Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang telahpun harta mereka secara terbuka. Perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco. Perisytiharan harta itu dilakukan untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011 dikeluarkan oleh syarikat akauntan bertauliah yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu KPMG.
1. Phee Boon Poh - Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar
· memiliki beberapa rumah
· memiliki tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta
· memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000
· memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund
2. Lim Guan Eng – Ketua Menteri Pulau Pinang
· memiliki simpanan tetap RM298,785
· memiliki saham amanah berjumlah RM25,989
· memiliki dua rumah kedai di Melaka yang keseluruhannya bernilai RM965,000
· memiliki saham antaranya 124,845 unit di Amanah Mutual Berhad dan 2,000 unit DRB-Hicom
3. Datuk Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri I
· memiliki sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Sri Nibong berharga RM140,000 dan rumah flat di Teluk Kumbar berharga RM25,000
· memiliki saham Amanah Saham Bumiputera (ASB) bernilai RM157,819
· memiliki sebuah kereta Toyota Camry berharga RM140,000
4. P Ramasamy – Timbalan Ketua Menteri II
· memiliki sebuah banglo di Semenyih, Selangor berharga RM328,000 serta tanah pusaka di Sitiawan
· memiliki dua kereta iaitu Perodua Kelisa berharga RM36,000 dan Mercedes 230E berharga RM200,000
5. Chow Kon Yeow – Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas,
· memiliki dua flat di Bukit Gambir dengan nilai RM196,000
· memiliki serta sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM590,000
· memiliki sebuah kereta Proton Waja berharga RM65,000
· memiliki saham yang disenaraikan antaranya 20,500 unit di Public China Select Fund, 21,000 unit di Public China Titans Fund serta 10,000 unit di Public Dividend Select Fund
6. Abdul Malik Abul Kassim – Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
· tidak mencatatkan sebarang harta miliknya
· memiliki Proton Tiara berharga RM36,000 dan Honda CRV 2.0 berharga RM130,000
7. Lim Hock Seng – Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan,
· memiliki beberapa rumah antaranya di Seberang Jaya dan Vistana Perdana serta sebuah kilang di Permatang Pauh
· memiliki saham di Kotindak dan Kojadi
· memiliki beberapa kereta antaranya Volvo 2406L berharga RM61,000 dan Honda CRV berharga RM104,000
8. Law Heng Kiang – Exco Pelancongan dan Kebudayaan,
· memiliki sebuah kondominium di Island Glades yang berharga RM239,000
· memiliki sebuah kereta Honda Civic 1.8 berharga RM114,000
9. Law Choo Kiang -Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Air
· memiliki sebuah rumah di Bandar Cassia berharga RM392,000
· memiliki beberapa unit saham antaranya 100,000 unit di Ramunia, 100,000 unit di Poh Kong serta 100,000 unit di MNC
10. Wong Hon Wai – Exco Jawatankuasa Perancangan Desa, Perumahan dan Kesenian
· memiliki sebuah apartmen di Paya Terubong berharga RM97,000
· memiliki sebuah rumah di Balik Pulau berharga RM600,000
Kepada rakyat Pulau Pinang, dan anda semua umunya selepas meneliti pengistiharaan harta setiap ahli exco dan ketua Menteri Pulau Pinang ni…….?
Menteri-menteri Malaysia dan Kerjaan-Kerajaan Negeri yang lain bila lagi…….? Sudah bersedia untuk berkongsi “info anda” dengan rakyat biasa seperti kami ni…….?