Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Saturday, December 3, 2011

Beranjauwan Prasarana.......?


Alhamdulillah, dapat juga aku mencuri sedikit ruang masa menjengok sahabat, kawan dan kenalan aku di Prasarana. Banyak cerita-cerita yang menarik pasal GMD Shahril Mokhtar. Oh…….! silap……. Dato’ Shahril Mokhtar. Bukannya apa, aku dimaklumkan yang GMD minta orang panggil dia “Dato”, walaupun kenalan rapat dia. Walau apapun, tahniah Dato’ Shahril……. Eeeee geli aku. Entah apa jasa yang besar dah dia sumbang pada Prasarana. Nak kata pasal MRT jauh sekali sebab projek ni adalah sambungan dari tertangguh sejak sekian lama……. Yang aku hairan rata-rata di Prasarana dan member-member dia kata Dato’ Beli. Sungguhka…….?

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak telah merasmikan pelancaran projek MRT Sg Buloh- Kajang pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Projek ini dijangka bermula pada November 2011 dan siap pada tahun 2016. Penyiapan projek ini, dilihat akan memberi impak ekonomi dan kemudahan kepada kira-kira 400,000 orang pengguna sehari.

Projek yang mempunyai jarak sejauh 51 kilometer ini adalah bermula dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Daripada 51 kilometer itu, sejauh 9.5 kilometer laluan akan dibina dibawah tanah. Masa perjalanan untuk satu hala dari Sungai Buloh hingga Kajang hanya mengambil masa selama 88 minit. Projek bernilai berbilion ringgit ini akan dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan diawasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berhad (SPAD).

Alhamdulillah……. Semua ini untuk kemudahan Rakyat Malaysia.

Masa DS Najib rasmi kenapa "Countdown To 2020" sedangkan  MRT sepatutnya siap pada 2016.......?
Adakah on paper aja GMD.......?
Cuma apa yang aku nak perkatakan dekat sini adalah pengunaan RM Prasarana habiskan untuk program pelancaran tu. Cerita ini dikhabarkan pada aku masa melepak di foodcourt bersama geng-geng Prasarana dan sahabat-sahabat yang berkerja area situ. Aku tumpang dengar antara percaya dan tidak……. Ini cerita menarik dan bukti mesti aku dapatkan. Hasil sembang-sembang kosong tu, aku tahu tempat untuk aku tuju cari maklumat semestinya dengan department yang uruskan bab event…….

MAK DATOKKKKKKK…….! Besarnya perbelanjaan dia……. Untuk majlis pelancaran saja mencecah hampir RM600,000.00.

Tapi yang uniknya…….Projek MRT milik Prasarana dan diAWASI oleh SPAD……. Program pelancaran Prasarana yang buat, CANTIKnya SPAD yang nak kena bayar……. Bagus juga cara GMD berniaga.


 “Apa benda lain yang dapat aku cari sebagai bahan tulisan aku…….? Dan”, tanya aku pada Mr X.

Mr X mencelah, “Tak susah bang, abang pi cari aja baju F1 putih merah yang dia orang pakai masa hari pelancaran tu dan abang tengok pun abang dapat nilai dan abang beza dengan harga ni…….”.

Bertambah menarik……. Usaha aku berjaya…….

MAK AIIIIIII…….! Kenapa jadi macam ni…… Mbaju yang aku perolehi tu amat teruk kualitinya. Jahitan Logo MRT pun tak kemas. Warna pun boleh turun. Aku dimaklumkan bahawa baju F1 hampir mencecah RM60,000.00 ditempah sebanyak 200 helai. Kalau tak percaya boleh tanya “Blitz”. Dicongak balik lebih kurang RM300.00 sehelai. PUNGGAHHHHHHH……..

Baju F1 yang dikatakan hampir mencecah RM300.00 sehelai.
Nilai sendiri jahitannya.
Embroidery menjerot kain yang dijahit.
Aku bawa contoh baju tu tanya beberapa kedai dan termasuk kilang sekitar Kuala Lumpur dekat Pudu aku tak pergi pasal selalu sesak. Rata-rata average harga yang aku dapat dengan kuantiti dan kualiti kain yang sama (viscose/cotton) boleh buat 3 spot embroidery (Prasarana hanya buat 1 spot embroidery logo MRT) tidak lebih dari RM120.00 satu helai. Kualiti baju MRT yang aku tunjuk, mereka anggarkan dalam RM70.00 ke  RM80.00 sahaja.
Goodies ni berapa RM pula.......?

Persembahan dengan hanya utuk sebuah lagu berapa ya.......?

Ini adalah sebahagian daripada bahan-bahan yang aku dapat selongkar. Sekarang susah sikit nak menyelinap masuk……. Tambahan pula sekarang dah hire Commercial Advisor buat perancangan untuk Prasarana....... Adakah mungkin otak-otak top management Prasarana dah tak boleh pakai untuk membuat perancangan..... atau.......

Tunggu........

Kepada Tan Sri Hamid Albar…….SPAD dah bayar ka tuntutan Prasarana tu…….?  Banyak tu Tan Sri jumlahnya. Prasarana claim tu kena kaji dan selidik betul-betul.......

Print Friendly and PDF

17 comments:

  1. sapu wak sapu,jangan tak sapu..duit tu semua makbapak kau punya,telan jangan tak telan bagi bini2 dan anak2 makan,sebab hidup hanya sekali!!!!

    ReplyDelete
  2. Cerita lama...dah takda modal ka?

    All just rubbish talk...!

    ReplyDelete
  3. Rubbish or not this is what I heard. Or you want me to publish all the details here.......?

    ReplyDelete
  4. kalau betoi sungguh-sungguh...bring it on!

