Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, February 10, 2011

Prasarana Oh Prasarana – Siri 1.

Aku tidak tahu apa dah jadi dengan Prasarana la ni…… Dengar kata Prasarana dengan Rapid ni tunggang langgang jadinya. Ibarat ular makan naga.

Kesian dekat Naga tu, pi ambil ular tup…tup ular makan dia balik. Ni yang buat aku bertambah semangat nak korek cerita.

Pernah suatu ketika dulu aku buka sikit cerita bab Prasarana ni iaitu Prasarana + Rapid = Rapid.......? (Episod 1) (klik sini) .

Sebelum aku melebarkan cerita aku ni selebar mungkin, ingin aku menceritakan suatu kisah sedih yang aku dengar benar-benar menangkap kalbu dan perbuatan sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya yang memberi arahan tu bernama MANUSIA…….

Prasarana miliki satu anak Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) pada ketika itu dipimpin oleh bukan Sarjan Askar ataupun Sarjan Polis tetapi Sarjankan Md Shariff sebagai Managing Director.

Perniagaan utama adalah melalui “Cable Car” dan merupakan salah satu lubuk duit bagi Prasarana. “Cable Car” ni menawarkan perkhidmatan ke puncak Gunung Mat Chinchang untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya. Sarjankan dan staff beliau bertungkus-lumus memartabatkan PLSB melalui promosi serata dunia menarik pelancong tempatan ataupun luar negara berkunjung ke Langkawi. Apatah lagi apabila memenangi Anugerah Destinasi Pelancongan Terbaik 2010.

Pada suatu hari, ketika Sarjankan sedang menunaikan ibadah Haji, beliau telah menerima satu panggilan yang amat pedih hati mendengarnya. Bagai nak luruh jantung. Apa masalah yang beliau buat pada PLSB sehingga tindakan sebegini dibuat tanpa memanggil beliau membela diri. Mungkinkah ini dugaan Tuhan yang beliau perlu hadapi dengan tabah. Ibadah haji beliau berserabut.

Alhamdulillah dengan fadzilat dan kesabaran yang Allah berikan, beliau dapat meneruskan ibadah haji dengan sempurna.

Panggilan telephone apakah itu yang penting sehingga tak dapat tunggu tuan tubuh balik dari menunaikan ibadah haji……?

Rupa-rupanya Sarjankan telah menerima panggilan dari Shahril Moktar (Group Managing Director) Prasarana menyatakan bahawa perkhidmatan beliau bersama PLSB ditamatkan. Siapa yang tak luruh jantung bila dapat berita macam ni……. Tak bolehkah Shahril menanti sehingga beliau pulang dari Mekah untuk memberitahu berita buruk ini. Jenis penyamun dan tak berhati perut.

Tempat beliau akan dan kini telah digantikan oleh Ebi Azly Abdullah (Chief Operation Officer). Dahulunya PLSB dipegang oleh MD yang banyak membawa pembaharuan dan kini diterajui oleh COO. Seorang COO mengambil tugas MD……. Dikatakan pula Ebi tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, kalau rujuk pada Prasarana Leadership Team (klik sini) semuanya berkelulusan tinggi kecuali Ebi dan merupakan kawan sekolah  Shahril. Hairan-hairan……. Apakah rahsia disebalik pertukaran ini……. Siapa si Ebi ni…….? Pelan-pelan kita terjah…….

Kini Hj Sarjankan diserapkan ke Prasarana sebagai GM Customer Experience Management. Kalau dalam politik, dia masuk dalam peti sejuk la……. Dari seorang GM PLSB, kini menguruskan survey pelanggan-pelanggan. Tergelak juga aku bila wujud satu division baru Customer Experience Management ni. Entah-entah pertama dalam dunia pa…….

Cerita aku ini hanya desas-desus angin meniup, tetapi hanya tuan tubuh yang mampu menjawab ataupun rakan-rakan seperjuangan, staff Prasarana, Panorama Langkawi dan sanak-saudara beliau dapat mencerita akan kebenarannya.

Mohon pada mereka yang tahu ceritanya dapat memberi komen, pendapat ataupun luahan sebenar demi kebenaran……. mengiakan apa yang aku cerita…….

Akan aku gali dan gali lagi apa yang berlaku pada Prasarana.......
Print Friendly and PDF

Lagi Pembongkaran Dari DKS Keatas KTPC - KTMSB.

Sekali lagi Dahulu Kini Selamanya (DKS) berani membuat pembongkaran sekitar pengurusan KTPC, tetapi kali DKS menyusup pula ke KTMSB. Dengan izin, aku ambil artikal itu buat pembaca semua.



Gali dah aku gali…
Korek dah aku korek…
Selam dah aku selam…
Jawapan tak kunjung tiba… (Tapi dengaq kata semua pakat dok ketaq… dok cari sapa yg bocoq…)
Ingatka nak tutup buku sat pasai permasalahan di Kulim Hi-Tech, tengah dok menyelit keluaq terjengoi mai pulak dah benda baru…

Kali ni masalah dgn KTMSB (Kulim Technology Management Sdn. Bhd.) la pulak. Dikatakan perkara ni berlaku lama dah since 2005 tapi apa tindakan yg kena pada manusia2 dlm tu…?


