Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, February 20, 2013

Operasi CIA Di Malaysia.......

Saya petik artikal ini dari AIDCNews untuk dikongsi bersama.......

"AIDCNews – 20/02/13 – Wartawan Barat, Tony Cartalucci, dalam rencananya “CIA Coup Army Uncovered in Asia” melihat perkaitan CIA, BERSIH dan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia melalui simbol ‘gengaman tangan’. 

“Satu pekara yang menimbulkan syak wasangka dalam sesi protes itu adalah ‘logo kecil genggaman tangan’ tertera pada baju dan sepanduk yang dibawa,” katanya. 

Menurutnya, apa yang berlaku di Malaysia adalah pattern yang serupa kerana direka bentuk oleh pihak asing yang sama iaitu NED (National Endowment for Democracy), topeng CIA. 

Anwar kata logo ‘gengaman tangan’, logo rasmi PSM (Parti Sosialis Malaysia) persis komunis, walhal aktivis-aktivis ‘gengaman tangan’ inilah yang menjadi tulang belakang dalam menggerakkan BERSIH dan membantu PKR

Kenapa Anwar label logo PSM, komunis ? 

Sebabnya mudah supaya aktivis-aktivis PSM tidak bertanding di bawah logo sendiri, sebaliknya menggunakan logo PKR sepertimana pada Pilihanraya Umum ke-12."


Renung-renungkanlah.....

Print Friendly and PDF

Thursday, February 14, 2013

Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar......?


Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS.

Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar.

Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura. 

Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain.

Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Kerajaan PAS Kelantan dengan berselindung di sebalik projek Ladang Rakyat telah 'bermurah hati' memajakkan tanah seluas lebih 80,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat-syarikat luar. 

Kononnya melalui projek Ladang Rakyat ini akan membantu membasmi masalah kemiskinan di mana lebih 4,000 orang penduduk di Hulu Kelantan bakal beroleh manfaatnya.

Mereka dijanjikan dengan habuan hak milik tanah dan tapak rumah, namun sampai sekarang hanya debu-debu tanah sahaja yang kelihatan.

Sebaliknya yang berlaku tauke-tauke syarikat yang sudah sedia kaya semakin kaya raya, manakala ramai pemimpin PAS yang dulunya hanya memiliki rumah kayu kini bertukar menjadi rumah batu bertingkat, dari satu motokar kecil sekarang berbuah-buah kenderaan tersusun di depan rumah.

Pemimpin PAS yang dulunya setia pada isteri nan satu kini memasang cawangan baru, tidak cukup dua ditambah menjadi tiga. Puas melabuh sauh dalam negara ada yang merantau hingga ke Kemboja untuk mendapatkan selera baru yang berkenan di mata.

Di masa yang sama berbelas orang pemimpin PAS negeri menikmati laba keuntungan apabila bertuah memperoleh hak milik tanah di kawasan tersebut. Anak dan isteri pemimpin PAS tidak ketinggalan menikmatinya tapi rakyat yang menanti terus kempunan.

Rakyat terus termangu-mangu menantikan janji bulan jatuh ke riba dan terus hiba hatinya lebih-lebih lagi melihatkan tanah yang dulunya diteroka kini sesuka hati dirodok dan dinikmati hasil mahsulnya oleh tauke-tauke Cina yang begitu akrab dengan pemimpin PAS negeri.

Dalam tempoh beberapa ketika berlalu, juga bertempat di Hulu Kelantan lebih 10,000 ekar tanah yang kaya dengan kayu kayan balak bernilai tinggi kini pula telah menjadi milik pemimpin Cina DAP dari Perak untuk selama lebih setengah abad mendatang.

Sekali lagi rakyat termangu sendirian mengenangkan apa malangnya nasib mereka sering kali di anak tirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Entah sampai bila mahu bersabar, lagi lama ditahan entah-entah lebih banyak tanah tergadai dan maruah negeri diinjak-injak oleh orang luar dan hasil buminya mengalir tanpa memberi manfaat pada rakyat pribumi sendiri.

Tidak cukup apa yang berlaku di Hulu Kelantan, di pusat bandar Kota Bharu yang khabarnya gah dilabelkan sebagai bandaraya Islam contoh oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat, lebih 300 ekar tanah sudah sah dipajak hak miliknya kepada sebuah syarikat bukan bumiputera. Katanya mahu mengindahkan tebing sungai Kelantan melalui projek yang dikenali sebagai Lembah Sireh.

