Bagaimana Arumugam dijatuhkan oleh PAS :
Ramai yang menyangka isu Arumugam bersekedudukan perempuan simpanan telah ditimbulkan oleh UMNO tetapi hakikatnya isu tersebut dibuat oleh PAS Kedah dan dibawa oleh Kelab Penyokong PAS Kedah dan beberapa ahli PAS. Apabila memorandum pertama yang diserahkan kepada Setiausaha Sulit KDYMM Tuanku Sultan Kedah tidak memberikan kesan maka arahan telah dikeluarkan oleh PAS Kedah agar memorandum diserahkan terus di Istana Anak Bukit. Stesyen TV swasta telah dimaklumkan tentang penyerahan memorandum tersebut dengan tujuan isu tersebut disiarkan di dalam berita TV. Pihak TV Swasta tersebut tidak menyedari konspirasi ini dan menyangka ini satu peluang yang baik untuk memburukkan imej Kerajaan Kedah yang ditunjangi oleh PAS. Apabila isu tersebut dijadikan berita TV maka ianya menjadi semakin panas dan memberi tekanan kepada Arumugam dan keluarga.
Apabila langkah pertama berjaya langkah kedua diatur. PAS mula mengenalpasti calon untuk diletakkan sebagai calon di Bukit Selambau bagi menggantikan Arumugam yang sememangnya dijangka akan meletakkan jawatan. Pada masa itu Manikumar telah dipilih daripada kalangan Kelab Penyokong PAS Kedah dan diarahkan untuk mendaftarkan diri sebagai ahli PKR secepat mungkin untuk membolehkan dia diletakkan sebagai calon di Bukit Selambau menggantikan Arumugam. Pada masa yang sama satu surat telah dikarang oleh PAS Kedah untuk ditandatangani oleh Arumugam. Surat tersebut menyenaraikan nama-nama ahli PKR yang berkemungkinan dicalonkan oleh PKR Kedah sebagai calon di Bukit Selambau dan nama-nama tersebut dinyatakan sebagai pembelot parti dan agen Barisan Nasional (UMNO).
Arumugam yang sememangnya tertekan telah diberi tekanan berbentuk "ugutan lembut" oleh pegawai-pegawai Menteri Besar Kedah untuk meletakkan jawatan Exco dan wakil rakyat. Arumugam telah ditakutkan kononnya kes beliau merupakan satu kesalahan jenayah dan isteri beliau (yang dikatakan sebagai perempuan simpanan beliau) mungkin didakwa di mahkamah. Arumugam telah terpengaruh dan takut sesuatu yang buruk berlaku kepada beliau dan isteri oleh sebab itu beliau bersetuju untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN. Beliau kemudiannya telah dibawa untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk memaklumkan keputusannya dan beliau telah menyerahkan surat yang mengandungi senarai nama ahli PKR yang kononnya pembelot parti dan agen BN/UMNO kepda Anwar Ibrahim.
Apabila kerusi DUN Bukit Selambau diisytiharkan kosong maka PKR Kedah mencadangkan nama-nama ahli-ahli PKR daripada kalangan masyarakat India yang aktif dan layak untuk menjadi calon mewakili PKR. Malangnya semua nama yang dicadangkan oleh PKR Kedah telah disenaraihitamkan oleh Arumugam sebagai pengkhianat parti dan agen BN/UMNO. Semua nama yang dicalonkan oleh PKR Kedah telah ditolak oleh pimpinan PKR Pusat. PAS Kedah telah mengambil kesempatan ini dengan mencadangkan Manikumar kepada Pengerusi Perhubungan PKR Kedah yang bersetuju dan membuat cadangan kepada Pimpinan PKR pusat. Manikumar telah diterima walaupun mendapat bantahan keras daripada masyarakat India setempat.
PAS Kedah sejak awal-awal lagi telah membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihanraya kecil ini. PKR Kedah sendiri agak ketinggalan dalam persediaan mereka. PAS Kedah juga telah menjemput ulamak-ulamak PAS untuk membuat fatwa menghalalkan mengundi orang bukan Islam bagi pengundi Islam. Fatwa ini merupakan pengecualian bagi fatwa asal PAS yang mengharamkan mengundi orang bukan Islam. Manikumar telah menang dengan majoriti yang besar mengalahkan calon-calon bebas dan BN. Ini merupakan kemenangan PAS yang tidak disedari oleh PKR Kedah. Inilah yang dinamakan,"Menang Sorak Kampung Tergadai".
Selepas Arumugam berjaya dijatuhkan maka konspirasi kedua untuk menjatuhkan Radzi Salleh dimulakan. Tidak ramai yang menyedari bahawa salah satu faktor Manikumar dipilih oleh PAS Kedah adalah kerana beliau memiliki kelulusan di dalam bidang pelancongan dan akan diberikankan tanggungjawab untuk memegang potfolio pelancongan menggantikan Radzi Salleh selepas Radzi Salleh berjaya dikeluarkan.
Bagaimana Radzi Salleh akan dikeluarkan daripada Kerajaan Negeri Kedah? Apakah isu-isu yang akan digunakan? Bila PAS menjangkakan pilihanraya kecil Lunas akan akan diadakan? Benarkah jentera pilihanraya PAS Kedah telah diarahkan untuk membuat persediaan menghadapi pilihanraya kecil Lunas? Siapakah yang bakal dicalonkan oleh PAS Kedah sebagai calon "mereka" di Lunas? Siapakah dikalangan pemimpin PKR yang dipergunakan oleh PAS kali ini? Ikuti penjelasan kami seterusnya.
Sungguhka ni? Biaq betoi....

Tiada yang benar melainkan benar belaka.Itulah wajah2 dan haiwan2 yang ada dikedah la nei.Tipu.Putaq belit,pembohong.
ReplyDelete