Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, April 3, 2013

Nik Aziz Yang Tak Reti Bahasa.......

Ulama apa ni.....



Buat penghayatan bersama....


Print Friendly and PDF

Ikut Suka Aku La....... Hangpa Tau Apa.......

"Ikut suka aku la.......hangpa tau apa......." itulah ungkapan Ustat Jijan MB Kedah kepada setiausaha2 beliau. "Aku MB, aku ada strategi bila aku nak bubar DUN Kedah ni.......".

Tarikh terakhir terbubarnya DUN Kedah adalah pada 2/5/2013. Ustat Jijan tak berani nak komen details pasai bab ni sebab PAS Kedah sendiri masih lagi bercelaru meletakkan calon-calon mereka. Lebih2 lagi Ustat Jijan masih mahu bertahan sebagai MB Kedah seandainya PAS Kedah menang.

Pertengkaran dalaman antara Ustat Jijan dengan Pakrullangsi telah memberi advantage kepada Amiruddin bergerak secara senyap tanpa pengetahuan Pakrullangsi, sedangkan Pakrullangsi mencetus agenda menjatuhkan Ustat Jijan bersama Amiruddin, Dr Mail, Musoduck, Zul Yahya, termasuk juga dari Usop Usin dan Mat Sabun.

"Aku berkuasa, aku ada power. Apa aku nak, pasti aku dapat. Allah......Alah, Aku.......Aku, dulu aku kata No, la aku kata Yes, hangpa rakyat Kedah peduli apa.......Exco pun aku lantik, hangpa patut bersyukur.......".




Print Friendly and PDF

Tuesday, March 5, 2013

TERKINI......!!! Nik Aziz Tolak Kenyataan Anwar Dan Tian Chua.

Artikal ini saya petik dari "mediapermatangpauh" (klik sini) untuk dikongsi bersama.......

Jika sebelum ini Tian Chua, Anwar serta beberapa pemimpin PKR menyalahkan Najib dan Umno diatas kematian 2 anggota komando VAT69 di Lahad Datu, Nik Aziz tampil dengan kenyataan yang berbeza.

Mursyidul Am Pas tersebut menganggap pengorbanan kedua-dua arwah merupakan jasa yang besar kepada negara dan juga mendoakan kedua-duanya diberikan ganjaran dari Allah SWT.

Nik Aziz juga berharap kerajaan akan menyiasat bagaimana perairan negara boleh ditembusi oleh kumpulan penceroboh berkenaan agar peristiwa yang sama tak berulang di masa hadapan.

PAS juga turut merakamkan takziah kepada keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban ketika mempertahankan negara berdepan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Saya merakamkan takziah kepada keluarga anggota polis Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan antara pihak keselamatan Malaysia dan penceroboh di Lahad Datu semalam.

"Semoga jasa dan pengorbanan yang dicurahkan demi mempertahankan kedaulatan negara diberikan ganjaran yang baik di sisi Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan selain kedua-dua mereka, 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan polis semalam.

Akibat insiden itu juga, tiga anggota polis dilaporkan cedera.

Mengulas lanjut Tuan Guru berkata, satu siasatan menyeluruh perlu dilakukan bagi merungkai persoalan kenapa perairan negara begitu mudah ditembusi sehingga terjadinya apa yang berlaku di Laha Datu sekarang ini.

"Saya juga mengharapkan satu siasatan yang serius dilakukan ekoran insiden yang tidak diingini ini khususnya dalam isu kawalan sempadan darat dan perairan negara yang nampaknya agak longgar sehingga berjaya ditembusi begitu mudah," katanya.

Mohon izin.......



Print Friendly and PDF

Monday, February 25, 2013

Konvensyen Pakatan Berhantu.......


AIDCNews – 25/02/13 – Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula di Shah Alam sebentar tadi dimulakan dengan hambar lapor Antarapos meskipun konvesyen itu membariskan tiga pemimpin utama PKR, DAP dan PAS.

Hanya kira-kira 300 orang mengisi dewan persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam apabila Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution memulakan ucapan, sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kebanyakkan perwakilan yang datang berlegar di luar dewan sehingga memaksa juruacara untuk membuat pengumuman meminta mereka masuk ke dewan,”lapornya.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali terus menjaja nama Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat.

Namun berbeza dengan pandangan Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata persoalan siapa menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya banyak bergantung kepada parti mana memenangi jumlah kerusi paling tinggi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurutnya, PAS masih belum memberi persetujuan kepada mana-mana individu untuk dilantik sebagai PM.

“Saya lihat calon perdana menteri ini kita bagi PAS lawan dululah… bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung.

“Tapi secara konsensus kita bersama ketiga-tiga parti, perkara besar kita putuskan bersama. Secara umumnya rakyat tahu kalau Pakatan Rakyat menang tentulah yang mendominasi kerusi paling banyak itulah biasanya jadi pimpinan..bergantung kepada keputusan,” katanya dalam program soal jawab Maqasid syariah anjuran Antarapos.



Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.