Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, February 23, 2013

"Asam Pedas PRU13" - Buku Terbaru Dari Cikgu Non (C.N Al-Afghani).


NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.

Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Atas kesedaran serta kepentingan ummah dan berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan rakan-rakan dalam PAS, beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk "Mohd Sabu Air Mata Di Bumi Memali".

Buku ini membongkar menyelewengan kisah sebenar apa yang telah berlaku ke atas "TABUNG MANGSA MEMALI".
Saya difahamkan isu "Penyelewengan Tabung Mangsa Memali" telah difailkan dan Polis telah membuka kertas siasatan. Mereka-mereka yang terlibat dah mula panas buntut.......

Ketika memulakan usaha ini, beliau sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan dan beliau tidak lagi mengambil sikap berdiam diri.

Maka, beliau mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang beliau kepada PAS  membuatkan beliau terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam. Dan diterbitkan sebuah buku lagi iaitu "KAFIRKAH AKU?".

 
Luahan hati beliau mendesak mendesak Hj Hadi itu menarik semula amanat beliau mengkafirkan UMNO pada 1981 demi akidah umat Islam dan mengelak orang Melayu daripada terus berpecah. Amanat dajal Hadi menjadi pegangan untuk memburu SYAHID.
Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan.

DAP bersetuju dengan PAS ini bukan kerana Islam tetapi kerana PAS itu sebuah parti. Ada beza antara PAS dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Kini kedudukan PAS di dalam PR dah mula berkeceramuk. Pemimpin mereka mula menunding jari mencari ruang untuk bernyawa. Cikgu Non rasakan segala usaha beliau memberi teguran demi teguran secara terbuka ini sedikit sebanyak telah membuka mata kepada ahli mahupun penyokong PAS. Dengan semangat juang demi perpaduaan, telah membuat beliau menerbitkan sebuah buku lagi berjudul "ASAP PEDAS PRU13".

Buku ini berkisarkan pengalaman Cikgu Non bersama pimpinan PAS ketika beliau berada di dalam PAS.  Dan juga meneru pengundi tidak mengundi PR.

Cikgu Non juga mendedahkan bahayanya DAP di dalam PR dan bgaimana DAP menjadikan PAS sebagai jambatan kejayaan mereka. Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan PAS ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Hj Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. PAS sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Sudah ditegur secara dalaman tak juga mahu berubah, jadi sekarang ini beliau buat buku biar masyarakat tahu beliau dah tegur pimpinan PAS. Biar seluruh rakyat baca dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli PAS tidak puas hati, beliau sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa.

Kepada kepimpinan PAS, buatlah yang terbaik untuk ummah dan bukan beliau mahu menghina ulama dalam PAS tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama khasnya di luar PAS demi kepentingan ummah.

Sama-samalah kita tunggu aka pelancaran buku ini.......

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.