datang. Situasi ini jika dibiarkan boleh memungkinkan kuasa politik Melayu akan berakhir.

''Jika ini terjadi ia bukan sahaja akan merugikan UMNO semata-mata tetapi juga Pas di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta ahli politik PKR yang masih kukuh idealismenya dalam perjuangan untuk bangsa, agama dan negara," kata seorang pemimpin kanan UMNO kepada penulis ketika dihubungi.

Persefahaman

Sememangnya, ketika orang Melayu masih belum mampu mencapai persefahaman hatta dalam soal mempertahankan hak orang Melayu dan umat Islam sekali pun, parti-parti politik bukan Melayu bukan sahaja semakin mengukuh cengkaman mereka di sesetengah negeri dan kawasan malahan mula mengatur gerakan membuat tuntutan demi tuntutan untuk kepentingan kaum mereka.

Seperti mana kata seorang lagi pemimpin UMNO, walaupun mereka sedari ada kalanya tuntutan mereka adalah melampau dan boleh menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan orang Melayu tetapi mereka tidak mempedulikannya. Mereka ingin menonjolkan diri menjadi juara kepada kaum sendiri.

Puak-puak ini amat memahami bahawa politik Melayu berada di dalam keadaan lemah.

Walaupun terdapat tiga parti politik yang diterajui orang Melayu tetapi mereka tidak mampu bersatu hati. Ini berbeza dengan amalan politik parti-parti bukan Melayu, mereka akan sepakat dalam soal berkaitan kaum mereka.

Tetapi orang Melayu, kalau UMNO bercakap soal kepentingan Melayu, sebahagian puak-puak di dalam Pas dan PKR akan menuduh UMNO rasis dan mengamalkan politik perkauman tetapi mereka tidak pula menyerang parti-parti bukan Melayu yang memperjuangkan hak kaum mereka secara keterlaluan.

Ketika ini pembangkang yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Pas begitu yakin bahawa dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka akan menguasai Putrajaya dan sudah ada congak dibuat bahawa beberapa negeri lagi akan jatuh ke tangan mereka.

BN terutamanya UMNO tidak boleh merasa selesa bahawa negeri yang mereka pegang sekarang akan berkekalan. Apa yang terjadi kepada Selangor adalah contoh terbaik. Tidak mustahil keadaan ini boleh berlaku di negeri-negeri lain pula seperti Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, jika UMNO terus leka.

Hakikatnya, kita menghormati proses demokrasi yang mana rakyat memilih siapa yang mereka mahukan tetapi persoalannya apakah akan berlaku kepada kuasa politik orang Melayu? Mampukah PKR yang pemimpinnya terlalu kemaruk kuasa mengimbangkan kekuatan DAP? atau mampukah Pas bersuara bagi membolehkan mereka menjadi dominan dalam pakatan pembangkang?

Bagaimana pula dengan UMNO, beranikah parti itu mengambil semula kerusi-kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu tetapi sebelum ini diserahkan kepada komponen BN yang lain untuk bertanding atas dasar setiakawan? Mampukah UMNO dan Pas menambah kerusi dalam Parlimen bagi memastikan suara orang Melayu dan umat Islam terus kedengaran dan hak mereka tidak diperkotak-katikkan?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah memberikan isyarat mengenai bahaya yang menanti orang Melayu kalau mereka terus berpecah dari segi kuasa politik, begitu juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudah berkali-kali mengingatkan bahawa kuasa politik yang dipegang orang Melayu mungkin hilang jika mereka berpecah-belah.

Mengekalkan kuasa politik Melayu bukanlah bermakna kita hendak menganiaya atau mengetepikan hak kaum lain. Selama 53 tahun memerintah Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggak kekuatannya sudah membuktikan bahawa nasib kaum bukan Melayu sentiasa dipelihara dan terbela.

Pengekalan kuasa politik Melayu juga bertujuan untuk memastikan kaum bukan Melayu tidak terjebak dalam permainan politik sempit yang boleh memudaratkan keharmonian di negara ini.

