Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, January 2, 2011

Salakan Si Sakit.......

Sebelum ini, N.Gobalakrishnan adalah antara pemimpin India dalam PKR yang popular berbanding mereka yang lain. Selain Gobala, pemimpin berpotensi PKR berketurunan India adalah Michael Jeyakumar (Adun Sri Andalas) dan YB Manickavasagam (MP Kapar).

Kepopularan Gobala dalam politik adalah berkebetulan dengan sikapnya yang sering terkehadapan dalam protes, termasuk di Parlimen. Bagi mencuba nasib dirinya dalam politik ,beliau telah mengambil langkah berani bertarung dalam jawatan Naib Presiden PKR, berkemungkinan mencuri satu kerusi untuk pemimpin India dalam jawatan tertinggi parti.

Walaubagaimanapun, beliau gagal memenangi kerusi tersebut setelah mendapat undi yang sedikit berbanding Nurul Izzah, Mansor Othman, Tian Chua dan Fuziah Salleh.

Apapun, beliau dilihat masih berharap untuk menjadi Naib Presiden PKR melalui tiga lagi kuota lantikan terhadap jawatan tersebut. Pun begitu, harapannya berkecai apabila lantikan Naib Presiden PKR daripada kalangan orang India diberikan kepada N.Surendran, seorang peguam muda selain Chua Jui Meng dan Baru Bian.

Semenjak itu, beliau seolah-olah menyalak seperti orang yang mabuk kuasa apabila menyerang peribadi Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan N.Surendran itu sendiri. Malah, beliau menggambarkan Anwar sebagai anti Hindu setelah menutup Kuil Sivan di Bukit Gasing, walhal kuil tersebut ditutup kerana masalah struktur tanah oleh MBPJ.

Ternyata, rentak beliau mula dinilai oleh orang ramai, melihat sejauh mana keikhlasan beliau dalam berpolitik. 

Terbaru, beliau menyerang kepimpinan kerajaan Pas Kedah kerana melucutkan jawatan enam ketua kampung PKR tanpa alasan.

Berita ini masih belum ada kepastian,namun ianya mungkin isunya kecil yang diperbesarkan oleh mereka yang seolah meroyan gilakan kuasa. Yang Berhormat, tidak terlantiknya yang berhormat ke kerusi Naib Presiden PKR bukannya bererti PKR anti India atau Hindu, sedangkan N.Surendran juga seorang India.

Adakah dengan perangai yang berhormat sebegini difikirkan layak menjadi Naib Presiden.......? Mirror yourself la.......
Print Friendly and PDF

Krismas: Ridhuan Tee Pertahan Najib, Tidak Mahu Putrajaya Minta Maaf.

Kolumnis kontroversial Mingguan Malaysia Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah mempertahankan dakwaan permintaan pegawai-pegawai Datuk Seri Najib Razak agar simbol-simbol Kristian dialih dan tidak diadakan doa selamat ketika perdana menteri menghadiri majlis jamuan teh sempena sambutan Hari Krismas minggu lalu.

Malah dalam ruangannya disiarkan hari ini, Ridhuan juga mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang meminta Najib agar memohon maaf berhubung perkara tersebut.

Seterusnya, Ridhuan juga berkata, jikapun benar permintaan sedemikian Najib dan pegawai-pegawainya tidak perlu memohon maaf atas tindakan mereka dan ia bukan satu perkara berat.

“Pada saya, jika benarlah berita tersebut, permintaan pejabat Perdana Menteri itu tidaklah terlalu berat.

“Ia tidak ada kaitan langsung dengan tindakan untuk menghalang kebebasan beragama kecuali mereka yang ingin mendapatkan laba politik,” kata beliau dalam tulisan terbaru bertajuk “Politik murahan yang memualkan”.

