Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, May 27, 2011

UMNO Kedah Lepas Satu……Satu…….

Adakah UMNO Kedah sedang bergolak……? Inilah yang menjadi buah mulut ahli UMNO di Kedah yang mana membuatkan rakyat mula memandang rendah terhadap kewibawaan kepimpinan BPUNK. Aku cukup hairan dengan apa yang berlaku. Tak habis-habis dengan masalah. Kalau nak aku kata PAS mahupun PKR tidak menghadapi masalah, amat mustahil sekali kerana bertimpa-timpa masalah yang ada, tetapi tidak terbawa-bawa ceritanya hingga menjadi bahan kedai kopi. Tetapi kalau cerita UMNO Kedah ni, bertambah-tambah pekungnya dibuka.

Apa nak jadi dengan BPUNK ni……. Kesihan aku tengok Tok Bashah terkehel-kehel cuba menyelesaikan permasalah yang ada. Namun resultnya “Umpama Mimpi Dalam Mimpi…….”. Mungkin ada yang akan hentam aku dalam penulisan aku ni……. Tak aku nafi Tok Bashah kita tu memang berpengalaman dalam bab politik ni dan Tok Bashah sendiri dok mendabik dada “Aku lama dah dalam politik ni…….semua aku tau……. dalam poket aku…….”, tapi kita harus ingat “Politik Dahulu” tak sama dengan “Politik Sekarang”. Rakyat Kedah bukannya dengar cerita lama. Rakyat Kedah dahagakan pembangunan. Selagi mana orang-orang lama dok bergayut dalam mencari pengaruh semata-mata untuk bertanding dalam pilihanraya……. UMNO AKAN HANCUR.

Tok Bashah seharusnya berpendirian tegas. Jangan terlalu pengaruh dengan bodekan-bodekan dan cerita-cerita manis dari Ketua Bahagian mahupun Jawatankuasa Bahagian. Bahagian Tok Bashah sendiri huru-hara, apatah lagi bahagian-bahagian lain. Aku tak mahu memihak mana-mana individu, tetapi semasa Tok Det Khalid (yang dikatakan mempunyai masalah peribadi) mampu mentadbir UMNO Kedah begitu cantik sekali atas sifat ketegasan beliau. Tapi Tok Bashah harap MISAI aja TEBAL, tapi bab nak menyelesaikan masalah lembab. Kesian juga aku tengok Tok Bakri ibarat diluah mati bapak, ditelan mati mak……. nak kulum……. ni kena tanya Tok Seri Nuat Brahim.

Melalut dah aku ni…….

UMNO Bahagian Sungai Petani bakal digantung……. Apa cerita ni Tok Bashah…….? Masalah yang sekecil tu pun tak dapat diselesaikan ka…….? Adakah Tok Bashah mengambil keputusan yang tepat untuk menggantung Bahagian SP…….? Kerana dik sekoq berok tu, nak ditebang habis pokok sekebun. Alih-alih Tok Mukris akan diminta pantau UMNO SP. Cukup mudah pendekatan Tok Bashah buat, yang pentingnya 11/06/2011 taik dan teloq busuk tak hinggap kat beliau. GAA tunggu masa saja. Aku rasa Tok Mukhris bukannya bodoh nak terima bulat-bulat benda ni.......

Kalau SP terkenal dengan GAA, wujud pula kumpulan baru di Padang Serai iaitu GAR. Kumpulan ni sedang bergerak dengan hebat sekali mencari pengaruh. Wujudnya GAA dan GAR adalah kerana tidak puas hati dikalangan ahli UMNO terhadap KB dan sebahagian kecil jawatankuasa bahagian. Cuma perbezaan antara GAA dan GAR adalah GAR bergerak rakus bertujuan untuk merosakkan dan memperlaga sesama ahli semata-mata mencapai matlamat terpilih menjadi calon PRU13 kelak, sedangkan GAA hanya bergerak di dalam kumpulan mereka sahaja tanpa mempengaruhi individu lain. Tok Bashah kena fikir betul-betul mencari penyelesaian yang terbaik.

