Alhamdulillah, dapat juga aku mencuri sedikit ruang masa menjengok sahabat, kawan dan kenalan aku di Prasarana. Banyak cerita-cerita yang menarik pasal GMD Shahril Mokhtar. Oh…….! silap……. Dato’ Shahril Mokhtar. Bukannya apa, aku dimaklumkan yang GMD minta orang panggil dia “Dato”, walaupun kenalan rapat dia. Walau apapun, tahniah Dato’ Shahril……. Eeeee geli aku. Entah apa jasa yang besar dah dia sumbang pada Prasarana. Nak kata pasal MRT jauh sekali sebab projek ni adalah sambungan dari tertangguh sejak sekian lama……. Yang aku hairan rata-rata di Prasarana dan member-member dia kata Dato’ Beli. Sungguhka…….?
Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak telah merasmikan pelancaran projek MRT Sg Buloh- Kajang pada 8 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Projek ini dijangka bermula pada November 2011 dan siap pada tahun 2016. Penyiapan projek ini, dilihat akan memberi impak ekonomi dan kemudahan kepada kira-kira 400,000 orang pengguna sehari.
Projek yang mempunyai jarak sejauh 51 kilometer ini adalah bermula dari Sungai Buloh hingga ke Kajang. Daripada 51 kilometer itu, sejauh 9.5 kilometer laluan akan dibina dibawah tanah. Masa perjalanan untuk satu hala dari Sungai Buloh hingga Kajang hanya mengambil masa selama 88 minit. Projek bernilai berbilion ringgit ini akan dimiliki oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan diawasi oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berhad (SPAD).
Alhamdulillah……. Semua ini untuk kemudahan Rakyat Malaysia.
|
Masa DS Najib rasmi kenapa "Countdown To 2020" sedangkan MRT sepatutnya siap pada 2016.......?
Adakah on paper aja GMD.......? |
Cuma apa yang aku nak perkatakan dekat sini adalah pengunaan RM Prasarana habiskan untuk program pelancaran tu. Cerita ini dikhabarkan pada aku masa melepak di foodcourt bersama geng-geng Prasarana dan sahabat-sahabat yang berkerja area situ. Aku tumpang dengar antara percaya dan tidak……. Ini cerita menarik dan bukti mesti aku dapatkan. Hasil sembang-sembang kosong tu, aku tahu tempat untuk aku tuju cari maklumat semestinya dengan department yang uruskan bab event…….
MAK DATOKKKKKKK…….! Besarnya perbelanjaan dia……. Untuk majlis pelancaran saja mencecah hampir RM600,000.00.
Tapi yang uniknya…….Projek MRT milik Prasarana dan diAWASI oleh SPAD……. Program pelancaran Prasarana yang buat, CANTIKnya SPAD yang nak kena bayar……. Bagus juga cara GMD berniaga.
“Apa benda lain yang dapat aku cari sebagai bahan tulisan aku…….? Dan”, tanya aku pada Mr X.
Mr X mencelah, “Tak susah bang, abang pi cari aja baju F1 putih merah yang dia orang pakai masa hari pelancaran tu dan abang tengok pun abang dapat nilai dan abang beza dengan harga ni…….”.
Bertambah menarik……. Usaha aku berjaya…….
MAK AIIIIIII…….! Kenapa jadi macam ni…… Mbaju yang aku perolehi tu amat teruk kualitinya. Jahitan Logo MRT pun tak kemas. Warna pun boleh turun. Aku dimaklumkan bahawa baju F1 hampir mencecah RM60,000.00 ditempah sebanyak 200 helai. Kalau tak percaya boleh tanya “Blitz”. Dicongak balik lebih kurang RM300.00 sehelai. PUNGGAHHHHHHH……..
|
Baju F1 yang dikatakan hampir mencecah RM300.00 sehelai. |
|
Nilai sendiri jahitannya. |
|
Embroidery menjerot kain yang dijahit. |
Aku bawa contoh baju tu tanya beberapa kedai dan termasuk kilang sekitar Kuala Lumpur dekat Pudu aku tak pergi pasal selalu sesak. Rata-rata average harga yang aku dapat dengan kuantiti dan kualiti kain yang sama (viscose/cotton) boleh buat 3 spot embroidery (Prasarana hanya buat 1 spot embroidery logo MRT) tidak lebih dari RM120.00 satu helai. Kualiti baju MRT yang aku tunjuk, mereka anggarkan dalam RM70.00 ke RM80.00 sahaja.
|
Goodies ni berapa RM pula.......? |
|
Persembahan dengan hanya utuk sebuah lagu berapa ya.......? |
Ini adalah sebahagian daripada bahan-bahan yang aku dapat selongkar. Sekarang susah sikit nak menyelinap masuk……. Tambahan pula sekarang dah hire Commercial Advisor buat perancangan untuk Prasarana....... Adakah mungkin otak-otak top management Prasarana dah tak boleh pakai untuk membuat perancangan..... atau.......
Tunggu........
Kepada Tan Sri Hamid Albar…….SPAD dah bayar ka tuntutan Prasarana tu…….? Banyak tu Tan Sri jumlahnya. Prasarana claim tu kena kaji dan selidik betul-betul.......