“Ultra kiasu sungguh mereka yang tidak sedar diuntung ini. Mencari politik murahan yang amat memualkan dalam keadaan umat Islam tersepit,” kata beliau merujuk kepada desakan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Baru-baru ini, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menggesa Najib memikul tanggungjawab sepenuhnya dan meminta maaf secara terbuka berhubung sikap “tidak senang” akibat tindakan pembantunya ketika majlis sambutan Krismas anjuran Ketua Biskop Katolik pada Hari Krismas.

Gesaan itu dibuat ekoran dakwaan bahawa pegawai-pegawai Najib mengarahkan kepimpinan gereja mengalih salib dan simbol-simbol lain daripada lokasi majlis itu, yang diadakan di Bukit Nanas di sini sebelum ketibaan Najib.

Selain itu, him dan doa juga dilarang ketika kehadiran Najib.

Sumber-sumber mendedahkan bahawa arahan itu dikeluarkan tanpa pengetahuan Perdana Menteri.

Pemimpin-pemimpin DAP, PAS dan PKR menggesa Najib agar bertindak segera dan menjelaskan pendirian beliau mengenai arahan itu atas alasan sebarang kelewatan dikhuatiri boleh menjejaskan hubungan antara kaum yang rapuh.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad menggambarkan tindakan pembantu-pembantu Najib itu sebagai sikap “tidak boleh bertolak ansur”, malah mencerminkan sikap kerajaan pusat Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok menuduh perdana menteri cuba untuk mengongkong kebebasan agama dan menuntut beliau memikul tanggungjawab sepenuhnya serta memohon maaf.

Penganut agama Kristian ada hak untuk tersinggung, kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menambah, syarat-syarat yang dikenakan ke atas Gereja Katolik menunjukkan sikap Umno dan BN yang mahu terus meletakkan negara ini berpecah dalam soal agama.

Tulisan Ridhuan juga mendakwa selama ini tidak ada siapapun melarang sambutan Krismas sehingga menenggelamkan suasana bandar raya walaupun bilangannya begitu sedikit.

Katanya, sambutan Krismas seolah-olah mempamerkan penganutnya lebih 50 peratus di negara ini.

Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ini menambah, atas dasar menghormati kebebasan beragama, tidak ada larangan untuk mengehadkannya walaupun sepatutnya berpada-pada dengan bilangan kurang 10 peratus.

“Pemimpin PAS Shah Alam begitu beriya-iya mempertahankan isu ini dan mendakwa Perdana Menteri tidak mengamalkan toleransi beragama.

“Pada saya toleransi yang ditunjukkan oleh pemimpin negara selama ini terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Berapa banyak cuti perayaan bukan Islam yang diberikan cuti umum? Bandingkan perayaan-perayaan Islam di negara bukan Islam,” katanya dengan meminta agar dilihat suasana di Singapura.

“PAS tidak perlulah menangguk di air yang keruh. Saya yakin jika pemimpin PAS Shah Alam itu bertanding atas tiket ultra kiasu di salah satu kawasan Parlimen Kuala Lumpur, sudah tentu sambutan yang diterima amat luar biasa kerana beliau jelas mewakili suara bukan Islam,” katanya yang juga Setiausaha Agung Dewan Perdagangan Islam Malaysia.

Ridhuan menyindir dengan berkata malang sungguh rakyat Shah Alam mendapat pemimpin sebegini rupa.

“Ternyata suara ketua ultra kiasu Selangor dan pemimpin Shah Alam ini sama dan senada, cuma agama sahaja yang berbeza. Jika tidak, mungkin mereka berjodoh,” katanya.

Beliau menambah, penganut Kristian berhak untuk menyambut perayaan mereka tetapi mahu mereka juga patut menghormati Perdana Menteri selaku seorang pemimpin nombor satu yang beragama Islam.

“Jika mengikut hukum, banyak perayaan agama bukan Islam yang tidak boleh dihadiri oleh orang Islam. Tetapi atas toleransi dan keharmonian, pemimpin negara kita buat pejam mata sahaja. Saya juga ingin mendapat komen pemimpin PAS dalam hal ini. Dan juga, apakah hukum membina patung Buddha yang begitu besar di Kelantan dengan bilangan penganut mereka yang begitu sedikit di sana?” katanya.