Bagi aku kedudukan Padang Serai lebih teruk dari SP. Akan aku dedah sedikit demi sedikit apa yang berlaku dan Tok Bashah kena berhati-hati dengan 4 kumpulan musang yang sedang agrasif menyusun strategi. Selepas Padang Serai mungkin aku akan bawa cerita Merbok, Alos Setar, Pokok Sena, Jerai, Kuala Kedah, Kulim Bandar Bahru dan Baling. Tapi aku nak tengok dulu sejauh mana pendekatan Tok Bashah ambil bagi menyelesaikan masalah yang wujud dan bakal wujud.

Di Padang Serai GAR memain peranan untuk menghentam Geng Raman, Geng Halim, dan Geng Mantan YB. Sekarang ni jawatankuasa UMNO PSerai bergerak secara individu mencari pengaruh. Malangnya mereka-mereka ini amat bermasalah sekali dan tidak disukai oleh rakyat MELAYU PSerai. Tok Bashah kena ingat....... berapa kerat sangat ahli UMNO yang ada di PSerai....... PRU13 suara rakyat adalah penentu. Kepada mereka yang pemberi masalah kepada UMNO PSerai tu, lupakan saja niat nak bertanding. Jangan harap la kalian akan dapat bertanding. Aku pasti tidak seorang pun jawatankuasa Bahagian yang tersenarai. Jangan dok mengadu DUMBA....... Kepada Tok Bashah, akan aku sambung cerita ni dilain siri.......

Print Friendly and PDF

Monday, May 16, 2011

Perutusan Sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke 65.


By           :              DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Venue  :              PUTRAJAYA
Date      :              11/05/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah kita dapat menyambut hari ulangtahun kelahiran UMNO yang ke-65 pada hari ini. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana di kala dan ketika kita menyambut tarikh keramat 11 Mei ini kita masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya.

Kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan ahli UMNO silih berganti. Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendokong aspirasi mereka.

Dalam usia 65 tahun UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi. Pengalaman dan sejarah telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan lanskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan.

Sesungguhnya badai yang telah melanda parti kita pada pilihanraya umum yang lalu bukanlah alasan untuk kita terus bersikap pesimistik. Kini bukan masanya untuk terus  mengeluh dan mengenang perkara lalu. Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihanraya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi.

Justeru seluruh ahli parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba. Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.   
Ingatlah jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara.

Sejak mula ditubuhkan sebelum merdeka lagi, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara.

Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO. Kita tidak akan lupa jasa-jasa tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.

Sementara kita semua menghargai jasa dan sumbangan para pejuang bangsa ini, pemimpin, ahli, dan penyokong UMNO perlu sedar bahawa segala jasa dan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara tidak menjamin kelangsungan sokongan rakyat kepada UMNO sebagai parti pemerintah di negara ini.

Untuk itu kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat. UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam Barisan Nasional untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini ditempatnya yang hak di persada antarabangsa.

Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita UMNO akan terus berjaya.

DATO’ SRI MOHD NAJIB
Presiden UMNO

Print Friendly and PDF

Thursday, May 5, 2011

KPI Dato’ Paduka Ahmad Bashah Merudum…

Kena jaga misai bagi nampak garang.......

Di dalam penghayatan aku tengok perkembangan politi UMNO Kedah amat aku kecewa. Masing-masing membawa haluan sendiri. Nak buat apa pun kena usaha sendiri. Nak dapat sokongan dari Perhubungan Negeri pun susah (ini suara dari KB, TKB bersama 4 sayap yg kemarok). Aku sekadar mendengar dan tak mampu nak buat apa-apa pun sebab aku bukannya politician. Sedangkan suara2 Bahagian pun Tok Bashah susah nak dengar, apatah lagi org macam aku ni.

Terlalu banyak suara2 sumbang dok mengata pada Perhubungan Negeri lebih-lebih lagi pada Tok Bashah.  Kalau dinila perkembangan UMNO Kedah boleh aku kata Tok Bashah semakin hilang kepercayaan rakyat kepadanya.

