Hampir 3 bulan aku menyepi. Sekembalinya aku dari kawasan luar liputan, banyak sangat perkara yang berlaku di dalam kancah politik di Malaysia terutamanya di Kedah samada “BAD” and “GOOD”. Nak aku komen bab umum rasa malas la pula kerana dah ramai blogers dok buat. Aku lebih berminat politik Kedah sebab aku orang Kedah dan sasaran aku kali ni adalah UMNO Kedah sebab unik sikit pentadbirannya. Parti lain sabaq sat.
Pentadbiran Kerajaan PAS Kedah, begitu selesa dengan apa yang telah mereka buat dan tidak sedikit pun merasa gusar untuk menghadapi PRU13 yang kian hampir, walaupun rata-rata rakyat Kedah sudah muak dengan janji-janji PRU12 yang tak kunjung tiba.
Insyallah kalau tiada aral melintang, dari apa yang DS Najib bentang dalam belanjawan dan suara-suara halus, sebelum tutupnya tirai 2011 pada tanggal ??/12/2011 PRU13 akan dinobatkan (firasat aku – jangan percaya nanti puak PAS kata ni kerja Syirik bab-bab firasat ni…….). Di saat menghitung hari ini, kancah politik UMNO Kedah masing-masing “ibarat menarik benang dalam tepung…….”.
Sepanjang pengamatan aku di Kedah, geli hati aku melihat kelaku KB, YB, mantan-mantan YB dan langau-langau dok berkeliaran memasang umpan ibarat “kaduk naik junjung”, setidahk-tidaknya “untung batu tenggelam, untung sabut timbul”.
Kalau ini yang berterusan, ucapan DS Najib sempena Majlis Penerangan Perdana Wilayah Persekutuan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mengingatkan anggota Barisan Nasional (BN) untuk bersiap siaga bagi menghadapi PRU13 akan datang dengan tidak mencipta masalah dan melakukan sabotaj ke atas parti.
“Katanya, atas kertas BN mampu menang di banyak kawasan tetapi jentera sendiri mestilah melaksanakan kerja tanpa menimbulkan perbalahan sesama sendiri.”
“Depan saya semua kata ok tapi saya tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN.”
Tapi pesanan-pesanan DS Najib selama ini umpama “mencurah air ke daun keladi”. Ternyata terutamanya di Kedah dah nampak dumba-dumba yang menusuk…….
Seringkali aku kata, Tok Bashah telah gagal menerajui BPUNK dan ternyata sekali kenyataan aku ini disokong oleh beberapa pimpinan UMNO Kedah baik cawangan mahupun bahagian malah dari akar umbi sendiri berbunyi (tak payah la aku sebut siapa……..). Pembaca boleh turun sendiri ke Kedah dan tanya.
Sejak mengambil tugas dari Tok Shafie Apdal, Tok Bashah seolah-olah tidak menunjukkan sebarang kemajuan menerajui BPUNK. Perangai “One Man Show” masih menebal di dalam jiwanya. Pantang ditegur mahupun diberi cadangan, mesti ada alasan yang diberikan. Kecuali la kalau program yang diatur melibatkan diri beliau barulah diberi perhatian. Ayat yang selalu Tok Bashah dok sebut “aku orang lama, tok sah do kelentong la bab politik di Kedah ni. Aku kenai dan tau habis semua…….”. Tapi Tok Bashah haru ingat dan terima hakikat bahawa “POLITIK DULU DAN POLITIK SEKARANG AMAT BERBEZA”.
Seperti apa yang GMC tulis dalam blognya “UMNO KEDAH SENYUM DALAM TANGISAN…… kah..kah..kaHHHHH” (klik sini) berbunyi:
“Ini lah yang memeningkan kepala Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah hari ini…apakah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah sendiri yang akan mengkafankan UMNO Kedah tanpa bantuan PR tetapi oleh rakan-rakan dalam UMNO sendiri.
Kita tunggu siapa yang kena……siapa yang terlena….
Dato’ Bashah tetap tersenyum simpul……dipesada yang belum pasti.....!!
Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah…
Kah..kah..kah…”.