Ridhuan juga menyoal sama ada cacatkah majlis tersebut dengan ketiadaan lambang-lambang tersebut.

“Selama ini kebanyakan sambutan perayaan Malaysia diadakan di tempat terbuka yang dihadiri oleh Perdana Menteri.

“Kali ini Perdana Menteri bermurah hati menerima jemputan yang diadakan di rumah biskop tersebut.

“Sudah tentu lambang-lambang keagamaan bersepah-sepah di rumah tersebut. Apakah permintaan Perdana Menteri begitu besar kesalahannya, hanya semata-mata untuk mengelakkan fitnah?” katanya lagi.

Seiring dengan tajuk tulisannya, Ridhuan berkata, politik murahan hari ini hanya menunggu masa untuk menjatuhkan seseorang.

“Seribu kebaikan akan dilupakan hanya dengan satu kesilapan atau kesalahan. Inilah politik kotor saling jatuh-menjatuh yang tidak pernah berkesudahan kalangan orang Melayu Islam?

“Lebih hina lagi pemimpin ini membanding dengan, apakah mungkin Perdana Menteri akan mengalihkan patung-patung di Batu Caves jika ada jemputan dibuat daripada penganut Hindu di sana?” katanya.

Sambil berkata ia merupakan dua isu yang berbeza, Ridhuan berkata, beliau yakin semua pemimpin Islam tidak akan berada selesa jika majlis keramaian atau perayaan diadakan di tempat-tempat ibadat.

Ridhuan berkata, sambutan Krismas tidak sepatutnya dibuat di gereja atau di rumah paderi tetapi di tempat umum.

“Sama juga sambutan di Tahun Baru Cina, tidak wajar di adakan di tokong atau kuil Cina kerana sambutan tersebut tidak sesuai diadakan di sana kerana ditakuti boleh menimbulkan fitnah,” katanya lagi.

Beliau menambah, kesediaan dan kesudian Perdana Menteri yang sanggup “mencemar duli” pergi ke “rumah ibadat” tersebut sepatut diberikan penghargaan dan pujian, bukannya dilacurpolitikkan.

Bayangkan jika Perdana Menteri tidak berhati-hati dan terus pergi ke “rumah ibadah” tersebut, tiba-tiba muncul gambar Perdana Menteri bersama-sama lambang salib di atas kepalanya.

“Tidakkah nanti akan dipolitikkan oleh pembangkang ketika pilihan raya.

“Saya masih teringat bagaimana lambang salib dijadikan isu untuk mengaibkan dan menjatuh pemimpin Islam satu ketika dahulu. Tidak kiralah siapa yang melakukannya, tetapi semua peristiwa ini perlu dijadikan teladan,” katanya.

Ridhuan berkata, kalaupun tiada arahan sepatutnya pihak gereja perlu faham sensitiviti masyarakat Islam di negara ini setelah lebih 53 tahun merdeka.

“Jika perkara ini sudah tidak menjadi sensitif lagi, saya cadangkan Menteri Besar Selangor atau Menteri Besar Kelantan, satu hari nanti mungkin boleh mengambil kesempatan untuk merasmikan tokong atau gereja orang bukan Islam?

“Saya yakin orang bukan Islam juga tidak akan berasa selesa jika kita panggil menghadiri majlis keagamaan orang Islam di dalam masjid,” katanya.

Beliau menambah, sebenarnya ada banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat terhadap agama lain tidak semestinya melalui jemputan rumah terbuka, apatah jika dibuat di tempat ibadat.

“Saya tidak pasti, apakah Perdana Menteri akan melakukan permohonan maaf atau tidak. Dalam isu ini, yang pasti Perdana Menteri tidak bersalah.

“Terpulang kepada kebijaksanaan Perdana Menteri. Tetapi amatlah tidak molek dan bersopan, jika kita memaksa Perdana Menteri memohon maaf secara terbuka seperti yang cuba dilakukan oleh (Mursyidul Am PAS, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat),” katanya lagi.
Print Friendly and PDF

PERUTUSAN YAB. PERDANA MENTERI SEMPENA TAHUN BARU 2011.