Rata-rata  yang aku dengar:

1.       JAGA LA MISAI TU BAGI TEBAI,  NAK TUNJUK GARANG LA KONON.
2.       HARAP MISAI AJA TEBAI, OTAK KAT LUTUT.
3.       DATO BODO.
4.       MISAI TEBAI SENANG KRONI BERGAYUT KOT.
5.       TOK SAH MAIN POLITIK DULU-DULU LA, LA ZAMAN INTELEK ARAH MODENISASI.
6.       HARAP MAMAK MAHBOL DOK SAPOT.
7.       SLOW MACAM KORA.

Bahagian yang bermasalah seperti di Pokok Sena, Padang Serai, Kuala Kedah, Baling, Sungai Petani, Padang Terap, Pendang, Jerai, Kulim Bandar Bharu, Kubang Pasu (tu dia aih.. semua bahagian ada masalah.. tak pa inilah keunikan UMNO.. kita bersedia akui kelemahan kita dan baiki apa yang perlu, maka kita sarankan berusahalah, bersungguhlah, dan berdamailah... (petikan dari Sobri Sudin)

Tapi apa yg Tok Bashah buat…….?

Tok Bashah banyak tertumpu pada kawasan dia saja. Apa tidaknya, ramai yang meluat kat dia di sana. Menang PRU12 dulu pun dengan majoriti  358 undi saja, itu pun ada kesangsian pengiraannya.

Tok Bashah kena tegas juga dengan kaki pelingkup UMNO di Bahagian.

Di kedah 98% Ketua Bahagian tak terpakai.Pemuda 90% tak buat kerja masih lena dalam kereta mewah.Wanita 85% tak layak (pendapat Pena Biru).

UMNO Kedah ada 15 KB. Pemuda Kedah ada 15 KPPB. Wanita Kedah ada 15 KPWB. PU3 Kedah ada 15 KPU3B. Jumlah semua ada 60 manusia yang dinamakan ketua. Kenapa UMNO Kedah masih teraba-raba macam orang buta. Jawabnya pemimpin ni semua tidak ada qualiti dan hala tuju memimpin parti. Mereka hampir kesemua beraksi macam lagak YB yang menang pilihanraya. Buat kerja tidak ada kesungguhan. Mereka yang jauhkan tak dekati pengundi. Masih berlegar dalam kepompong sendiri lagi. Lagi pula mereka bukan tokoh yang disegani atau dihormati masyarakat. Mereka sekadar jadi pemimpin pada kroni sendiri. Bahasa mudah anjakan tranfomasi belum ada di Kedah. Aktiviti parti UMNO belum memuncak dan panas. Gelombang merah macam dah nak padam. Bahagian UMNO cukup lemah sekali. Longlai macam daun getah kering. Teguran ibarat curah air pada daun keldi. Oleh itu hangpa tunggulah PRU 13 nanti. Sebelum nak tukar kerajaan PAS UMNO kenalah tukar dulu semua panglima pondan yg ada dalam UMNO Kedah. Insy Allah PAS akan bungkus. Panglima UMNO pondan inilah yg menjadikan PAS naik tocang. Sia-sia sahaja dan buang masa selagi ada panglima pondan dalam UMNO. (Petikan pendapat Dr. Ayam).

Aku korek punya korek kat Putrajaya, PWTC dan Parlimen, kedudukan Tok Bashah sedang tergugat. Penilaian KPI beliau berada di paras penyingkiran. 6 bulan lagi mungkin kita akan dapat ketahui adakah penyingkiran ni akan berlaku atau sebaliknya. Yang pastinya nama calon penggantinya dah terukir.
Print Friendly and PDF

KTPC 2011 Ada Cadangan Ka Penyelarasan Gaji Baru...?

Indah Rupa Dari Khabar

Sekali lagi terpanggil nak selit artikel dari blog DKS bertajuk “KTPC 2011 Ada Cadangan Ka Penyelarasan Gaji Baru...?”. Begitu licik cara DKS menyelinap mencari fakta. Memang ada kebenarannya tentang rombakan yang telah dibuat oleh Hj Sobri. Staff yang dia rasa ada tanda-tanda membocorkan rahsia pasti ditukar termasuk Setiausaha belaiu sendiri.

Kali ni DKS buka pula bab gaji kroni dan geng Hj pulak……. Ikuti petikan di bawah:

“2011 dah 4 bulan berlalu, aku dengaq ketidakpuasan hati bab gaji di KTPC berbunyi. Entahlah macam mana review yg depa nak buat kali ni. Pelaburan takdak... RM makin berkurang... Pening jugak PKNK nak kena pikiaq.