Mahu tidak mahu kita harus menerima hakikat bahawa masa depan kuasa politik Melayu bergantung sepenuhnya kepada UMNO dan Pas. Orang Melayu tidak boleh berharap kepada PKR. Bagi pemimpin-pemimpin PKR mereka akan melakukan apa sahaja asalkan boleh mendapat undi. Cukuplah kedua-dua parti itu bertelagah sejak hampir 60 tahun lalu.

Masanya sudah tiba untuk dua parti besar itu seperti mana kata Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencari 'kemuncak persamaan' bagi membolehkan mereka duduk semeja berbincang dalam usaha memastikan kuasa politik Melayu tidak lenyap dalam pilihan raya umum akan datang.

Sekali lagi mungkin akan ada di kalangan pemimpin dan ahli Pas yang akan mendakwa bahawa semua ini agenda untuk menakut-nakutkan orang Melayu atau lebih tepat lagi bagi menyelamatkan kuasa politik UMNO yang dikatakan semakin berkurangan.

Tidak kisah untuk bertelagah berebut kerusi dalam pilihan raya tetapi janganlah sikap 'berlawanan' dalam pilihan raya itu turut diseret ketika kita berhadapan dengan persoalan untuk mempertahankan hak orang Melayu dan umat Islam.

Orang Melayu perlu sedar dan bangkit untuk menyedari bahawa kuasa politik mereka semakin terancam, jika mereka terus bertelagah dalam soal politik. Sama ada UMNO mahupun Pas mereka perlu sedar kalau kuasa politik itu hilang, kedua-duanya akan rugi. Oleh itu mereka harus berusaha sedaya upaya mencari titik persamaan bagi memastikan di dalam pilihan raya umum nanti kuasa politik Melayu tidak hanya menjadi bahan sejarah!

Print Friendly and PDF

Saturday, July 10, 2010

Tasykil Ikhlas Uuntuk Ustaz Al-Bakistani Al-KedahLanie....

Assalamualaikum warahmatullah...

Saya tercuit dengan tulisan seorang yang mengakui dirinya seorang "ustaz" yang menggelarkannya Al-Bakistani. Ustaz ini menulis di sebuah blog PAS, seraya mempersoalkan keIslaman UMNO.

Katanya...

"Umno marah kat PAS. Katanya, PAS tak laksana Islam.Sebenarnya, melaksanakan islam ini bukan tanggungjawab PAS sahaja. Ia tanggungjawab semua orang islam.Umno dakwa beragama Islam, bermakna mereka juga wajib laksanakan Islam. tetapi, sejak merdeka, apa yang Umno lakukan untuk perlaksanaan islam di Malaysia?Apakah Umno ini bukan Islam seperti DAP, MIC dan MCA?"

Wahai ustaz yang budiman,
UMNO tidak pernah mengaku bahawa UMNO itu Islam dan Islam itu UMNO. Namun, ingin diberitahu kepada ustaz bahawa UMNO dari sejak ditubuhkan sememangnya memperjuangkan dan mempertahankan Islam di Tanah Melayu ini. UMNO tidak meletakkan perkataan Islam pada nama partinya, ini mungkin disebabkan bahawa UMNO risau jika wujud individu di dalam UMNO yang akhlaknya tidak mencerminkan Islam, lalu Islam dipersalahkan hanya kerana wujud nama "Islam" pada namanya. Sebagai contoh, saya mempunyai seorang kenalan ahli PAS, tapi berani makan di siang hari di khalayak ramai pada bulan puasa, main nombor ekor, malah pernah mengaku "terlanjur" dan terpaksa kahwin koboi kerana kantoi. Maka masyarakat memandang rendah pada PAS. Kononnya berdegar-degar bergebang dengan fatwa Nik Aziz, tapi akhlaknya hanya Allah yang tahu. Pada kes ini, Islam sendiri terpalit onar yang dibawa oleh ahli PAS tersebut. Jadi, jangan persoalkan tahap keIslaman UMNO atau PAS kerana persoalan itu terletak pada individu itu sendiri. Adilkah mempersoalkan keIslaman UMNO sedangkan PAS yang mengaku lebih Islam itu adalah lebih jelik dari seorang UMNO? Sekurang-kurangnya, ahli UMNO yang jelik, tidak mengotorkan nama Islam dikhalayak rakyat Malaysia, bukan begitu ustaz?