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, sayugia kita bersama-sama mengatur setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat Allah SWT, lantaran izin dan atas kehendak-Nya jua, kita bakal menempuh gerbang 2011. Fajar tahun baru yang akan menjelang ini sekali gus melabuhkan tirai 2010 yang telah kita lalui dalam suasana tenang, aman damai, rakyat hidup rukun, serta ekonomi yang makin kukuh.

2.   Sesungguhnya waktu dan masa berpacu dengan amat pantas. Hari esok menjadi tanda pembuka lembaran kepada dekad yang seterusnya. Semasa saya memberikan perutusan tahun baru yang lalu, Malaysia sedang di ambang pemulihan ekonomi setelah mengalami pertumbuhan negatif untuk tiga suku yang pertama tahun 2009.

3.   Namun, hasil daripada tindakan kerajaan yang lekas dan pantas, negara kita kini bukan sahaja berada di landasan pertumbuhan yang mapan tetapi juga diletakkan pada trajektori yang betul ke arah mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi apabila tahun 2020 menyingsing tiba nanti.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

4.   Seperkara yang menjadi hakikat dan perlu difahami oleh setiap orang adalah, dalam menguruskan negara, terutamanya ehwal ekonomi, kerajaan senantiasa mengamalkan sikap penuh kebertanggungjawaban. Selama beberapa dekad, segala pencapaian yang diraih bukanlah terjadi secara kebetulan atau tiba-tiba. Akan tetapi, setiap sesuatu telah dirancang, direkayasa dan dilaksana secara tersusun serta tuntas dengan mengambil kira aspek jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.

5.   Apatah lagi, sebagai sebuah kerajaan yang begitu prihatin dalam meresapi nadi dan nubari rakyat, kita tidak akan sekali-kali membelakangkan kepentingan orang ramai dengan menjanjikan sesuatu atau mengambil sebarang  keputusan yang pada mata kasarnya popular namun pada hakikatnya bersifat amat menjejaskan kemudian hari terhadap kepentingan semua.

6.   Justeru, dewasa ini, kita telah menyaksikan bagaimana negara-negara yang dianggap maju juga mula ditimpa masalah apabila mereka tidak mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta tidak mendakap disiplin fiskal dalam merancang pembangunan negara dan kebajikan rakyat di negara masing-masing.

7.   Sememangnya, mana-mana kerajaan yang menggubal atau menjanjikan dasar-dasar sekadar bersifat popular tetapi tidak bertanggungjawab ini mungkin akan mendapat pengiktirafan atau sanjungan jangka pendek namun untuk tempoh masa panjang, rakyatlah sebenarnya yang akan menderita serta menjadi galang gantinya.

8.    Mengambil iktibar daripada kekhilafan-kekhilafan sekeliling, sepanjang tahun 2010 kita telah memancang asas-asas yang kukuh bagi menentukan keseluruhan potensi dan sumber negara mampu dirangsang serta diaturgerakkan ke arah tercapainya wawasan kebangsaan. Segala yang telah dipersembah, merupakan peta laluan komprehensif lagi bersepadu demi kepentingan nasional yakni mengangkat taraf dan mutu hidup lebih tinggi kepada seluruh rakyat Malaysia.

9.   Perjalanan kita dilengkapi dengan wahana-wahana panduan pentadbiran bermula dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan atau GTP bersama 6 NKRA-nya pada awal tahun 2010. Ia diikuti pelancaran Program Transformasi Ekonomi atau ETP dan 12 NKEA-nya, sebagai teras kepada Model Baru Ekonomi dan diikuti oleh pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 dan kemudiannya Bajet Tahun 2011 yang menjadi bajet pertama bagi Rancangan Malaysia Ke-10. Ini menandakan kedua-dua fasa perancangan dan pelaksanaan telah pun mengambil tempat dan bermula.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10.   Sejak sekian lama, kerajaan yang diberi mandat telah mentadbir dan berusaha dengan ikhlas untuk memberikan yang terbaik kepada keperluan rakyat serta kemajuan negara. Sayangnya, terdapat pihak-pihak yang menangguk di air keruh dengan berwenang-wenang menuduh bahawa kerajaan hanya berminat terhadap projek-projek tertentu terutamanya yang berbentuk mega. Sesungguhnya lemparan kata-kata ini tidak benar sama sekali.