Aku rasa tak payah bawak naik la gaji di KTPC ni. Gaji yg depa dapat rasanya dah cukup dari sepatutnya. Kalau sekadar dok goyang kaki... pi melancong... pi pameran... pi siminar... sedangkan masuk takdak lebih dah tu. Elok kalau PKNK guna duit tu buat perkara yg lebih faedah pada rakyat.

Aku huluq sikit tangga gaji yg depa dapat (nama2 kroni and geng Hj aja laaa...) buat pembaca nilai sendiri.

Seperkara lagi aku dengaq Hj Sobri buat rombakan dlm struktur pentadbiran dia dipercayai atas dasar hilang kepercayaan kat staff dia. Dia syak puak2 ni yg bocorkan maklumat pasai KTPC. Hj Sobri oiii…, aku rasa percaturan hang ni silap daaa… Sepatutnya hang perati org2 kuat hang tu…”
Print Friendly and PDF

Wednesday, May 4, 2011

MB Kedah Nak Jadi Anti Kerajaan Pusat... Anak Buah Pula Minta Bantua Kerajaan Pusat...

We must not depend on federal government grant.
Dengan izin DKS aku petik artikal beliau "MB Kedah Nak Jadi Anti Kerajaan Pusat... Anak Buah Pula Minta Bantua Kerajaan Pusat..." untuk dikongsi dan renungan kita bersama.

"Melihat kpd tajuk berita di dada akhbar utama lalu, kita mesti menyangka bahawa Kedah ni diperintah dgn cekap. Apa taknya, MB Kedah semasa wawancara dgn wartawan sempat memberitahu bahawa jika Kerajaan Pusat tak mampu mengurus Universiti Utara Malaysia (UUM), kerajaan negeri Kedah boleh ambil alih. Begitu hebat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercakap. Tetapi beliau tak sedar bahawa RM1.7 juta cukai tanah tu akan mengundang padah kpd projek lain di Kedah yg dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Pusat.

Mungkin Azizan perlu belajar menjadi seorang insan yg tak bongkak dan belajar apa itu ‘humble’. Lagu ni beliau ibarat kata mat saleh pulak; ‘if you are as great as I am; it is difficult to be humble’. 

Kita cuba ‘backtrack’ seketika dan lihat ke projek utama Kedah untuk pelaburan langsung asing (foreign direct investment/FDI) iaitu Kulim Hi-Tech Park (KHTP). Rata-rata secara umum rakyat Kedah telah mengetahui bahawa projek ini dibiayai secara sepenuhnya infrastruktur dan pembangunan (termasuklah pengambilan tanah dari pihak swasta). Secara keseluruhannya sebanyak RM2 billion telah dibelanjakan untuk membangunkan sebuah kawasan industri bertaraf taman teknologi atau taman sains yg menjadi contoh terbaik di Malaysia untuk pembangunan perindustrian yg teratur dan moden. Hasilnya ialah KHTP berjaya menarik RM24 juta pelaburan dan menyediakan puluhan ribu peluang pekerjaan yg bernilai tinggi untuk anak Malaysia secara am dan anak Kedah secara khususnya. 

Apa yg ingin ditonjolkan ialah Kerajaan Pusat mempunyai kemampuan untuk membayar cukai tanah berjumlah RM1.7 juta ini. Tetapi Kerajaan Pusat melalui UUM ingin melihat sejauh manakah keikhlasan Kerajaan Negeri dalam menangani isu yg melibatkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga bidang pelajaran, iaitu bidang yg tak mendatangkan pulangan wang atau keuntungan kpd Kerajaan Pusat, hanyalah sekadar memenuhi tanggung jawab sosial menyediakan pelajaran lanjutan kpd semua lulusan SPM, termasuklah dari Kedah sendiri. 