Ustaz tanpa segan silu mempersoalkan apa UMNO buat untuk Islam di Malaysia? Ustaz, UMNOlah yang memngangkat martabat Islam di Malaysia selama kita merdeka ini. Cuba Ustaz bandingkan perubahan arus keIslaman sejak zaman 60an, 70an, 80an, 90an dan kini zaman millenium. Islam begitu berkembang di Malaysia. Siapa yang "secure"kan martabat Islam di Malaysia? Pernahkah Ustaz Al-Bakistani terfikir mengapa DYMM YDP Agong berperanan sebagai Ketua Agama Islam, Ketua Angkatan Tentera dan berkuasa untuk membubarkan parlimen pada bila-bila masa? Apakah Ustaz Al-Bakistani "buta"kan mata hati dengan kewujudan Jabatan Agama Islam disetiap negeri dan wilayah, hatta Kerajaan BN mewujudkan satu portfolio khas untuk hal-ehwal Agama Islam? Dari polisi kerajaan BN, lahir pelbagai agensi yang membangunkan Islam secara fundemantal tanpa fahaman ekstreme yang fanatik atau ganas?

Cuba lihat Singapura di mana Islam dan Melayu dipinggirkan oleh pentadbiran "abang" kepada DAP iaitu PAP. Apakah Ustaz fikir DAP akan berdiam diri bila mendapat kuasa persekutuan kelak? Sedangkan kes arak di Selangor pun PAS terkedu membisu ditempelak Ronnie Liu, ada hati nak lawan DAP kelak? Sedarlah diri tu sikit Ustaz. DAP di Kedah hanya berwakilkan seorang YB DAP tunggal, namun PAS "tunduk" pada "suara"nya? Malulah Islam diperkotak katikkan. Lihatlah apa kata Nizar bila ditanya tentang "hudud", sampai dia mengugut akan report polis tentang siapa yang kata PAS nak buat hudud di Perak! Saya tidak bermaksud bahawa melaksanakan hudud itu sudah cukup kuat Islamnya, cuma saya tertanya dalam hati, Islam jenis apakah yang berkata mahu melaksanakan hudud sebelum berkuasa dan apabila berkuasa tidak melaksanakan apa yang dikatakannya? Apakah itu tanda-tanda seorang "munafik", Ustaz? Saya hanya bertanya tanda-tanda seorang munafik kepada seorang ustaz yang "adil"...

Apa pula sumbangan PAS kepada umat Islam dan Islam di Malaysia selain dari pepecahan umat dan memperlekahkan usaha kerajaan ke arah Islam? Presiden PAS dan Timbalannya cuba menyatukan umat Islam di Malaysia, namun Mursyidul Amnya pula membantah! Bantah penyatuan umat Islam, demi kerana dendamnya pada era pemerintahan Perdana Menteri yang telah tiada dimuka bumi? Kerana dendamnya pada dasar individu, maka ditolaknya penyatuan umat Islam di Malaysia? Islam jenis apakah ini? "Waqtasimu bihablillahi jami'an wa la taffaraqu...". "Nahnu muslim asyiddaa'u 'alal kuffar wa ruhamaa'i bainahum"! Apakah parti yang mengaku "sangat" Islam ini dipimpin oleh "mursyidul am" yang "berdendam kesumat"??? Astarghfirullahil'azim. Saya tidak kata UMNO itu sempurna segalanya, namun jika UMNO salah, rugikah jika ditegur dengan cara yang ber"khikmah"? Ustaz tahu makna ber"khikmah"? Kalau orang itu "api" sifatnya, patutkah ditegur dengan "petrol"? Agak-agaklah ustaz...pakailah akal yang Allah kurniakan tu. Akal tu membezakan antara seorang insan atau seekor haiwan...