11.   Saya mengajak kita mengkaji hal ini dengan memeriksanya secara profesional dan objektif. Apa yang jelas, bukankah dahulunya pihak yang sama mengkritik antara lainnya pembinaan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS, Menara Berkembar Petronas dan Jambatan Pulau Pinang, kini tersipu-sipu dan terkesima tanpa keberanian moral mahupun keikhlasan intelektual untuk mengakui bahawa mereka telah silap dan sepatutnya menelan kata-kata liar yang diluahkan.

12.   Pokoknya, masa yang berlalu telah menjadi penentu sebuah kebenaran. Ternyata, projek-projek yang dirancang dan dilaksana oleh kerajaan selama ini telah membawa manfaat kepada rakyat terbanyak. Di persimpangan ini, saya berharap agar rakyat mampu melihat dan menilai yang mana kaca dan yang mana intan. Persoalannya, jika pendapat mereka terbukti salah dalam perkara yang sebegitu besar, bagaimanakah mungkin rakyat boleh mempercayai lagi sebarang janji mereka? Apatah lagi baru-baru ini, janji 100 hari mereka yang hanya akan menambahkan lagi perbelanjaan tanpa mengambil kira realiti pendapatan serta punca kewangan negara.

13.   Pucuk pangkalnya, kerajaan yang ada sejak dahulu, telah memberi perhatian kepada matlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan kerana lonjakan kekayaan negara akan membolehkan peningkatan untuk perbelanjaan dan  terlaksananya keadilan sosial. Ia berkadar terus, ertinya, semakin meningkat pendapatan kerajaan, maka semakin meningkat perbelanjaan untuk kesejahteraan rakyat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14.  Jika dikaji, matlamat membasmi kemiskinan telah dilakukan secara lebih sistematik apabila Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada awal tahun 70an. Sepanjang tempoh pelaksanaan ini dan dasar-dasar yang berikutnya, kayu ukur lebih definitif dan saintifik diutarakan untuk mengukur paras kemiskinan.

15.    Sejak itu, tanpa jemu kita telah berusaha kuat memerangi kemiskinan yang melibatkan separuh daripada rakyat Malaysia dan mengurangkan kadarnya kepada 3.8 peratus dalam tempoh hayat satu generasi sehingga berjaya melahirkan generasi peribumi kelas menengah serta profesional yang besar.

16.  Selanjutnya, kerajaan kini terus komited bagi membasmi kemiskinan dan menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi di dalam Negara. Oleh yang demikian, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Kerajaan mensasar untuk menyifarkan sebanyak 44,643 isi rumah miskin tegar yang telah didaftarkan di dalam Sistem eKasih mencecah penghujung  2009.

17.   Sehingga 20 Disember baru-baru ini pula, sebanyak 40,713 isi rumah telah berjaya dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan tegar dan baki 3,930 isi rumah lagi sedang ditangani melalui pelbagai program seperti 1Azam.

18.   Sungguhpun pencapaian tersebut telah mencapai paras objektif yang ditetapkan, ini tidak bermakna bahawa kemiskinan tegar telah dibasmi sepenuhnya kerana insiden kemiskinan adalah bersifat relatif dan sentiasa berubah. Kerajaan juga tidak menafikan masih wujud tompokan kecil kemiskinan di kawasan-kawasan seperti pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

18.   Sehubungan dengan itu, penekanan terhadap usaha-usaha pembasmian kemiskinan termasuk di kalangan minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak, kawasan setinggan, kawasan perladangan, kawasan pekebun kecil, penempatan Orang Asli dan sebagainya akan terus dipertingkatkan di bawah pelaksanaan RMK-10.

