Aku ingat nak buka cerita Memali tapi sahabat aku DKS membuka kisah Usop Sentorian Kedah ni, biar aku kongsi besama dengan pembaca akan cerita ini dahulu.
DKS menulis.......:
Aku pi melepak kat air panas Lenggong baru2 ni. Saja nak terjah pasai Memali sikit sebab ada banyak perkara yg berlaku kat sana. Rata2 dok sembang pasai tak puas hati kat PAS. Ini yg buat aku syok nak menerjah.
Tengah dok syok korek maklumat, lain pulak cerita baru yg aku dapat. Jadi aku terpaksa tukar topic la sikit bab Memali ni. Cerita ni pasai SENATOR MOHAMMAD YUSUF BIN HUSIN….. tambahan pulak isu ni memang hangat dan membuatkan ramai dikalangan penyokong PAS di Memali bertambah hangat dan mula membuka pekong salahlaku PAS sedikit demi sedikit.
Kejadian ni berlaku sekitar awal tahun 2011 dan aku dimaklumkan dlm bulan Januari hari cuti umum.
Diceritakan oleh penduduk Kg Charok Putih, Sentorian Usop Usin ni memang jenis keras kepala dan apa yg dicakap tak ada sapa pun boleh bangkang. Apa saja yg dia buat atau nak buat RM nombor satu. Masuk banyak tapi keluar tu jgn harap dari poket dia.
Pada hari kejadian, penduduk setempat menganggap longgokan batu2 di tepi markas PAS Kg Memali adalah utk membaiki mini tar yg tidak jauh dari situ yg juga jalan menuju masuk ke rumah Sentorian Usop. Penduduk kg merasa seronok dan bangga sebab sepanjang Kerajaan PAS perintah Kedah, inilah kali pertama mereka akan merasa sedikit kemudahan. Terdapat beberapa kenderaan seperti backhoe, jeep, trak pick-up dan steamroll. Yg uniknya kelihatan tulisan “BINAK” tertera pada kenderaan2 tu.
Tapi sayang sejuta kali sayang. Bagaikan durian luruh menghempap bumi, harapan penduduk kg hanya tinggal harapan saja. Berlinang air mata melihat batu2 tu digunakan utk meratakan kawasan becak di halaman rumah Sentorian Usup. Kalau dilihat pada keadaan batu itu, memang benar dakwaan bahawa pihak BINAK telah melakukan kerja2 yg tak berbaloi dgn kos mereka. Di khabarkan BINAK terpaksa menanggung kerugian kerana terpaksa membawa backhoe dan steamroll hamper 100 kilometer dari Bukit Perak daerah Pendang ke Memali daerah Baling. Penduduk merasa amat kecewa.
Timbul beberapa persoalan yg ingin aku ketengahkan buat pembaca berfikir dan bagi komen dan kalau silap tu aku minta maap…..
1. BINAK biasanya tak terlibat dgn pembinaan mini tar, apa lagi utk kerja2 langskap di mana2 rumah individu.
2. Adalah tidak munasabah, pihak BINAK secara relahati datang dari jauh pada hari cuti umum semata2 melakukan kerja merata batu di rumah Sentorian Usup yg hanya melibatkan batu satu lori tayar eman. Kerja-kerja begitu, kalau di buat secara royong anak beranaknya pun sudah memadai. Tetapi pihak BINAK terpaksa datang ke rumahnya yg jarak hampir seratus kilometer. Aku difahamkan kerja semuanya selesai dlm masa satu jam saja.
3. Upah yg BINAK dapat adakah berbalaoi dgn kos yg mereka keluarkan.....?
i. Sebuah trailer mengangkat jentera berat.
ii. Sebuat steamroll.
iii. Sebuah backhoe.
iv. Sebuah jeep.
v. Sebuah pick-up.
vi. Kos pekerja dan Penyelia.
4. Kalau tak silap aku, biasanya BINAK hanya melakukan kerja atas kelulusan tender yang dikeluarkan oleh mana2 pihak.
Inilah sebahagian dari apa yg telah Sentorian Usop buat. Kita perlu ingat selain dari jawatan Sentorian Usop selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kedah dan Senator, dia adalah PENGERUSI kpd Bina Kuari, salah satu anak syarikat di bawah PKNK, iaitu syarikat yg bertanggungjawab membuat jalanraya di Kedah, melakukan kerja2 meratakan batu di hadapan rumahnya di Kg. Memali.
Aku diberitahu bahawa telah banyak kes salahlaku dan salah gunakuasa Sentorian Usop Usin ni telah dibawa ke SPRM, tetapi sampai la senyap saja…..