Ustaz Al-Bakistani menulis lagi...

"Islam ini mengajar manusia bukan sekadar solat, puasa, zakat dan sebagainya. Tetapi, di sana wujud beberapa perkara yang ditekankan oleh islam, seperti jauhi rasuah, kezaliman (seperti ISA), penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi. PAS berusaha perlaksanaan islam yang dilihat ada kesamaan dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, seperti menolak rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi. Soalnya, kenapa UMNO yang mendakwa beragama Islam tidak menghapuskan budaya tidak islam ini? yang adanya, mereka sendiri yang mengamalkan rasuah, kezaliman dan kezaliman ini. Apakah benar, UMNO itu Islam?"

Benar kata Ustaz pada ayat yang pertama. Ayat yang kedua ada yang kurang tepat dan seterusnya hanyalah "khayalan logik" minda Ustaz semata-mata. Ustaz yang dikasihi. Saya tidak perlu mengulas ayat yang pertama. Ayat kedua adalah kurang tepat berkenaan ISA. Pada saya, ISA adalah amat perlu di Malaysia. ISA amat perlu di Malaysia kerana kita melaksanakan undang-undang ciptaan manusia yang terkenal dengan cacat celanya. Undang-undang boleh dicabar oleh peguam yang pandai memutar kata dan penjenayah yang bijak dengan susur galur kelemahan undang-undang rekaan manusia ini. Contohnya, Raja Petra dan Bala PI yang membuat pengakuan bersumpah dengan hanya mendengar "hearsay" atau cakap mulut dan tanpa bukti kukuh yang bersabit tuduhan. Maafkanlah UMNO atau BN kerana kurang kepakaran dalam membentuk satu undang-undang Islam yang syumul yang tidak dapat dipertikaikan oleh seluruh jumhur ulama sedunia. UMNO belum cukup ilmu untuk memulakan ijtihad tersebut. Niat ada, namun belum cukup "kekuatan". Tapi, alangkah baiknya kalau PAS menambah "kekuatan" tersebut berbanding memperlekehkan UMNO dan keIslamannya? Alangkah baiknya jika PAS bergabung dalam BN dalam menggapai usul tersebut? Tapi PAS sombong dengan kemegahan "rakan kafir harbi"nya dan dendam kesumat seorang "mursyidul am"! Sayang sekali bukan?

Bila Ustaz menulis tentang rasuah, kezaliman, penyelewengan harta rakyat dan banyak lagi, apakah Ustaz tidak menoleh dipihak parti PAS dan rakan-rakan yang Ustaz agung-agungkan itu? Ustaz lupakah pergolakan pentadbiran PAS di Kelantan sehingga ada yang dipecat dan diminta letak jawatan? Kes lodging? Tajaan umrah? Mungkin PAS tukar terma perkataan "rasuah" kepada "sumbangan"??? Usah bermain kata wahai Ustaz, orang yang berakal bijak menilai. "Afala tatadabbarun ya ulil albab?". Bagaimana penyelewengan harta rakyat di tanah Perak yang menjangkau 999 tahun? penyelewengan kuasa dan harta rakyat di Kelantan? Pasir di Selangor? Islam yang ustaz faham ajar begitukah? Sedangkan sebotol arak pun PAS tak dapat pertahankan keharamannya, usahlah Ustaz pergi kepada perkara yang lebih jauh dari itu. Memalukan Ustaz saja kelak.