20.   Sudah pasti, proses ini merupakan satu perjalanan yang tidak ada noktahnya bagi kerajaan. Kita akan sentiasa bersifat awas terhadap insiden baru kemiskinan tegar. Golongan yang telah berjaya keluar dari kemiskinan tegar akan dibimbing pula untuk meninggalkan belenggu kemiskinan relatif dan seterusnya daripada golongan 40 peratus pendapatan yang terkebawah. Ini memerlukan pendekatan yang sentiasa inovatif, kreatif dan dinamik.

21.   Untuk itu, kerajaan menyeru kepada semua pihak yang bertanggungjawab di semua peringkat, kampung, mukim, daerah, residensi dan negeri untuk memastikan jika ada kes-kes yang baru, ia dibawa kepada perhatian pihak yang berwajib agar mereka dapat dimasukkan ke dalam senarai e-kasih dan tindakan susulan dapat diambil.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

22.   Segala yang kita rancang dan mahu laksanakan tidak akan menemui kejayaan tanpa sokongan dan kerjasama rakyat. Oleh kerana itu, kita telah merundingi setiap segmen masyarakat sebelum menggubal  program  transformasi yang telah kita lancarkan bagi memastikan ianya mencerminkan hasrat rakyat. Saya menyeru kepada semua agar marilah berganding dengan saya dan rakan-rakan di dalam kerajaan untuk meletakkan negara di tempat yang sepatutnya.

23.   Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini. Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.

24.   Jelas, tawarikh dunia telah menunjukkan bahawa sekali tersilap melangkah, maka kita akan menderita sepanjang zaman. Janganlah nasib hari mendatang anak cucu kita didagang dan dipertaruhkan. Ini bukanlah masa untuk bereksperimen tetapi waktu untuk memperbaharui kepercayaan dan mengukuh keyakinan kepada apa yang telah terbukti berkesan.

25.   Merenung detik-detik lampau, banyak sudah yang telah kita lakukan, di mana, pihak asing meramal tidak mungkin berjaya. Banyak sudah yang kita berjaya lunaskan, demi Malaysia yang tercinta sekalipun cuba dinafikan suara-suara sumbang oleh pihak-pihak tertentu.

26.   Beringatlah bahawa di waktu kita mencapai kemerdekaan dahulupun, kita tidak terfikir akan maju ke tahap ini. Demikian juga apa yang kita pernah kurang yakin untuk dicapai hari ini, akan pastinya jua mampu kita perolehi pada masa hadapan, jika kita tetap berusaha bersungguh-sungguh, jika kita yakin pada kebolehan diri sendiri dan jika kita terus bersama memelihara perpaduan, kestabilan dan keamanan negara.

27.   Akhir kata, seiring dengan hembusan hawa dan semangat tahun baru yang mendatang, kepada golongan belia, veteran, pertubuhan bukan kerajaan, penjawat awam, pihak swasta, pendek kata rakyat keseluruhannya, tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang, marilah kita bersama-sama menyambut semboyan pertiwi menuju puncak kemajuan. Moga-moga kita berjaya. Insya-Allah.  Selamat menyambut Tahun Baru 2011.  

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 

Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
Perdana Menteri Malaysia

31 Disember 2010

Print Friendly and PDF

Skandal Timbalan Menteri Dengan Pegawai Khas PM.......?

Banyak sungguh Puaka UMNO Selangor. Minggu lalu terdapat 4 orang pemimpin UMNO Selangor berjumpa Perdana Menteri mendesak Khir Toyo didakwa dalam apa cara sekali pun. Kata mereka jika Khir Toyo didakwa, BN selangor akan kembali mendapat sokongan.

4 orang ini ialah Noh Omar, Noriah Kasnon, Shukor Kuang dan Dato Ghazali Ibrahim. Opsss maaflah. 3 orang saja UMNO Selangor. Satu lagi UMNO Kedah. Apa ke hei nya Dato Ghazali Ibrahim, bekas Ali Parlimen Padang Terap turut terbabit dalam usaha menjatuhkan Khir Toyo ini?