Insyallah aka aku dedah banyak lagi…..
Kisah Sentorian ni memang banyak terutamanya di dalam isu TABUNG MEMALI. Aku sedang membuat kajian supaya biar apa yang aku tulis di dalam blog ini semuanya mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Bukannya pasal apa....... Zaman sekarang ini cukup popular dengan saman menyaman ni.......
Memali berada dalam DUN Bayu.Tapi selamat pada UMNO.Sebab tu agaknya bila aku tanya puak UMNO Baling mengenai isu ini depa relek sahaja.Puak PAS pun manusia juga.Bukan apa nak kuasa.Bila ada kuasa dia sapu sajalah.PAS pun tipu rakyat dan bohong rakyat juga.PAS gadai Islam dan gadai bangsa Melayu.
ReplyDeleteapa pun untuk PRU 13 nanti untuk Parlimen baling calon BN hendaklah wajib anak watan Baling.Orang mahu cakap begitu.Kalau tidak faham sendirilah Dato Bashah hoi.....
ReplyDeleteITULAH CIRI=CIRI PEMIMPIN MELAYU YG TERDAPAT DALAM PAS UMNO PKR.UMNO DAH LAMA BUAT KERJA INI MASA JADI GOMEN DULU.HARI INI GILIRAN PAS JADI GOMEN PULA.BIASA LAH.TAK ADA BEZA PUN ANTARA UMNO PAS.LEBIH KURANG SAMA SAHAJA.AKU INGAT UMNO LAGI TEROK KERANA MEREKA PERINTAH LEBIH LAMA DRP PAS.HARAP JKKKP SAMA JUGA DENGAN MKK.PUSING KIRI KANAN KIRA KRONI DULU.ORANG MELAYU BILA ADA KUASA MUDAH LUPA DIRI DAN ALLAH.ZAMAN KEJATUHAN MELAYU SUDAH BERMULA KERANA RAKYAT PUN BUTA KAYU MEMILIH PEMIMPIN YG TARBUS.PAS GUNA SENTIMEN AGAMA ISLAM.UMNO GUNA SENTIMEN BANGSA.PKR GUNA SENTIMEN HAK SAMA RATA.SEMUA AUTA SAHAJA.YANG UNTUNG MEREKA JUGA.YANG JADI MANGSA RAKYAT JELATA.
ReplyDeleteWahai SPRM yang sudah buat siasatan di Bina Kuari, ikut kata YB Senator Yusuff Hussain dalam Sinar Harian hari ini 18 Jun 2011 muka U5, bahawa siasatan tu telah tutup fail, kerana siasatan telah selesai.
ReplyDeleteBerani YB Yusuff cakap macam tu?, sedangkan itu kerja SPRM. Apa, SPRM pun YB Yusuf Hussain nak rasuah jugak ka?.
Yang menjadi heboh dan banyak persoalan orang kampong di Memali hingga ka hari ini ialah, bukan pembelian batu kasaran oleh YB Yusuff Hussain yang bernilai RM294.60 itu. Semua orang tahu, batu yang berharga sebanyak itu memang boleh dibeli di Baling puuunn.. Apa yang disoal oleh orang kampong ialah, YB Yusuf Hussain menggunakan kedudukannya sebagai Pengurusi Bina Kuari yang dilantik oleh MB Ustaz Azizan mengarahkan BINAK menghantar harta GLC/peralatan membuat jalan, satu unit steamrol, satu unit backhoe, satu jeep, satu pick-up dan saorang Penyelia karumahnya hanya untuk meratakan batu kasaran menjadi cantik. Sedangkan semua perkakasan itu adalah hak Kerajaan/GLC/rakyat. Ini yang dipersoalkan. Ini yang orang kampong Memali komplen. Yang YB Yusuff Hussain jelas, kata dia dah bayar dan ada resip, itu tak ada persoalan. Kerana, satelah peralatan itu dibawa ka Memali, orang kampong merasakan jalan kampong mereka akan dibina jalan tar. Tapi tidak, alatan jentera tersebut hanya digunakan meratakan halaman rumah Yusuff Hussain dan kemudian jentera tersebut dibawa keluar dari situ.
Orang ramai hendak tahu sekarang, pasai apa YB Yusuff Hussain tak gunakan peralatan ini sabelum dia dilantik menjadi Pengurusi Bina Kuari?. Dahulu, masa orang lain menjadi Pengurusi, orang lain tak pernah gunakan kedudukan mereka. Malah Bina Kuari di inci betul-betul akaunnya jika didapati rugi, hinggakan Pengurus Besarnya Syed Yusuff Syed Omar hangat punggung. Tanyalah Syed Yusuff yang masih hidup lagi.
