Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, March 23, 2012

Ayam Berkoko, Ponggong Berbau Najis.......

Parti cauvinis Cina, DAP menyeru agar semua ahli parti dan juga dari Pakatan Rakyat bersiap sedia berdepan dengan apa yang didakwanya sebagai pilihan raya umum paling kotor.

Semboyan yang sama didengar apabila DAP, PAS dan PKR bersama-sama dalam Barisan Alternatif pada PRU ke 12 pada 2008 dan sebelum itu pada 2004, 1999 dan lain-lain PRU sebelum ini.

Bagi DAP dan parti pembangkang lain, setiap pilihan raya umum adalah yang paling kotor bagi mereka.

Malah melihat kepada semua dakwaan kosong mereka itu, tidak diketahui mana satu PRU yang paling kotor seperti yang didakwa dakwi selama ini.

Hakikatnya negara bakal menghadapi pilihan raya umumnya yang ke-13 sejak merdeka hampir 55 tahun lalu.

Bermula dari kemenangan besar Parti Perikatan yang mengikat kerjasama tiga parti mewakili tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Umno, MCA dan MIC, kerjasama yang sama menjelma dalam bentuk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 1974, setelah lebih empat tahun negera di bawah pentabdiran Mageran.

BN terus mengungguli kemenangan demi kemenangan sehingga ke hari ini.

Kemenangan yang dicapai pula jauh daripada apa yang didakwa pembangkang sebagai 'kotor', 'dimanipulasi', 'berat sebelah' dan sebagainya.

Hakikatnya rakyat sedar apa yang dijanjikan oleh BN selama ini samada dalam manisfesto pilihan raya mahupun dasar-dasar pembangunan yang digubal, semua dikota dan dilaksanakan.

Tidak mungkin Malaysia pada satu masa dahulu muncul sebagai salah satu 'Harimau Asia' dengan kemajuan ekonomi dan kewangan yang menakjubkan sekiranya negara mundur dan tidak membangun.

Malaysia juga masih terus menjadi antara destinasi pelaburan asing yang terbaik di rantau ini kalau tidak di dunia.

Sudah tentu segala program dan dasar pembangunan ekonomi di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan terus membawa Malaysia senagai sebuah negara yang kaya, maju, progresif dan membangun sesuai dengan matlamat Visi 2020.

Pembangkang terutamanya DAP tidak rela melihat negara maju di bawah BN.

Sebab itu parti itu dan juga PKR serta PAS sentiasa mengelirukan rakyat dengan membangkitkan isu-isu yang digembar-gembur sebagai rasuah, penyelewengan.

Ketika pembangkang sibuk menfitnah dan melontarkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, pembangkang pula tidak mempunyai apa-apa dasar yang mampu membuktikan kepada rakyat ia adalah jauh lebih dari BN.

Malah jika dilihat prestasi negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Rakyat, tidak ada langsung pelaksanaan program pembangunan yang benar-benar boleh dikata mercu tanda kejayaan mereka.

Malah di Kelantan yang diperintah PAS sejak 20 tahun lalu, umpamanya, rakyat negeri itu masih ramai yang terpakasa meminum air perigi kerana bekalan air bersih gagal diimplementasikan.

Di Selangor pula, negeri yang diterajui PKR itu tidak kurang kepincangannya dengan kes pencurian pasir berleluasa sejak 2008.

Malah yang didakwa menjadi dalang kepada kecurian hasil mahsul negeri itu tidak lain tidak bukan adalah pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Kedah pula di bawah PAS menghadapi krisis kepimpinan yang serius.

Menteri BeSar yang dianggap degil, bongkak dan jahil mahu di paksa turun oleh beberapa Exco PAS yang lain.

Akhirnya pembangunan negeri terbantut akibat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat saling bertelagah sesama sendiri berebut kuasa.

Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng cuba memikat hati orang Islam dengan meningkatkan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam negeri itu, seolah-olah hendak membuktikan orang Islam tidak pernah membangun di bawah BN.

Taktik DAP ini hanya satu muslihat politik untuk terus menipu dan mengaburi mata orang Melayu.

Parti itu pada dasarnya adalah serpihan daripada PAP yang berkuasa di Singapura.

Ketika pilihan raya umum 1964, PAP menggunakan slogan 'Malaysian Malaysia' sebagai tema kempennya.

Setelah Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia pada 1965, slogan yang sama dijadikan cogankata DAP pula.

Ini menjadi bukti bahawa agenda DAP adalah untuk melenyapkan kuasa politik Melayu seperti mana yang berlaku di Singapura sekarang.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

There was an error in this gadget

Followers

Blog Ikuti.