Dato Ghazali Ibrahim ialah Pegawai Khas kepada YAB Dato Seri Najib Tun Razak. Dia lah yang mengaturkan pertemuan Noh, Noriah dan Shukor dengan PM minggu lalu.

Mengapa Ghazali begitu bersungguh mahu menjatuhkan Khir?

Apa yang PM tak tahu, apa yang kebanyakan orang UMNO tidak tahu tetapi orang UMNO Sungai Besar tahu ialah Dato Ghazali ini mempunyai hubungan istimewa dengan YB Noriah Kasnon, janda anak 5.

Di kalangan pemimpin Sungai Besar ramai yang sudah bercakap mengenai kemunculan sebuah kereta plat Kedah KY 77 tetapi tidak ramai yang tahu ia merupakan kereta Pegawai Khas Perdana Menteri bernama Dato' Ghazali Ibrahim.

Hubungan intim ini sangat menjelikkan kerana ia muncul lewat-lewat malam jika Noriah berada di Kawasan. Malahan menurut SB, kereta ini juga sering kelihatan di sebuah kondo milik Noriah di ibu kota.

Malang sungguh Sungai Besar selepas ada Bapa Rasuah, ada pula Ibu Maksiat.

Noriah mesti keluar menyatakan adakah dia telah berkahwin dengan Dato Ghazali? Jika ia menafikan ada hubungan dengan Dato Ghazali, beberapa keping gambar yang intim dan mesra akan diterbitkan.

Orang Sungai Besar sila perhati-perhatikan jangan nanti ahli parlimen pula kena tangkap basah.

Di Kedah dah tak laku, ada hati nak kacau negeri orang.

Dato Paduka Ahmad Bashah harus ingat dan berhati-hati dengan manusia macam ni. Jangan mudah terpengaruh dengan apa yang hangpa (Dato Paduha Bashah, Dato Ghazali, Ali Yahya (KB Sg Petani), dan Rahman (KB Pdg Serai) bincangkan di Seri Pasific baru-baru ni.
Print Friendly and PDF

Saturday, January 1, 2011

Bloggers PEMBOHONG Besar - Rais Yatim.

Kata-kata hikmat Rais Yatim sempena Krimas dan Tahun Baru.

"Dioghang tu semuo pembohong bosa. Jangan pecayolah!"

Rujuk artikal dari theunspinners.

Kepada DSU Rais Yatim, jangan cepat melatah. Jangan meletakkan semua bloggers pembohong. Sebahagian daripada kami buat kerja adalah ikhlas tanpa bantuan mahupun arahan apatah lagi menjadi barua mana-mana pihak.

Pembongkaran demi pembongkaran, teguran demi teguran yang kami lakukan hanya mahu membuat peringatan kepada kasta-kasta tertentu supaya membuat perubahan dan pembetulan. Kami cuba membantu kerajaan sebaik mungkin. Kalau inilah pandangan DSU menilai kami semua, jangan DSU terkejut berok apa yang kami boleh lakukan. Bukan UGUTAN, tetapi biar kita berpijak di bumi nyata.

Kami rakyat inginkan pembaharuan, kalaulah DSU tak dapat menerima cara yang kami lakukan, lupakan sahaja laungan DS Najib "TRANSFORMASI" itu. Walaupun DSU petah berbahasa, tetapi ingat bahasa kami juga bahasa keramat.......

Sesungguhnya kami sayangkan UMNO tidak kepada pemimpin, kerana pemimpin itu silih berganti. Pemimpin UMNO yang tegar, angkuh, sombong, riak, duitan dan cakap tak serupa bikin sepatutnya dinyahkan dari UMNO. Ramai muka-muka baru yang inginkan tranformasi di luar sana tidak diberi peluang. Baru nak naik sikit sudah dicantas.

Cuba DSU renungi artikal di sini.......

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.