    Show all what you have brother, buat apa nak simpan-simpan lagi...

    ReplyDelete
  5. Sabar sekejap....... sedang berbincang dengan SPRM dan MOF. Yang pasti Tok GMD yg sign memorandum tu.......

    ReplyDelete
  6. hahahaha sunguhka setakat mahu menipu pergi mampus la.fitnah sane sini g jahanam korg sume.setakat nk buat cite bincang ngan sprm atau mof sape pun boleh?

    ReplyDelete
  7. GMD shok sendiri....beliau ni akan merosakan PRASARANA....Tak ada apa yang boleh dibangakan selama beliau mengambil alih pengurusan ....makin lintang pukang dan macam dah tak ada ketua .....semuanya pakai balun ja ......HR silih berganti tapi habuk pun tak da.......

    ReplyDelete
  8. http://www.eyriqazz.com/2011/12/kau-ingat-lrt-ini-kau-yang-punya-ke.html


    if you look inside a this man, you can see a this guy is nothing but a con man! damn man, the people who ride rapid kena bantai dgn staff datuk shahril mokhtar n he get himself a datuk!


    damn man! you know when staff get very selfish like this, when upper management kelam kabut. sume save bontot sendiri! itu la jasa shahril mokthtar!

    ReplyDelete
  9. Happy New Year...!

    Check this out pulak - http://www.eyriqazz.com/2011/12/jawapan-balas-dari-myrapidkl.html

    ReplyDelete
  10. Sahril sudah mula kumpul orang orang dia kat atas ....orang orang yang akan digunakan untuk selamatkan dirinya .Ada yang datang dari CIMB dan bermacam macam latarbelakang kerjaya .....Walau apa pun latarbelakang nya yang pentingnya adakah merika ni faham masalah pengangkutan awam ?Jangan nanti Prasarana cuma habiskan duit untuk bayar gaji diaorang aja .Kalau ditanya orang ramai adakah merika semua berpuas hati dengan perhidmatan yang diberikan oleh train dan monorail?Disini kerajaan telah berbelanja berbelion ringgit untuk Prasarana ,untuk menyediakan satu sistem pengangkutan darat yang moden mampan serta beleh dipercayaai.Pihak pengurusan perlu peka dan bukanya bermain politik dalaman .....Solal orang mana nak dijatuhkan orang mana nak dinaikan.....dan mula berpuak puak .Tukarlah kepada apa nama sekalipun .Yang terbaru Rapid ,semua mengunakan nama rapid walaupun rapid tu malang tidak pernah untung .......tapi ole kerana lobi dan GMD dari orang rapid semuanya boleh .......
    Apakah tugas yang dipertangungjawabkan terhadap syrikat ini Dilembah klang dan pp.Jawapnya tidak lain dan tidak bukan untuk anggkut dan turunkan penumpang pada waktu yang dijanjikan .Adakah janji itu terlaksana dengan jaya nya atau hanya tingal janji saja .Bas dan train selalu rosak dan ada yang terbakar didalam perjalanan......mengapkahini terjadi?Lihatlah sebagai perbandingansyrikat bas lain yang telah berhidmat lebih 40 tahun diKL dan selangor ,Walaupun tidak dengan bantuan kerajaan merika mampu bertahan sekian lama sehingalah merika tewas oleh persaingan yang tidak sihat oleh syrikat kerajaan.Segala perbelanjaan serta modal telah diberi serta banyak lagi kemudahan dari kerajaan prasarana masih gagal melaksanakan tangungjawabnya .Dimanakah silapnya ?Jawabnya adalah pengurusan .Pengurusan yang tidak cekap dan sombong serta tidak mesra perkerja ....Ada sesetengah orang atasan termasuk GMD tidak mesra perkerja langsung.....Pertanyaan saya berapa kalikah GMD datang berjumpa perkerja didalam rail dan bas diKL? Sibuk sangatkah Dato sahril moktar ni?Najib pun selalu turun padang berbual dan b erhubung dengan rayaat ......Saya cabar dato sahril turun padang jumpa perkerja .....tentu dapat banyak maklumbalas .......yg boleh diguna untuk membangunkan Prasarana....Janganlah angap perkerja bawahanni bangang dan low class.Sesuka hati ja nak buang perkerja tanpa pertimbangan dan prikemanusiaan .Apa Orang orang HR ingat prasarana ni mak bapak dia yang punya .........Kami akan tunjukan kuasa perkerja tak lama lagi ......tunggu....

    ReplyDelete
  11. bro Anonymous said January 6, 2012 10:08 PM kami support lu!!!!!!!! Go Froggy Plan !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbaru shahril doh taichi nak slahkan staff bawahan...hanye utk kes baju nih....dengar cite dier sendiri report SPRM......nak cover line lah tuh....xixixixixi.

      Delete
  12. GMD Shahril tak boleh buat rancangan sendiri untuk Prasarana ke sampai kena ada Advisor baru dok advise apa pun tak tau. Advisor kununnya bernama Shaik Rizal Sulaiman tapi entah apa dia dok advise pun tak tau. Buat perabih beras je. Kita dengan semua geng Prasarana naik menyampah tengok muka Shaik Rizal ni. Bukannya bawak apa faedah pun. Sibuk kacau orang Prasarana aje. Cakap banyak habuk pun tarak. Kalau macam ni la Dato Shahril kendalikan syarikat, tak ke mana la perginya.

    ReplyDelete
  13. title dato mmmm ada org taja supaya bleh long term ngan dia....pikirlah sapa dia. mna tau kut2 org yg bgi exclusive right utk apa2 ka. in return ....mmmmm pikiaq2 la no...

    ReplyDelete
  14. betul ke cerita ni ... kakakakaka

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.