Maka para petani yang dulu mendapat rezeki lumayan hasil tanaman di tebing sungai itu dipindahkan dan hanya mendapat sedikit pampasan wang ringgit antara RM100 hingga RM900 sebulan selama 3 tahun. Hasil projek itu maka berdiri megahlah sebuah pasaraya besar Tesco yang dianggap oleh MB Kelantan sebagai simbol kemajuan negeri ini, sedangkan projek utama yang sepatutnya diutamakan seperti sebuah masjid, dua buah jambatan, sebuah stadium dan gerai jualan yang mempunyai kepentingan umum hingga sekarang gagal dibina.

Mujur ada Kerajaan Pusat yang prihatin menyegerakan pembinaan salah satu jambatan tersebut iaitu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra yang kini sudah boleh digunakan, jika ditunggu-tunggu syarikat kepercayaan Kerajaan PAS Kelantan membinanya, tujuh keturunan pun belum tentu siap sebatang tiang konkrit pun. 

Namun di sebalik kegagalan syarikat swasta itu mematuhi perjanjian sumbangan projek sebagai galang ganti pemindahan hak milik tanah, Kerajaan PAS Kelantan terus berlembut tanpa sebarang tindakan tegas, sedangkan hampir sebahagian tanah ini telah pun dipajak pula kepada institusi kewangan bagi membolehkan syarikat tersebut beroleh pinjaman berpuluh juta ringgit.

Entah apa malang nasib rakyat Kelantan, dalam kesukaran mereka mendapatkan hak milik tanah walaupun wang deposit sudah dibayar, mudah pula bagi syarikat-syarikat luar dan pemimpin-pemimpin politik yang berkepentingan dengan Kerajaan PAS Kelantan memperoleh tanah yang berekar-ekar luasnya.

Sampai bila agaknya rakyat pribumi sanggup bersabar membiarkan tanah negeri dan hasil bumi terus mengalir ke tangan orang lain.......?

PRU 13 yang sudah tidak berapa lama lagi adalah satu-satunya peluang besar untuk rakyat Kelantan mengubah senario yang berlaku. Jika tidak sekarang, sanggupkah kita menunggu 5 tahun lagi yang mungkin tika itu sudah terlambat apabila hampir setiap inci tanah negeri ini dipajak kepada pihak lain, barulah tika itu terdetik kesedaran untuk kita bangkit memprotes demi mempertahankan hak anak negeri.......?

Tepuk kepala tanya akal yang waras!!! 


Sahabat Beruang.

Print Friendly and PDF

Anwar Receives Malaysian Huguan Siou Title For Being Christian Friendly.


Understanding how Anwar really wants to become a Prime Minister, he kept on being honored by the people around him which might please him.

Few of the titles he received include ‘Sivaji the Boss’ and 'Miracle From God'.

Besides that, Anwar also like to describe himself as other great leaders such as Mandela, Ghandi, Suu Kyi etc. All so that he would be praised by his loyal fans.

Recenty, out of the sudden, PKR Ranau, Sabah decided to flatter him by awarding him the title of 'Malaysian Huguan Siou'.

Huguan Siou is the highest title which can only be given to Kadazandusun ethnic.

The title was given to Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

The title can only be given by Sabah Kadazandusun Cultural Association, a non political organization which has 40 ethnics in Sabah.

The title is a special award which is subjected under the jurisdiction of the Supreme Power of Koisaan where if there are any vacancy for the position, an Extraordinary Delegates Conference will be held to discuss upon the matter.

However, in a situation where no leaders deserve to be given such title, it will remain empty until the association finds anyone who deserves it. That is how high Huguan Siou title is for Kadazandusun ethnic.


With that, it is weird, or even an insult, for Kadazandusun if anyone tries to 'create' the title 'Malaysian Huguan Siou'. So it is not surprising when Anwar was criticized by Kadazandusun when the title was given to him by PKR Ranau.

As we all know, most Kadazandusun people are Catholic Christians, with a a few Protestants.

Only a number of them are Muslims. That is why, if it is true that the Malaysian Huguan Siou title was given to Anwar with blessings from Kadazandusun ethnic like what is stated by Anwar's side, then obviously it means more than just to show their support to PKR.

We are aware of Anwar's support when it comes to spreading Christianity belief, including apostating Muslims by Christian preachers. This is proven when Anwar supports the use of Kalimah Allah in Bibbles and he, through Khalid Ibrahim and Khalid Samad support the church which apostate Muslims.

Moreover, by cooperating with DAP which fights for the abolishment of 'Islam as official religion of Malaysia' clause, his stand on religion should no longer be questioned.

Thus, we are not shocked if it is true that the Kadazandusun themselves blessed the title Huguan Siou being given to Anwar. They should receive a lot of benefit from Anwar. Not that we do not know that Malaysian Christians love to do the opposite from how Christians from overseas act. They include trickery and manipulation such as Malay-language Bibles and the use of kalimah Allah to replace the word of Christian God because this matter is opposed by Christians in other countries.