Sejak memegang tampuk pemerintahan KHTP, PAS melalui Tuan Haji Muhamad Sobri bin Osman (dia ni sain nama pun unik, sekerat rumi, sekerat jawi; tak tau pasai apa), beliau masih sehingga ke saat ini, menggunakan cara lama semasa BN memerintah, iaitu memohon bantuan geran dan pinjaman dari Kerajaan Pusat (melalui PKNK) atau secara terus bagi pembangunan infrastruktur KHTP. Ini adalah polisi jelas dari beliau, walau pun pernah beliau mencuba untuk menjarakkan diri dari polisi ini sewaktu awal pemerintahannya apabila berkata dgn angkuhnya; ‘we must not depend on federal government grant’ atau pun dialih bahasakan; ‘kita tak perlu bergantung dgn geran dari kerajaan pusat’. Beliau nampak begitu angkuh dan sombong ketika itu. Malah beliau juga berkata semasa itu; ‘I am fully in charge’. Ini berlaku disekitar hujung tahun 2008. 

Berbalik kita kpd tajuk di atas yg ingin aku kupas. Selalunya apabila boss kita membuat sesuatu, ianya juga akan diikuti oleh anak buah. Tetapi terbalik pulak dgn apa yg terjadi di Kedah. Boss dah nampak anti kerajaan pusat, tetapi anak buah di KHTP masih menagih bantuan dari Kerajaan Pusat. 

Kita sarankan kpd Kerajaan Persekutuan supaya menjemput MB Kedah untuk juga mengambil alih pengurusan dan juga tanggungjawab membiayai keperluan kewangan KHTP kpd Kerajaan Negeri Kedah. Ini adalah kerana MB Kedah sudah membuat tawaran tak rasmi untuk mengambil alih UUM. 

Apa yg perlu Kerajaan Pusat buat lag ialah menuntut balik segala hutang KHTP dari Kerajaan Negeri Kedah yg mungkin berjumlah sekitar RM170 juta sahaja. Ini boleh dibuat dgn kadar segera kerana hutang itu pun sepatutnya sudah dilunaskan, tetapi Kerajaan Pusat amat baik hati untuk menangguhkan pembayaran tersebut. 

Nasihat aku kpd MB Kedah ialah agar berhati-hati dalam memberi kenyataan akhbar. Jangan terperangkap dgn ideologi PAS bahawa apa yg kami buat semua betul dan apa yg BN/UMNO buat semua salah. 

Di harap Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri EPU ambil perhatian mengenai perkara ini dan bertindak dgn segera dgn menghantar surat dari EPU kpd pejabat MB, dan cc kpd PKNK dan Hj Sobri, meminta agar hutang Kerajaan Pusat yg tertunggak diselesaikan dgn segera. Dan untuk UUM punya cukai tanah RM1.7 juta tu, kontra saja dari RM170 juta hutang tu. Jangan pula pi kata kat media bahawa itu hutang dari Kerajaan BN/UMNO dulu. Siapa yg perintah lagi, dialah yg kena ambil tanggung jawab. Macam jugak bila tarif air dinaikkan, yg bertanggungjawab ialah Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Pusat. Pelaburan pun kalau naik atau turun, sendiri kena tanggung la, jangan pulak apabila banyak kata buat sendiri, bila sikit tuduh MIDA tak buat kerja. 

Malah lebih menarik lagi disini ialah Hj Sobri yg amat marah dgn Datuk Shukri kerana menghantar cadangan KHTP untuk diambil alih oleh Kerajaan Pusat pada hujung tahun 2008, akhirnya akur juga dgn cadangan asal Datuk Shukri itu. Walau pun Hj Sobri dgn keras menentang cadangan agar KHTP diambil alih oleh Kerajaan Pusat melalui penukaran status pinjaman RM200 juta oleh Kerajaan Negeri kpd geran (cadangan dari Datuk Shukri), akhirnya telah menghantar cadangan yg sama pada tahun 2010, iaitu setahun dari cadangan asal itu dihantar kpd Kabinet. 

Ini boleh kita sifatkan seperti ‘menjilat ludah sendiri’. Sama juga seperti YB Datuk Haji Amiruddin, yg dulu mencanangkan bahawa Kedah atau KHTP tak perlu lagi mengikuti ‘trade mission’ MITI/MIDA oleh Kerajaan Pusat, dan boleh pergi sendiri, akhirnya akur juga dgn keberkesanan misi pelaburan Kerajaan Pusat dan lag telah menjadi ‘regular customer’ untuk misi pelaburan MIDA ini. 

