Ketika aku dok membelek e-mail aku yang lama tak buka, terpandang satu e-mail dari seorang hamba Allah meminta aku mengulas tentang lampiran surat dari satu pertubuhan dialamatkan kepada Perdana Menteri yang penulis e-mail itu menjumpainya di berlapuk untuk dibuang..
Memang beliau sengaja meminta aku mengulaskannya kerana ada artika-artikal yang aku tulis dalam blog aku sebelum ini ada disentuh sedikit tentang apa yang berlaku.
Baca punya baca……., aku rasa terguris dan simpati di mana sebuah pertubuhan yang ingin membantu kerajaan mungkin di “REJECT” begitu saja. Aku cuba menghubungi Presiden pertubuhan ini tetapi tak dapat maklum balas. Aku rasa mungkin pertubuhan ni tak berjaya untuk berjumpa PM. Kalau ada semestinya sudah masuk media massa.
Kalau aku nak rumus seolah-olah melepaskan batuk di tangga. Tapi kalau betoi sepertimana yang ditulis di dalam surat tu, dengan usaha yang depa buat berjumpa puak-puak Dato masih tidak dilayan, sesuai la kalau aku ubah slogan 1 Malaysia kepada “Rakyat Dipariakan, Kroni Diutamakan”.
Adakah ini caranya puak-puak ni layan rakyat……?
Waktu nak mengundi, PM nak jumpa siapa pun tak pa, malah puak-puak ni atur jadual supaya PM mahupun Menteri dapat berjumpa dan duduk bersama rakyat. Tetapi selepas menang, rakyat ibarat pencacai. Hangpa dok di atas sana bermewah-mewahan.
Patut la selama ini rakyat dok merungut hantar surat tak dapat maklum balas, buat appointment tak mendapat layanan…….
Aku harap sekiranya jawatankuasa pertubuhan ini ada membaca artikal ni, dapat menghubungi aku. Aku ingin terjah Putrajaya mendapat kepastian.