Besides that, Malaysian Christians also practice an open mind towards LGBT when Christians in other countries go against it.

That is why some Christians refer themselves a Christians with Malaysian sect. These Christians, especially DAP supporters, often put themselves above others.

That is why we feel that it is not impossible for these Christians to put culture, ethnic and Kadazandusun's belief lower than their 'Malaysian Christian' belief.

If this is true, then should Anwar's Muslim supporters celebrate the Huguan Siou title which he received.......?


Print Friendly and PDF

Wednesday, February 6, 2013

1 Jam PC Bersama Cikgu Non (C.N. Al-Afghani) - Kemelut Tabung Memali .

Walaupun dimaki, dicaci, dicerca, diugut, disisih, diherdik....... namun semangat Cikgu Non (C.N. Al-Afghani) tidak pernah luntur untuk memperjuangkan nasib balu-balu dan anak-anak yatim mangsa Memali.

Selama ini PAS begitu gah mengambil kesempatan dari apa yang berlaku di Memali mewujudkan tabung yang kononnya akan membela nasib Memali.

Dicanang dan dilancarkan "TABUNG MANGSA MEMALI" seluruh pelusuk dunia....... Kutipan masuk tak putus-putus dari Perlis hinggalah ke Sabah, malah ada yang datangnya dari luar negara.......

Hakikatnya.......

Cikgu Non akan mengupas serba sedikit apa sebenarnya berlaku.

Dapatkan naskah LAPORAN terbaru dari beliau.

Tempat : Dewan Hotel Kuala Lumpur International (Kampung Baru)
Tarikh : 7/2/2013 (Khamis)
Masa 9:00 malam
(Tempat terhad)

Print Friendly and PDF

Tuesday, February 5, 2013

Tuan Haji Naser Disa - Isu Kalimah Allah.

Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (
Syariah), Jabatan Peguam Negara.
Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013. 

Video ini wajib ditonton. Ia berisi penjelasan dari Tuan Hj. Naser Disa, seorang peguam yg menjadi frontline dalam isu kalimah Allah yang dibawa ke mahkamah pada 2009. Jika mahu kepada kebenaran, berlapang dada dan buang semua ketaksuban sebelum menonton video ini. Alhamdulillah, segala yang diperkatakannya di dalam video tersebut, tiada yang bertentangan dengan apa yang sering dinyatakan dengan tegas di dalam blog ini sejak 2008 berkenaan isu nama Allah. Sila tonton sampai ke penghujung video. 

Perkongsian video ini dari Tuan A. Karim Omar (terima kasih).


Sejarah ringkas - Peguam Naser Disa Perjelas Kes Kalimah Allah Di Mahkamah. 

Pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam yang juga penerbit majalah mingguan, Herald Catholic Weekly telah mengemukakan permohonan semakan penghakiman mengenai larangan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya. 

Permohonan mahkamah dibuat selepas Menteri Dalam Negeri meluluskan permit ‘The Herald’ dengan mengenakan syarat bahawa larangan penggunaan perkataan Allah dan perkataan ’Terhad’ perlu dicetak pada muka depan majalah tersebut, iaitu hanya diedarkan kepada penganut Kristian di gereja. 

Ketika itu Menteri Dalam Negeri adalah Tan Sri Syed Hamid Albar. 

Paderi Pakiam sebagai pemohon mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur menamakan Menteri Dalam Negeri sebagai Responden Pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai Responden Kedua. 

Barisan peguam mewakili Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur adalah Porres Royan, S. Selvarajah, Leonard Tech, Annou Xavier dan Benjamin Dawson dari firma guaman Tetuan Fernandez & Selvarajah. 

Manakala barisan peguam yang mewakili responden pertama dan kedua diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Peguam Negara, iaitu Dato’ Kamaludin bin Md. Said, Mohd Naser bin Disa, Suzana Bte Atan, Arik Sanusi bin Yeop Johari dan Andi Razalijaya A. Dadi. 

Kes ini dibicarakan di depan hakim Datuk Lau Bee Lan, di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan Kuasa-Kuasa Khas) 

Naser Disa, salah seorang Peguam Kanan Persekutuan bagi responden pertama dan kedua memberi penjelasan terperinci tentang perbicaraan kes tersebut.

Bangunlah wahai umat Islam dan lupakan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan Islam itu sendiri.

“Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.” - Surah Al-Ikhlas.

"Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." - Surah An Nisa' ayat 88.

"Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) diantara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) diantara mereka menjadi teman rapat atau penolong." - Surah An Nisa' ayat 89.

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.