Sebagai rumusannya, mengapa MB Kedah tak mendapat gambaran sebenar apa yg berlaku di KHTP…? Dahulunya adalah menjadi ‘precedent’ sesiapa sahaja yg menjadi MB Kedah dialah yg menjadi Pengerusi KHTP, ini adalah sesuatu yg baik yg dilakukan oleh BN/UMNO. Tetapi ini tak diikuti oleh Ustaz Azizan yg hanya ‘mendelegate’ sahaja tugas ini kpd Exco Pelaburan & Industri. Diharap ini juga akan diubah dgn segera oleh Ustaz Azizan dgn mengambil balik takhta Pengerusi KHTP dari YB Datuk Hj Amiruddin yg khabarnya sudah menambah cawangan beliau

Kat sini aku selitkan kertas kerja dari KHTP untuk menukar RM130 juta pinjaman kpd status geran yg dihantar kpd Kementerian Kewangan pada tahun lepas untuk tatapan dan analisa pembaca sekalian. Tak perlu kita heboh bagai mana dan macam mana maklumat bocor (memang kerja aku). Yg penting, persoalan kita ialah adakah MB dan anak buahnya Hj Sobri dapat mentadbir Kedah dan mengurus KHTP secara cekap…?".








Print Friendly and PDF

MALAYSIA - CHINA ECONOMIC AND TRADE COOPERATION FORUM.


By         :   DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Venue :   SHANGRI-LA HOTEL, KUALA LUMPUR
Date     :   28/04/2011
Title      :   MALAYSIA - CHINA ECONOMIC AND TRADE COOPERATION FORUM


His Excellency Wen Jiabao;
Premier of the People’s Republic of China,

Honourable Ministers, Business Leaders and Captains of Industry from China and Malaysia,

Ladies and Gentlemen,

Distinguished guests.

1.         It gives me great pleasure to be here this afternoon as part of the inaugural Malaysia-China Economic and Trade Cooperation Forum. I would like to extend to all of you the warmest of welcomes – and to our friends from China, let me wish you selamat datang and xia wu hao.

2.         It is heartening to see so many distinguished participants here today – a testament both to the strong and enduring ties between China and Malaysia and to the unwavering economic focus and far-sighted leadership of Premier Wen Jiabao. I know that His Excellency’s visit has been eagerly awaited, not only by our own Chinese community but by all Malaysians – so I am delighted to welcome him on what is his second official visit to our country, and the first time I have had the honour of greeting him here on Malaysian soil.

3.         When we met in Beijing back in 2009, it was of course to celebrate 35 years of diplomatic ties – three and a half majestic decades of economic, social and cultural exchange and another chapter in our long and fruitful history of engagement.

4.         Malaysia, you may recall, was the first nation in South East Asia to establish diplomatic ties with China back in 1974 – a decision which, given the economic powerhouse that China is today, it could be argued showed a considerable amount of foresight! But it was also a decision that made China a friend not an adversary, a colleague not a competitor, a partner not a rival, and other ASEAN member states quickly followed suit.

5.         Today, China is Malaysia’s biggest trading partner globally, and we in turn are China’s biggest trading partner within ASEAN. That is good, but we can do even better – and I want to see trade between our countries double over the next five years.

6.         In China, Malaysians are doing business not only in the big cities of Beijing, Shanghai and Guangzhou but in many other smaller provinces, from Sichuan to Shandong and from Xian to Xinjiang. And these exchanges work both ways, with more than 100 Chinese companies making the most of an attractive investment environment to pursue their business goals here in Malaysia.

7.         So the signs are positive, but we cannot afford to take for granted all we have achieved. Instead, we must work harder than ever to intensify our bilateral engagement and to meet the challenges of the changing global business climate.

8.         To that end, Premier Wen and I this morning witnessed the signing by our respective Trade Ministers of a new Agreement on Expanding and Deepening Economic and Trade Cooperation. I am confident that this Agreement, which takes a more targeted, sector-specific approach to planning and implementing business co-operation programmes, will inject fresh momentum into our bilateral economic and trade collaboration.

