Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, September 10, 2013

Padang Serai Yang Hebat.

Setelah sekian lama saya tak menulis akibat daripada blog saya telah di HACK oleh MACAI haram jadah.

Saya buka cerita kali ini berkisarkan apa yang berlaku di Padang Serai.

Bertapa hebatnya Padang Serai yang penuh dengan keunikan tersendiri. Mungkin apa yang saya akan memperkatakan ini menyinggung sesetengah pihak, perkara ini patut diambil perhatian walaupun kedatangan PRU14 masih jauh lagi.

Padang Serai yang milik sepenuhnya PR (Parlimen - PKR, Dun Lunas - PKR & Dun Merbau Pulas - PAS) selama 2 penggal berturut-turut, UMNO masih tidak sedar diri. Seolah-olah hilang hala tuju.  Tiada siapa yang ambil peduli.

Sikap UMNO Padang Serai tak pernah berubah. Percakaran, pertengkaran, menikam belakang dan ........ berleluasa berlaku. Walaupun nampak manis di hadapan tetapi di belakang ahli-ahli UMNO mahupun masyarakat setempat tahu hal sebenarnya.

Semuanya kerana perebutan untuk menjadi Ketua Bahagian.......

Antara calon-calonnya:

  1. Marlia (YB yang kalah PRU13 di tangan YB Aishah guru Pasti. Marlia dok menangis kat Sharizat tak habis lagi ka.......?).
  2. Ku Rashidi (pendatang baru semasa Rahman melepaskan jawatan).
  3. Halim bas (pengaruh dah hilang walaupun cuba menabur).
  4. Halim Mohamad (berhenti jadi cikgu pasal kemaruk nak bertanding dalam PRU12).
  5. Cikgu Mahadi (masalah.......masalah....... dengar kata orang kuat MB).
  6. Zubair (SU bahagian yang telah dipecat oleh Halim bas).
  7. Bakri (low profile dan tak berduit).
Masa PRU12 pakad berebut nak jadi calon. Sabotaj sana-sini. Bab pemilihan Ketua Bahagian pun sama....... Kalau macam ni la, bukannya PRU14.......sampai bila-bila la Padang Serai milik PR. Tambah calon jawatan Timbalan Ketua Bahagian dengar kata hebat juga.

Tolong la berubah sikit. Jangan dok tergilakan kuasa. Ahli-ahli dah loya, mual,muak dengan perangai kalian. Perjuangan yang lari dari landasan sebenarnya. Patut la Perhubunga Negeri tak mahu ambil peduli.

Bukannya saya nak balun UNMO Padang Serai. Ini sekadar nak menulis agar mereka sedar akan pesanan pucuk pimpinan.


Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.