Ketika aku menziarah sahabat di Alor Setar yang juga AJK UMNO cawangan juga salah seorang penyokong kuat Tok Bashah, suatu ketika dulu pernah bertekak politik (bukan gaduh) membela Tok Bashah kerana beliau yakin Tok Bashah mampu membawa perubahan kepada UMNO Kedah. Tetapi hari ini, beliau membongkar dan bersependapat dengan aku bahawa Tok Bashah GAGAL. Tok Bashah hanya popular dikalangan langau-langau beliau sahaja. Kebanyakkan program yang disusun hanya untuk kepentingan beliau bercita-cita untuk menjadi MB Kedah, itupun kalau BN berjaya mengambil Kedah semula.
Rata-rata aku pusing di Kedah, nama Tok Bashah tak banyak aku dengar pujiannya. Ramai yang tak puas hati. Pada suatu ketika dahulu ketika pencalonan siapa bakal menjadi Pengerusi BPUNK, ada 2 nama utama yang dicalonkan iaitu Tok Bashah dan Tok Mukhriz. DS Najib mengambil keputusan majoriti KB mencalonkan Tok Bashah kerana KB tidak bersetuju Tok Mukhriz memandangkan Tok Mukhriz bukannya KB mana-mana bahagian. Jatuh la status KB kalau Tok Mukhriz dilantik dan KB terpaksa tunduk menerima arahan dari orang yang menjawat Jawatankuasa sahaja. Pujian-pujian yang melambung untuk Tok Bashah dari KB. Sayang seribu kali sayang……. umpama “meludah ke langit…….” kini KB dah merungut TOK BASHAH GAGAL. Banyak bahagian UMNO yang terkontang-kanting, berselerak tak tentu hala, apatah lagi di akar umbi.
Pesan DS Najib…..,
“Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul.
“Ini bukan saja akan jejaskan peluang calon kita untuk menang sama ada secara halus iaitu dengan tidak membuat sebarang kerja atau memberikan sokongan kepada calon BN seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya kecil lalu apabila rumah Setiausaha Bahagian sendiri tapi pukul 10.00 malam dah tutup lampu.”
Ujarnya, insiden lain yang lebih teruk lagi juga pernah berlaku sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak apabila ada calon yang sudah tiga penggal tetapi terpaksa digugurkan kerana tak termasuk dalam ‘winable candidate’ yang terus keluar kawasan dan enggan membantu BN.
“BN perlu pendekatan politik baru sesuai dengan perubahan masa. Zaman BN letak songkok pun boleh menang sudah berlalu,” katanya.
Tegas beliau, setiap anggota parti bertanggungjawab menjaga rakyat dan bukannya mengambil kepentingan penyokong tegar semata-mata kerana ia bersifat peribadi dan bukan untuk parti.”
Adakah pesanan DS Najib ini diambil perhatian oleh Tok Bashah…….? Apa yang aku perhatikan, pengundi di Kedah lebih bersikap tunggu dan lihat. Pengundi Kedah kini lebih bersikap terbuka, sudah pandai berfikir (kepada yang totok pada mana-mana parti tu tak boleh kata apa dah) dan sudah tahu menilai. Ketika BN memerintah Kedah, kerana dik janji-janji manis PAS, rakyat membuat pilihan tukar kerajaan. Setelah PAS memerintah, habuk pun tak ada, satu manifesto pun tak tertunai janjinya. Akhirnya PAS cara PAS……. PKR cara PKR……. UMNO cara UMNO……. DAP juga yang kaut untung.
Sikap dan perangai Tok Bashah seperti yang DS Najib cakap tu “BN perlu pendekatan politik baru sesuai dengan perubahan masa. Zaman BN letak songkok pun boleh menang sudah berlalu.”. Tok Bashah kena ambil kira. Pengundi Kedah dah tak hairan dah dengan gula, kopi, teh, beras dan kain pelikat or batik. Kalau aku pun, sapa bagi aku haria aja tapi bab nak pangkah sapa tu nasib la……. Setakad ini apa yang aku lihat Tok Bashah tak mampu untuk menghadapi tekanan dari KB bab-bab senarai calon PRU13. Kedengaran suara-suara halus dikalangan KB dan Jkuasa bahagian mahupun cawangan, menanti siapa bakal menjadi MB sekiranya BN berjaya mengambil Kedah……. Kalau Tok Bashah naik……. alamatnya PAS kekal memerintah Kedah.
Kita sambung dilain halaman…….