9.         But the Agreement will never make it off the page if we fail to follow up words with action – so together we must work with imagination, dynamism and conviction to deliver the results that business communities in both our nations want to see. That is why I have set a Key Performance Indicator for Malaysia’s economic Ministries to come back with concrete collaboration projects within a year, and I know that Premier Wen is also looking at what further concrete measures he can take.

10.       I believe businesses here in Malaysia will also benefit from becoming more aware of the opportunities for trade and investment that are contained in China’s 12th Five-year Development Plan – just as I believe that China’s corporate sector can benefit from learning more about our 10th Malaysia Plan and Economic Transformation Programme.

11.       But such business-to-business collaboration needs to be intensified and facilitated at both corporate and government levels. I am determined to do everything I can in order to further that ongoing dialogue – so I am incredibly proud that Malaysia has been named “country of honour” at the upcoming Eighth China ASEAN Expo in October of this year. We will certainly make the most of this high profile opportunity to reach out to China’s investment and business community, highlighting specific programmes in sectors like healthcare, education, ICT, environmental services and green technology.

12.       Following Tan Sri Muhyiddin’s recent discussions with Vice Premier Li Keqiang in Beijing, my Government has also been promoting the new commercial opportunities for Malaysian businessmen in China’s western, central and north-east regions. These areas have the potential to become China’s new centres of growth, and I am sure Malaysian businesses will be keen to find out more about them.

13.       In return, I want to do everything I can to encourage greater Chinese investment in Malaysia and to highlight the opportunities we have to offer. Malaysia’s Economic Transformation Programme will deliver almost RM1.4 trillion in new investments over the next 10 years, of which 92% is expected to come from private business and financial sources.

14.       This represents private sector investment of around RM120 billion a year – and I invite all of China’s businesses and investors represented here today to partner with us to make this projection a reality that will bring great benefits to both our countries.

15.       The implementation of the ASEAN-China Free Trade Agreement in 2010 has undoubtedly boosted our bilateral trade and investment relations, growing by 150% from US$18 billion in 2004 to US$45 billion last year. But we can achieve even more if we keep our focus on areas of common interest – not just bilaterally but also in third countries through shared ventures.

16.       The ASEAN+3 cooperation – introduced to enhance regional economic co-operation in the wake of the 1997 economic crisis – is now well-established, with the implementation of many activities aimed at strengthening and enhancing ASEAN’s economic ties with China, Japan and Korea. Co-operation is being pursued across a range of areas including trade, investment, industry, agriculture, transport, finance, environment and sustainable development. I also fully support efforts tofurther strengthen the ASEAN+3 relations through the deepening of economic integration of East Asia involving ASEAN, People’s Republic of China, Japan and Korea on a progressive basis.

17.       That is the regional picture, but at a global level Malaysia and China are also firm supporters of multilateral trade liberalisation – and it is worth nothing, I think, that our bilateral trade stood at just US$6.3 billion at the turn of the Millennium when China was not yet a member of the WTO and the China-ASEAN FTA had not yet been conceived or born.

18.       Malaysia and China are leading trading nations and major beneficiaries of the multilateral trading system. It is in our interests that multilateral trading rules are preserved and global markets are kept open, so we need to work together to seek solutions to the impasse in the Doha Round.

19.       Only by coming together at all these levels – national, regional and global – will our nations and our peoples be able to fulfil their true potential and to secure their place at the forefront of our new global society.
                                                                    
20.       Since 1974 the relationship between our nations has endured and flourished, with both China and Malaysia reaping the benefits of ever-closer co-operation. Our countries and peoples have their own unique skills, traits and cultures, but we are united by a shared sense of national purpose and an unshakeable belief in the power of enterprise and opportunity.

21.       That common purpose is in evidence all around you here today, where the Ministry of Commerce China and the China Chamber of Commerce have worked alongside MITI, MIDA and ASLI to organise this impressive forum.

22.       I have no doubt that this afternoon’s discussions will prove to be a catalyst for many more decades of co-operation, prosperity and growth, and that the relationships forged here will continue to bear fruit for a long time to come.

TERIMA KASIH and xie xie ni !

Thank you.
Print Friendly and PDF
There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.