Mengenai Tabong Memali yang hari ini langsung kering, YB Yusuff Hussain nafikan bahawa dia tidak terlibat dengan kelicinan wang dalam tabung tersebut, siasatan eloklah dibuat keatas YB Yusuff Hussain. Kerana lesapnya habis wang Tabung tersebut bukan tanggungjawab Ustaz Azizan sebagai Setiausaha PAS Kedah, tapi tanggungjawab Yusuff Hussain, kerana urusan kewangan ada dalam tangan Yusuiff Hussain dan juga PAS Baling. Yusuf Hussain tak boleh menafikannya dengan mudah kapada Sinar Harian hari ini.
Mengapa terjadi, pelajar-pelajar anak2 mangsa Memali tidak dapat melanjutkan pelajaran. Adakah kerana akaun telah ditutup oleh Ustaz Azizan yang jadi Setiausaha PAS Kedah, sedangkan usaha membantu pelajar wajib diteruskan?. Itu janji PAS. Disini bermakna Ustaz Azizan pun turut tidak berjawablah?. Ustaz Azizan perlu memberi penjelasan tentang hal ini. Jangan jawab macam orang bodoh "SAYA TAK TAU, SAYA TAK TAU". Anak-anak mangsa Memali perlu tahu hal ini. Berasaskan kenyataan Yusuff Hussain bahawa Azizan ada peranan disebalik cerita melesapkan duit Tabung Memali, memang patutlah Azizan menjaga hati Yusuff Hussain dengan melantik beliau sebagai Setiausaha PAS Negeri dan bagi habuan lagi dengan melantik Yusuff Hussain sebagai Pengurusi Bina Kuari dan Ahli Dewan Negara lagi. Itu sebagai menutup mulut Yusuff Hussain.
Adalah difahamkan bahawa Mat Sabu Timbalan Presiden PAS sekarang teramat-amat tahu tentang hal/isu Tabung Memali ini. Dan Mat Sabu, mengikut maklumat yang kita ketahui, beliau amat membenci dengan pemimpin PAS Kedah yang diterajui oleh Azizan dan Yusuff Hussain ini. Kita tahu Mat Sabu tak akan menjawab telahan ini. Tapi, semua orang tahu, termasuk ahli-ahli PAS Kedah yang vetran tentang kejala/penyakit barah tahun 2009 mengenai penghasilan balak yang kunun ada tender terbuka yang dikomen oleh Mat Sabu ketika berceramah di Kedah baru2 ini. Siapa yang dapat?. Itu soalan Dato Bashah Ketua UMNO Kedah.
Semua ini, pemimpin PAS Kedah wajib jawab. Jangan ingat jawab dalam Sinar Harian hari telah memadai. Yang SPRM perlu siasat ialah Yusuff Hussain menggunakan alatan kerja jalan kepunyaan Bina Kuari yang pergi kerumahnya hampir seratus batu dari Bukit Perak ka Memali.
Ostad Azizan said " saya tak tau, ni kena tanya depa".............
ReplyDeleteParti Kebajikan Malaysia (PKM) said " ni kena tanya Ostad Azizan".....
Nicky Ajis said " Tuhan sudah maafkan ......."
Banyak sangat tentang komen isu Memali. Pimpinan Pas ak akan buat apa2. Cayalah. Depa anggap semua tu fitnah. Pak Cop pun dpt buktikan pd SPRM yg dia beli batu tu dari Binak sebanyak RM 294.60. SPRM Kedah tutup kes, kata Pak Cop dlm Sinar 18 Jun 2011. Sy cadang supaya kita ramai2 pakat p Putrajaya, buat laporan salahlaku Pak Cop kat SPRM di sana. Kot2 ada telus sikit. Hampa setuju ka cadangan ni. Kalau setuju, war-warkan. Selepas himpun kat Bersih ni, kita belarak pula ke Putrajaya.
ReplyDeleteWAHAI ADMIN SUNGGUHKA..POSTING BARU ISU UMNO NEGERI TAKDAK DAH KA ? DATO BAKRI TAK BAGI LAGI KA MAKLUMAT DALAMAN BARU SUPAYA SUNGGUHKA BOLEH TAROH DAN BEDIL DATO BASHAH? DEPA SEMUA DOK TUNGGU APA YANG SUNGGUHKA NAK KELUARKAN LEPAS NI.
ReplyDeleteada lagi.Sungguh Ka kenalah cerita pula mengenai UMNO SP kena gantung.
ReplyDelete