Aku harap apa yg aku tulis ni dapat difahami sebab, bukti2 yg aku selam ni hanya dlm bentuk email.  Tapi aku percaya mesti paham aih…

Emai yg dihantar oleh Shaliza kpd Hod, Nah, Sab, Naj dan Di:
Mokhtar

Sorry I have not receive any reply from anybody on the collection, so I don't think I can help you with VA Dynamic and also I don't know how to pay the salary... I am trying to get an advance from KTPC to pay the facility for RM100,000.

Dear Managers

Please work on your collection because our cashflows is very very tight now at least to cover your salary, if not I have to delay payment of salary which is due on 27 November 2005. Please help....

TQVVM... (Thankyou Very-Very Much – mendalam bunyi ni… kah…kah…kah… pinjam sat gelak GMC)

Email yg dijawab oleh Moktar kpd Hod dan cc  Nuar:
Mokhtar

Sorry I have not receive any reply from anybody on the collection, so I don't think I can help you with VA Dynamic and also I don't know how to pay the salary... I am trying to get an advance from KTPC to pay the facility for RM100,000.

Dear Managers

Please work on your collection because our cashflows is very very tight now at least to cover your salary, if not I have to delay payment of salary which is due on 27 November 2005. Please help....

TQVVM... (Thankyou Very-Very Much – mendalam bunyi ni… kah…kah…kah… pinjam sat gelak GMC)

Email dijawab oleh Shalisa kpd Moktar, Hod, Di, Naj, Sab dan cc Nah:
All

I am having a BIG problem which I need everybody attention and action. Early of the year En Annuar has pumped in some cash into our account, amounting to RM1.3M to help our daily operations with a guarantee that the RM1.3M will be collected back by year end. But today my problem grows bigger whereby:

1)      I only managed to have RM100,000 for the RM1.3M- in terms of fixed deposit which will mature next month.
2)      There is one facility of RM90,609 due by 30 Nov 2005.
3)      I have one PD cheque due on 25 Nov 2005 of RM50,000.
4)      I don't have RM100,000 to pay Nov salary- we might be paying the salary late and what worries me most is En Annuar won't be around until 13 Dec to sign the salary instruction. Pls inform uyr staff about this.
5)      There are POs which need downpayment of about RM50K to proceed.
6)      En Annuar is leaving the country on 1 Dec 05 and need about RM50,000 which is suppose to come from the RM1.3m.
7)      Payment from MPSP & NAZA (ICT projects) will be made directly to BCBB to settle our short term advance before the balance transferred to our current account.
8)     KTPC is unable to help us with the cash advance request.
9)     Our bank balance is only RM20,000 to pay utilities and etc until I receive payments from you all.

Should anybody needs the detail, feel free to contact me at ext xxx or 019-xxxxxxx
Apa ka jadah yg KTMSB buat ni, sampai
balance account ada RM20,000.00 saja…?



Apa yg berlaku jelas menunjukan ketirisan pentadbiran KTPC dan KTMSB yg bekerja sambil lewa. Dan depa2 ni masih dok bekerja sampai la ni. Yg menjadi mangsa org2 bawahan.

Adakah depa2 ni, kroni kpd Hj Sobri, Anuar Safar, Norsabrina dan Zaidi…?


KTPC ka KTMSB ka Tolong jawab… Atau kita bagi SPRM menggali…


Keluhan Staff KTMSB

Kalau inilah yang berlaku pada KTMSB sejak 2005 terdapat kepincangan di dalam pentadbiran, aku setuju dengan pendapat DKS, Semestinya ada dalang ataupun kroni yang mempertahankan orang-orang ini. Entah berapa banyak kautan demi kautan RM yang masuk ke dalam poket mereka hingga kehari ini.......?

Sekiranya tiada halangan aku teringin sangat nak berjumpa dengan kamu DKS....... supaya perkara sebegini dapat dibawa kepihak pengadilan. Biar siasatan dapat dijalankan.

Print Friendly and PDF

Wednesday, February 9, 2011

PELANCARAN UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU).


By       :   DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Venue :   PUTRAJAYA
Date    :   08/02/2011

1.       Saya ingin memaklumkan bahawa Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) telah pun menubuhkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) bagi menerajui, mengurus serta memacu inisiatif bagi memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera.

2.       TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:

                        i.         Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
                      ii.         Pembiayaan;
                     iii.         Pendidikan dan Penggajian;
                    iv.         Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
                      v.         Pengurusan Stakeholder.

3.          Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut:

i.         Memastikan hasil yang pantas dan efektif – termasuk menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera yang sedia ada untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;

ii.       Meningkatkan keberkesanan Institusi    Menilai institusi-institusi yang terlibat dengan Agenda Bumiputera untuk merasionalisasikan fungsi-fungsi institusi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;

iii.      Program Pengurusan dan Sokongan Aktif TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baru, mengenal pasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan; dan

iv.     Penilaian Keberkesanan – Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus adalah jelas, iaitu penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Seterusnya TERAJU akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan, sekiranya perlu.

