Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, March 2, 2009

Pakatan Mempergunakan Rakyat.

Menyedari diri tiada kekuatan, goyah dan mampu jatuh pada bila-bila masa sahaja, ketiga-tiga parti pembangkang iaitu PKR, DAP dan Pas terpaksa membentuk satu gabungan agar sokongan pecahan setiap parti dapat disatukan dan dikukuhkan.

Walaupun hakikat bahawa ketiga-tiga parti membawa ideologi yang berbeza dan sebelum ini pernah juga saling membunuh, namun keinginan untuk berkuasa memaksa mereka memejam sebelah mata untuk menerima ‘sahabat’ baru.

Walau apapun perkataan baru yang mereka wujudkan demi menggambarkan ‘kebaikan’ dan kerjasama antara mereka, ia tidak mampu membutakan deria golongan yang tahu berfikir serta mementingkan kehidupan yang harmoni dalam negara sendiri dan membiarkan diri mereka dipergunakan sesuka hati oleh politikus hipokrit.

Daripada nama Barisan Alternatif, bertukar kepada parti gabungan pula untuk membentuk kerajaan campuran, kini perkataan “Pakatan Rakyat” pula mengambil tempat bagi menggambarkan ‘bersatu’nya ketiga-tiga parti terbabit. Kekuatan mereka kini tidak boleh diandaikan dengan keteguhan mereka bersatu.

Mengatakan kedudukan mereka kini sudah kukuh dan sokongan rakyat juga semakin bertambah, tidak sepatutnya mereka masih sangsi dengan nama parti yang menyatukan mereka itu. Sekejap nama itu, sekejap lain pula. Seolah-olah pendirian mereka masih goyah sepertimana sebelum gabungan atau campuran atau pakatan ini termetri.

Intipati dalaman parti yang mengandungi dua komponen bangsa terbesar iaitu DAP yang hampir keseluruhan berbangsa Cina dan Pas pula Melayu, menyukarkan parti terbabit bergabung kerana masing-masing keras kepala dan ternyata dalam diam hanya pentingkan bangsa sendiri sahaja.

Maka timbullah isu yang sehingga kini kedengaran tidak dapat diselesaikan di Perak yang mana kerajaan negeri terbabit diterajui oleh kerajaan campuran ini. Perebutan kuasa mengsahihkan ada pihak yang berkeras memboloti kuasa dan ada pula pihak yang tidak berpuas hati.

Namun, yang turut menjadi tanda tanya, walau apapun nama parti yang dipersetujui oleh pakatan gabungan itu, yang pasti mereka tiada peneraju utama dan siapakah yang layak antara kesemua pemimpin parti-parti tersebut untuk menjadi peneraju utama?

Atau sememangnya akibat berlainan ideologi, tiada persefahaman yang wujud dan selama ini, kerjasama yang digembar-gemburkan cuma lakonan agar konspirasi dalaman mereka tidak diketahuii umum?

Apa yang jelas, rakyat yang menyokong parti hipokrit ini amat malang kerana mereka tidak menyedari diri mereka sememangnya dipergunakan oleh parti yang tidak mempunyai asas perjuangan yang kukuh dan positif. Sokongan berkobar-kobar mereka terhadap parti tersebut diibaratkan mencurahkan air ke daun keladi.

Yang mendapat kredit dan nama hanyalah pemimpin-pemimpin parti gabungan dan rakyat sehingga kini hanya mampu melopong menanti bilakah segala janji manis dan kebajikan yang di war-warkan sebelum ini dilaksanakan.

Mampukah parti pakatan rakyat ini membela nasib rakyat tanpa membezakan bangsa dan agama waima menyatukan keseluruhan fahaman yang wujud dalam negara ini agar menjadi satu seteguh pakatan yang dibina?
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.