Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, May 16, 2011

Perutusan Sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke 65.


By           :              DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Venue  :              PUTRAJAYA
Date      :              11/05/2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia

Syukur Alhamdulillah kita dapat menyambut hari ulangtahun kelahiran UMNO yang ke-65 pada hari ini. Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana di kala dan ketika kita menyambut tarikh keramat 11 Mei ini kita masih menjadi parti pemerintah yang mendapat kepercayaan dan diyakini orang-orang Melayu dan Bumiputera khasnya serta rakyat Malaysia amnya.

Kepercayaan dan keyakinan ini bukan wujud secara semula jadi tetapi dimenangi serta dipupuk hasil keikhlasan dan iltizam perjuangan generasi kepimpinan dan ahli UMNO silih berganti. Ia tidak mungkin berterusan tanpa kemampuan kepimpinan dan ahli-ahli UMNO untuk terus merasai denyut nadi rakyat serta mendokong aspirasi mereka.

Dalam usia 65 tahun UMNO telah menempuh pelbagai cabaran serta tribulasi. Pengalaman dan sejarah telah menjadikan UMNO parti politik yang kuat, realistik, matang serta berpijak di bumi nyata. Ia telah mencanai UMNO dengan keanjalan untuk berubah sesuai dengan tuntutan lanskap politik mutakhir, memastikan parti terus segar dan relevan.

Sesungguhnya badai yang telah melanda parti kita pada pilihanraya umum yang lalu bukanlah alasan untuk kita terus bersikap pesimistik. Kini bukan masanya untuk terus  mengeluh dan mengenang perkara lalu. Hakikatnya jika kita masih lagi tidak mengenal pasti apa kesilapan kita dan mengambil langkah-langkah pembetulan setelah lebih tiga tahun pilihanraya umum ke-12 berlalu maka kita sebenarnya hanya menempah masa depan yang kelam untuk parti dan rakyat. Kini adalah masa untuk bertindak dan bekerja bukannya masa untuk bernostalgia dan beremosi.

Justeru seluruh ahli parti perlu meningkatkan usaha untuk memantapkan persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang pasti tiba. Bunyikan semboyan, pukullah gendang perang dan panaskan jentera. Jangan sesekali membiarkan fitnah, kepalsuan dan cubaan untuk memperdaya rakyat berjaya.   
Ingatlah jasa-jasa lalu akan hanya tinggal dalam lipatan lembaran sejarah jika kita gagal dalam ujian yang besar ini. UMNO perlu terus gagah dan relevan untuk melakar jasa-jasa baru demi untuk agama, bangsa dan negara.

Sejak mula ditubuhkan sebelum merdeka lagi, UMNO telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah parti politik yang bukan sahaja mampu menyatukan orang Melayu tetapi juga untuk menerajui pemerintahan negara.

Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan sumbangan UMNO. Kita tidak akan lupa jasa-jasa tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta lain-lain tokoh UMNO yang telah begitu banyak berjasa kepada parti dan negara.

Sementara kita semua menghargai jasa dan sumbangan para pejuang bangsa ini, pemimpin, ahli, dan penyokong UMNO perlu sedar bahawa segala jasa dan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara tidak menjamin kelangsungan sokongan rakyat kepada UMNO sebagai parti pemerintah di negara ini.

Untuk itu kita perlu meneruskan perjuangan pendahulu-pendahulu kita untuk menjadi juara rakyat. UMNO dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional perlu memastikan agar hari ini untuk warga Malaysia adalah lebih baik dari hari semalam dan fajar menyinsing di hari esok akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka.

Marilah kita bersama-sama rakan-rakan dalam Barisan Nasional untuk terus bekerja keras dan berusaha dengan gigih bagi mencipta masa depan Malaysia yang lebih makmur, marilah kita bersama-sama untuk meletakkan negara tercinta ini ditempatnya yang hak di persada antarabangsa.

Insya-Allah berkat kesungguhan dan iltizam padu kita UMNO akan terus berjaya.

DATO’ SRI MOHD NAJIB
Presiden UMNO

Print Friendly and PDF

8 comments:

  1. Dato Najib; jentera umno makin sejuk macam ice cream.Bahgain gaduh belum habis.Ketua bahagian bertambah bodoh sombong.Parti kucar kacir.Akhlak ketua bahagian cukup teruk macam Padang serai.Buat program syok sendiri.Janji bohong.

    ReplyDelete
  2. pemerhati hari itu.May 17, 2011 at 7:10 AM

    Aku nak tergelak bila perwakilan padang serai banglit isu moral kena liwat ketua umno padang serai semasa ucapan penangguhan.Ketua Umno Padang Serai jawap isu dia kena liwat adalh hal peribadi dan akan diselesai diluar nanti.Maknanya dia tak nafi lah.Perwakilan suruh dia buat penafian atay sebaliknya.Rupanya pasangan yang balun dia pun ada dalam dewan semasa perwakilan.Inilah pemimpin UMNO diPadang Serai setelah usia 65 tahun.Ini lah laporan dari dewan persidangan UMNO Padang Serai baru ini.Kesemua Jawatankuasa telah bersubahat dan jadi barut akan menerima dosa dari Allah nanti.Korek punya korek banyak cerita di padang serai....

    ReplyDelete
  3. Tu dia.Aku dah kata dah lama dah.Baru hampa tahu.Baru padan muka hangpa semua ahli UMNO Padang Serai.Hangpa pilih pemimpin kerana RM.Bulok RM.Tu yang dapat kaki jubokri,kaki betina,kaki judi,play boy,play girl,kaki indon.Semua ini low class punya pemimpin.Usia UMNO 65 tahun akau rasa UMNO dah sampai dipenguhujung alam dan sudut dunia politik.Oleh itu hangpa cari projek banyak-banyakbanyak isi poket hangpa.Hangpa cari betina bagi banyak.Yambah bini bagi jadi dua atau tiga bila dah kaya.Biar rakyat susah.Yang penting bagi hangpa kaya dah cukup.UMNO dah tak ada tempat lagi dalam dunia politik hari kerana perangai hangpa semua.Padan muka hangpa semua khususnya di Padang Serai.

    ReplyDelete
  4. selamat ulang tahun






    Politik BN Politik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
    >>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<

    ReplyDelete
  5. ooooooi hebatnya Rahman Dijuburi Padang Serai.Aku dapat satu sorat SMS dia dengan si mamat yang balun dia masa kat dewan perwakilan baru ini.Ini dah jadi bukti isu moral rendah Rahman Dijuburi ini.Bila aku baca SMS Rahman Dijuburi ini naik muntah rasanya.Malu perangai seorang ketua bahagian macam anjing.Demi UMNO Rahman Dijuburi wajib letak jawatan segera .Kalau tidak UMNO terpaksa tanggung semua kemaluan ini.Surat ini katanya dah diedar pada hari itu.

    ReplyDelete
  6. mAKA hARI ini dengan rasminya tertubuhlah kumpulan Gerakan Anti Rahman dilancarkan di Hotel Keriangan Pekan Padang Serai.Ini semua ada kaitan dengan isu Dijuburi yg sedang dihadapi oleh Rahman selepas pembongkaran di mesyuarat perwakalian UMNO P)adang Serai pada 15/5/2011 baru ini.

    ReplyDelete
  7. UMNO Negeri Kedah agaknya lena dan pekak telinga.

    ReplyDelete
  8. Dato Najib buat kesilapan bila lantik Dato Bashah sebagai Pengerusi UMNO Kedah.Bukan tambah kuat.Sebaliknya tambah lembik dan berserabut serta tunggu masa sahaja nak ranap.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.