Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, February 5, 2013

Tuan Haji Naser Disa - Isu Kalimah Allah.

Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (
Syariah), Jabatan Peguam Negara.
Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013. 

Video ini wajib ditonton. Ia berisi penjelasan dari Tuan Hj. Naser Disa, seorang peguam yg menjadi frontline dalam isu kalimah Allah yang dibawa ke mahkamah pada 2009. Jika mahu kepada kebenaran, berlapang dada dan buang semua ketaksuban sebelum menonton video ini. Alhamdulillah, segala yang diperkatakannya di dalam video tersebut, tiada yang bertentangan dengan apa yang sering dinyatakan dengan tegas di dalam blog ini sejak 2008 berkenaan isu nama Allah. Sila tonton sampai ke penghujung video. 

Perkongsian video ini dari Tuan A. Karim Omar (terima kasih).


Sejarah ringkas - Peguam Naser Disa Perjelas Kes Kalimah Allah Di Mahkamah. 

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang juga penerbit majalah mingguan, Herald Catholic Weekly telah mengemukakan permohonan semakan penghakiman mengenai larangan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya. 

Permohonan mahkamah dibuat selepas Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ‘The Herald’ dengan mengenakan syarat bahawa larangan penggunaan perkataan Allah dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja. 

Ketika itu Menteri Dalam Negeri adalah Tan Sri Syed Hamid Albar. 

Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua. 

Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah. 

Manakala barisan peguam yang mewakili responden pertama dan kedua diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, iaitu Dato’ Kamaludin bin Md. Said, Mohd Naser bin Disa, Suzana Bte Atan, Arik Sanusi bin Yeop Johari dan Andi Razalijaya A. Dadi. 

Kes ini dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) 

Naser Disa, salah seorang Peguam Kanan Persekutuan bagi responden pertama dan kedua memberi penjelasan terperinci tentang perbicaraan kes tersebut.

Bangunlah wahai umat Islam dan lupakan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan Islam itu sendiri.

“Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” - Surah Al-Ikhlas.

"Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." - Surah An Nisa' ayat 88.

"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) diantara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) diantara mereka menjadi teman rapat atau penolong." - Surah An Nisa' ayat 89.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.