Sebenarnya ustaz, semua perkara mungkar ini tidak mengenal parti. Ahli UMNO mahupun PAS sendiri, sama saja. Ianya terpulang kepada individu itu sendiri dan sejauh mana iman dan taqwanya. Jika tebal imannya, orang yang bertali leher yang ditawarkan wang berbillion USD pun akan menolaknya jika ianya dari sumber yang haram. Namun saya peringatkan Ustaz, jika kurang iman dan taqwanya, walaupun bergelar dan bertopengkan "pak syeikh" yang mampu menjadi imam solat jumaat sekali pun akan sanggup menerima wang dari yahudi yang bernama "Wolfowitz"! "Innama akramakum aindallahi atqakum"! Bukan parti mahupun fahaman politik yang jadi ukuran. tapi tahap keimanan dan taqwa seorang hamba Allah! Takkanlah ustaz tidak tahu cerita seorang sufi yang sesat hanya kerana digoda seorang wanita dan arak? Dan takkanlah ustaz lupa tentang hikayat seorang pembunuh yang membunuh 99 orang dan dimasukkan ke syurga Allah? Bukan undi PAS yang menentukan "tiket" ke syurga...Ustaz mengerti?

Oleh itu, saya memulangkan persoalan Ustaz, "apakah PAS itu Islam???", atau hanya sekadar "nama"...???

Wallahu'alam...

Dipetik dari: DukeOfUMNO.

Print Friendly and PDF

Nik Aziz Ajar Bencikan BN Pula.....!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan menanam sikap kebencian terhadap menteri kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam siri ceramah dan lawatan ke semua tempat di negeri ini.

“Di dunia saya kempen habis-habisan memburuk-burukkan menteri yang khianat kepada rakyat Kelantan yang tidak beri royalti petroleum, ini kerja fasiq dan maksiat merampas harta orang lain,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertubuhan Armalah Darul Naim Kelantan, di sini semalam.

Petikan dari Sinar Harian.

Print Friendly and PDF

UMNO Tidak Akan Lupa Di Kafirkan PAS.....!

Oleh kerana UMNO bekerjasama dan menjalinkan persahabatan dengan parti-parti yang bukan Islam seperti MCA dan MIC dalam memerintah Negara, maka PAS telah mengambil peluang ini dengan membangkitkan satu isu mengkafirkan ahli ahli UMNO. Isu ini tersebar luas terutama di Kelantan dan Terengganu antara 1964 hingga 1986, kecuali semasa PAS berada dalam Barisan Nasional antara tahun 1974 hingga 1977.

Isu ini dibangkitkan oleh PAS berdasarkan sumber antara lain Al Quran, surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud:

"Jangan orang-orang yang beriman mengambil orang orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian maka tidaklah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyaksi kamu) dan kepada Allah tempat kembali ".

Ayat-ayat ini dibaca dan diterjemahkan oleh orang-orang PAS tanpa diberi penjelasan yang tepat terutama mengenai sebab-sebab ayat itu diturunkan. Ini dilakukan semata-mata bertujuan untuk membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam, dan yang lebih mendukacitakan lagi ayat ayat itu juga diterjemahkan hanya sekerat sahaja ( Kecuali kami hendak menjaga diri daripada bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ) ditinggalkan.

Kepada orang-orang Islam yang kurang berpengetahuan agama apabila mendengar dakwaan ahli-ahli UMNO kafir yang disertakan dengan ayat-ayat suci Al Quran sebagai bukti, mereka bersungguh sungguh mempercayai dakwaan itu, akhirnya timbullah perasaan was-was, curiga mencurigai antara satu sama lain sehingga membawa kepada peristiwa-peristiwa yang tidak diingini seperti membatalkan sembahyang dibelakang imam orang orang UMNO/Barisan Nasional, mengharamkan memakan daging sembelihan orang orang UMNO, membatalkan pernikahan imam-imam yang menyokong UMNO dan macam macam kejadian lagi.