4.          TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang dikenalpasti bagi memantapkan inisiatif yang dilaksanakan, menilai program yang sedia ada serta menyelaraskan pelaksanaan program-program. Untuk lebih memahami isu-isu serta sentimen yang berkaitan, TERAJU  akan sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO serta stakeholder yang lain dan akan memberi cadangan yang bersesuaian kepada MTAB. TERAJU telah pun mula merancang, serta melaksanakan Program Transformasi Agenda Bumiputera (PTAB), mirip kepada Program Transformasi GLC yang diperkenalkan pada tahun 2004.

5.          Encik Husni Salleh telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. Beliau merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP, dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman di dalam bidang pelaburan serta Modal Teroka (Venture Capital).

6.          Selain itu, Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) akan juga diletakkan di bawah TERAJU. Program SJJB ini merupakan salah satu agenda untuk mempertingkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti. Melalui SJJB, kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang telah dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia baik di papan Utama ataupun ACE. SJJB hari ini digerakkan oleh sebuah Urusetia di bawah Kementerian Kewangan.

7.          Setakat ini, sudah ada lima syarikat Bumiputera di bawah skim ini yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut ialah Handal Resources Berhad, Lityan Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai Theta Edge Berhad), Malaysian Genomics Resource Centre Berhad, Cypark Resources Berhad dan Century Software Holdings Berhad. Pada tahun ini dijangkakan lima buah syarikat Bumiputera akan disenaraikan. Jumlah ‘market capitalization’ akan meningkat melebihi paras RM1 bilion pada tahun ini, dan kita berharap ini dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun hadapan.

Print Friendly and PDF

JPJ Nak Saman Kereta Yang Guna Aksesori DVD Dan GPS.......?

Dalam akhbar The Star, ada kenyataan mengenai isu ini.Dikatakan bahawa JPJ ingin mencari kesesuaian perundangan untuk menyaman individu-individu yang menggunakan aksesori DVD kerana dikatakan boleh melalaikan pemandu yang akan mengakibatkan kemalangan.Anda boleh baca dahulu kenyataan di dalam akhbar di bawah.

BUTTERWORTH: The Road Transport Department is looking into the possibility of amending the Road Transport Act to fine motorists who fix television screens and DVD players in their vehicles.

State Road Transport Department (JPJ) director Datuk Hassan Yaacob said an amendment could be made under Section 66 of the Road Transport Act 1987 for making vehicle alterations without permission.

“It is illegal and dangerous to fix these accessories. A driver can easily get distracted and it may result in accidents,’’ he said.

Hassan said enforcement teams would check if vehicles had complied with approved specifications.

“Those with xenon headlights will be fined RM300 while vehicles with fancy number plates will be fined RM120.

“In the end, they waste money by paying thrice – fixing the parts, paying the fine and paying again to remove them,” he said.

Hassan was commenting on the increasing number of motorists fixing televisions and DVD player sets in their vehicles.

On vehicles that are factory fitted with DVD players and GPS navigators, he said the department would have to look into it.

Apa masalah JPJ ni? Dah tak ada duit sangatkah sampai nak buat macam ni? Pakai DVD salah, itu salah, ini salah.Semuanya nak disaman. Tak ada pemandu yang pasang DVD atau GPS semata-mata untuk tengok sambil bawa kereta.Kebanyakannya untuk hiburan anak-anak atau keluarga semasa berjalan jauh.

Dan masalah dengan GPS tu pula kenapa? Terang-terang GPS berfungsi untuk menjadi pandu arah yang lebih baik kepada pemandu.Isu kelalaian pemandu itu isu yang sengaja ditimbulkan.Kami tak tahulah pegawai JPJ mana yang timbulkan idea sebegini.

Apa pandangan anda dengan cadangan JPJ ini?

Petikan dari: Berita Semasa.
Print Friendly and PDF

KETUA Dan PEMIMPIN…….

Seorang Ketua mempekerjakan bawahannya,
tetapi seorang pemimpin mengilhami pekerjanya.

Seorang Ketua mengandakan kekuasaannya,
tetapi seorang pemimpin mengandakan kemauan baik.

Seorang Ketua menimbulkan ketakutan,
tetapi seorang pemimpin memancarkan kasih.

Seorang Ketua mengatakan "aku",
tetapi seorang pemimpin mengatakan "kita".

Seorang Ketua menunjukan siapa yang bersalah,
tetapi seorang pemimpin menunjukkan apa yang salah.

Seorang Ketua tau apa yang harus dikerjakan,
tetapi seorang pemimpin tau bagaimana mengerjakannya.

Seorang Ketua menunjukkan rasa hormat,
tetapi seorang pemimpin membangkitkan rasa hormat.

MAKA JADILAH SEORANG PEMIMPIN, BUKANNYA SEORANG KETUA…….
Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.