Tujuan PAS membangkitkan isu ini, adalah jelas untuk menyekat orang orang Melayu/Islam daripada menyertai UMNO dan menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya- pilihanraya yang di adakan. Supaya PAS dapat meraih kemenangan diatas kerusi kerusi yang dipertandingkan.

Walaubagaimana pun kita bersyukur isu mengkafirkan ahli-ahli UMNO sekarang ini tidak begitu kedengaran lagi setelah PAS merobah haluan politiknya dengan menjalinkan kerjasama dengan Parti Semangat 46 dan DAP dan pemimpin pemimpin utama PAS sendiri telah mengisytiharkan bahawa kerjasama dengan DAP tidak bertentangan dengan akidah Islam. ( Rujuk ucapan Allahyarham Datuk Fadzil Noor di majlis ceramah politik di pejabat PAS Perlis 4hb Mei 1990 )

Sebenarnya percanggahan berlaku se-awal tahun 1990-an lagi. Kepimpinan Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah dianggap oleh pemimpin bawahan parti sebagai menyimpang daripada perjuangan Islam yang didukung oleh Abdul Hadi. Ini kerana Pas berkawan dengan orang-orang yang dianggap mungkar, yang pernah disifatkan oleh Abdul Hadi sebagai taghut. Dan mereka lantas mengingatkan Abdul Hadi kepada janjinya untuk memutuskan hubungan dengan Parti Melayu Semangat 46 ( Semangat 46 ) jika parti serpihan UMNO itu mengadakan pakatan dengan DAP.

Ketika itu Pas bukan hanya mempunyai pakatan dengan Semangat 46 tetapi sudah menjalinkan kerjasama secara langsung dengan DAP. Ini adalah imbauan awal. Walaupun ia tidak melibatkan soal hukum tetapi dasar parti sentiasa berubah-ubah hingga mengelirukan ahli dan ulama Pas sendiri. Sebagai contoh, bekas ahli jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah berkata dalam tahun 1990 bahawa ulama Pas mesti berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu. “ Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir,'' tegasnya.

Fatwa yang tidak menentu seperti itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi ahli Pas berkecamuk sesama sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai kumpulan dengan dasar serta pemikiran tersendiri sehingga tidak boleh dikawal lagi. Salah siapakah kiranya kesongsangan ini berterusan sehingga ke hari ini? Siapakah yang akan menanggung dosa sekiranya kesongsangan ini menyentuh dan merosakkan akidah?

Maka apa yang Suhaimi, yang juga bekas penasihat undang-undang Pas ketika itu mahu ialah Abdul Hadi menjelaskan kedudukan sebenar beberapa kekeliruan hasil daripada pelbagai fatwa yang dibuat oleh Pas, adalah tepat. Antara yang mahu dijelaskan ialah mengenai mengkafirkan orang UMNO, sembelihan orang UMNO haram, pernikahan yang dilangsungkan oleh jurunikah kerajaan ( ketika itu UMNO ) tidak sah dan perkuburan asing bagi orang UMNO dan Pas. Sampai sekarang masih lagi tiada jawapan yang diberikan oleh Abdul Hadi.

Lebih relevan dalam konteks hari ini ialah apabila Suhaimi juga berpendapat: ``Pas perlu menerangkan kedudukan parti apabila menuduh UMNO yang bekerjasama dengan MCA sebagai kafir. ``Ini kerana rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah yang disertai oleh Pas, iaitu Semangat 46 telah bekerjasama dengan DAP. Adakah ia dianggap sebagai kafir juga?'' Semua persoalan ini mungkin berlaku lebih 18 tahun dahulu dan isu mengkafirkan UMNO berlaku seawal tahun 1986 lagi tetapi ia tidak bererti `rekod lama' ini tidak diputarkan semula hari ini, lebih-lebih lagi dalam selepas pilihan raya umum ke -12 yang lepas dan juga pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.

Pada 2-4-2008 yang lalu di Hulu Terengganu, kita dikejutkan pula dengan berita seorang bapa enggan menjadi wali dimajlis pernikahan anaknya kerana perbezaan politik. Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan? Masih lagi Abdul Hadi membisu seribu bahasa.

Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Pas – Abdul Hadi dan Nik Aziz perlu menjawab soalan Suhaimi yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan terbaru iaitu Pakatan Rakyat dikecualikan?

Orang Melayu tak akan lupa apabila Abdul Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas. Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya.

Ramai ahli-ahli Pas sekarang yang terdiri dari bijak pandai seperti jurutera, doktor, pensyarah, guru, kakitangan awam yang mana rata-ratanya menikmati apa yang kerajaan BN telah sediakan untuk rakyat semasa mereka-mereka ini bersekolah sehinggalah menamatkan pengajian keperingkat tertinggi, tetapi apakah yang telah mereka lakukan kepada kerajaan sekarang. Mereka menuduh kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan. Mereka tidak sedar ataupun sengaja tidak mahu sedar kedudukan dan kesenangan yang dinikmati mereka adalah hasil dari kerajaan yang memerintah sekarang.

Amat malang sehingga mereka tak tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Mereka tak tahu berterima kasih. Inilah hasil dari ajaran yang telah diajar oleh tok guru-tok guru didalam Pas untuk membenci kerajaan. Mereka menghasut dan memesong fikiran ahli-ahli mereka supaya membenci kerajaan terutama UMNO. Nasihat kepada mereka ini, baliklah kepangkal jalan. Takkan tak tahu membezakan yang mana kaca dan yang mana intan. Belajar semua tinggi-tinggi. Takkan nak marahkan nyamuk sehingga kelambu dibakar.

Dan apabila Pas sedia bekerjasama dan menjalin persahabatan dengan PKR dan DAP untuk membentuk Pakatan Rakyat, penulis mengambil kesempatan disini untuk bertanya kepada Presiden Pas dan juga pemimpin-pemimpin Pas yang lain. Apakah hukumnya pakatan ini? Kafir ke tak kafir? Orang-orang Melayu dengan tabah dan sabar telah menunggu dari dulu hingga sekarang inginkan jawapan dari mulut Abdul Hadi sendiri.

Jangan disebabkan ketamakkan hendak berkuasa,hingga sanggup menjual maruah agama Islam itu sendiri.

Pada ahli-ahli Pas biasa dan profesional mereka yang masih keliru itu berfikirlah dengan rasional. Tuhan memberi kita akal untuk berfikir dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Siapa yang sebenarnya yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara kalau bukan UMNO itu sendiri. Abdul Hadi dan Nik Aziz bukan tuhan yang boleh menjanjikan seseorang yang masuk Pas itu akan masuk syurga kerana mereka sendiri pun tiada kepastian ?

Bagaimana pula dengan umat Islam yang lain yang tak berminat masuki politik. Adakah mereka dijanjikan neraka kerana tak masuk Pas. Adakah dengan mengundi Pas akan dapat tiket masuk ke syurga? Tak payahlah mengantung poster atau banner dengan gambar tok guru-tok guru PAS sedang mendoakan akan kehancuran pemimpin UMNO dan BN yang dikatakan kafir semasa kempen pilihanraya yang lalu. Allah Taala melihat dan tahu apa yang anda semua lakukan. Yang menjadi kepastian adalah untuk menjadi seorang umat Islam yang baik tak semesti nya masuk Pas.

Semua imbauan masa lalu, masa kini, fatwa politik Pas, percanggahan antara pemimpin, kenyataan-kenyataan keras terutamanya yang melibatkan maruah orang dan akidah pengikut, perlu direnung untuk menentukan adakah Pas masih mahu terus direlevankan? Lebih penting masih adakah kredibiliti dalam perjuangan politik dan dasar memperjuangkan Islam? Jawapannya ditangan anda semua. Tepuk dada, tanya selera.

Wallahuallam.

Print Friendly and PDF

Monday, July 5, 2010

Kerajaan Kedah Mahu Menyaman Sungguhka.....?

Itulah yang Sungguhka dengar dari sahabat Sungguhka.....

Sebenarnya perkara ini sudah lama dan hingga kini Kerajaan PAS Kedah masih mencari-cari siapakah Sungguhka sebenarnya. Bukannya setakad hendak menyaman, malah ugutan pukul, tangkap dan malah bunuh pun ada. Sungguhka sudah mangli dengan ayat-ayat sebegini. Sedikitpun tidak terusik hati ini untuk terus berdiam; perjuangan belum selesai.

Sungguhka berdia, tidak bermakna takut. Cuma Sungguhka merasakan segala usaha-usaha yang dilakukan oleh Bloggers membuat pendedahan demi pendedahan seolah-olah mencurah air kedaun keladi. Tiada siapa yang memperdulikannya. Mereka sekadar membaca, mengkritik dan menunding jari. Tindakan hancur.

Apa yang Sungguhka ingin memperkatakan di sini, sekurang-kurangnya setiap artikal yang dikeluarkan dalam mana-mana blog, pihak yang berwajib mengambil iktibar untuk mengkaji akan kebenarannya. Banyak artikal yang dikeluarkan oleh Bloggers sepatutnya unit IT, pusat sumber dan unit saraf UMNO membuat follow-up. Tidak seperti PKR dan PAS, yang begitu peka.

Tenaga-tenaga Bloggers selalunya dipanggil atau diguna pakai kebiasaannya menjelang pilihanraya.

Aaaaah..... lupakan. Hendak dicakap pun tidak guna. Pejuang bloggers tidak pernah luntur. Kalau betullah Kerajaan PAS Kedah hendak menyaman Sungguhka..... ayuh dipersilakan. Ini yang Sungguhka nanti-nantikan.

Kita lihat pula apa KERAjaan PAS Kedah akan jawab dalam beberapa kes yang akan kita keluarkan nanti..... Biar Kedah Lanie pening kepala menjawab dengan Ustaz Azizan.

Ish...ish...ish.....

Kemana menghilangnya Akashah.....?
Ada lagi ka balak.....?
Akaun PKNK tak cukup......?
Pelabur projek mana yang lari ni.....?
Hutang percetakan tak bayar lagi.....?
Kita mesti buang YB-YB ni dalam PRU13 nanti.


Print Friendly and PDF

Sunday, July 4, 2010

Buta.....

Assalamu'alaikum.....
Salam sejahtera.....

Ada yang sedang terlena dibuai mimpi, dibuai angan-angan, dibuai igauan; apatah lagi ada yang dihina, dicaci, dimaki, ditindas, dikeji, merintih, meronta, meminta, merayu, merempat, menagih simpati.....

Kaya cara kayanya, miskin cara kemiskinannya, sederhana dengan keserdahanaannya.....

Tetapi bloggers bersengkang mata, memerah keringat, memecah minda, segala lorong, segala lubang, segala bangunan, segala jalanan menyusun hari meneruskan perjuangan bersama-sama rakan yang lain bertungkus lumus mencari fakta menegakkan kebenaran, memulangkan keadilan, membetulkan kekelinciran bersama pendapat dan ideology masing-masing tanpa menagih simpati..... Janji kepuasan.....

Terdetik dihati kecil ini.....

Adakah kerja-kerja bloggers ini hanya sekadar "melepas batuk di tangga", "ibarat anjing menyalak bukit", "mencurah air ke daun keladi".....?

Baik apa parti politik pun, hanya mementingkan politik semata-mata. Menunding sana menunding sini. Alpa dengan kekuasaan. Sayangnya rakyat menjadi mangsa. Hanya membaca, menilai, menyakat dan menyalah sana menyalah sini apa bloggers berkata.

Sedarlah wahai mereka yang berdusta, yang buta.....

Bloggers tidak akan berdiam saja.....

Londehan demi londehan akan dilondehkan.....

AWAS.....

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.