Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, March 31, 2010

Teguran terbuka kepada Puteri UMNO Kedah...

Salam 1Malaysia semua...

Sudah lama saya perhatikan. Sudah lama saya berbincang, berdebat dan bertengkar. Sudah tiba masanya untuk saya memberi teguran ikhlas kepada kakak-kakak & adik-adik Puteri UMNO di Kedah. Itu pun kalau nak terima teguran laaaa...

Shima telah dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah. Hormatilah keputusan itu walaupun saya tahu ramai yang berpendapat bahawa Shima bukanlah yang terbaik untuk mengetuai Puteri UMNO Kedah. Ramai yang mempersoalkan kepimpinan, pengaruh, potensi dan gaya keterampilan Shima sebagai Ketua Puteri Kedah. Ya, saya tidak nafikan tentang sedikit sebanyak persoalan itu. Namun, harus juga diingat bahawa amanah ini telah diberikan kepada Shima tanpa disangka-sangka oleh tuan yang empunya diri. Tidak diminta pun untuk menjadi Ketua. Namun, takdir qadha dan qadar Allah, haruslah diterima dan mungkin ada hikmah disebalik perlantikan Shima itu.

Saya telah menerima banyak rungutan dari sebilangan Ketua Puteri UMNO Bahagian tentang Shima. Malah rakan-rakan G5 Shima lebih teruk dikritik. Kebanyakkannya terlalu negatif. Mengapa jadi begitu? Mengapa dari sejak perlantikan Shima, pelbagai rungutan diterima. Dan mengapa selepas Shima mengumumkan G5nya, kepimpinan Puteri UMNO Kedah hebat sekali dikritik sama ada diblog mahupun di luar blog. Teruk sangatkah Shima?

Sebenarnya, pada saya, pemilihan Shima sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah adalah TEPAT. Bukan berlaku "sacarstic" kali ini. Ini adalah kenyataan. Profile Shima adalah bersih selama ini. Walaupun kurang menonjol, harus diingat bahawa Shima begitu konsisten mengetuai Puteri UMNO Sik. Pelbagai program telah dijalankan di Sik sebelum ini. Ramai orang mempersoalkan mengapa Shima adakan program di Sik sahaja? Jawapan yang paling tepat pada saya adalah kerana Shima dan G5nya tidak mendapat kerjasama yang erat & ikhlas dari mereka-mereka yang kurang senang dengan perlantikannya.

Berilah Shima peluang untuk membuktikan kepimpinannya. UMNO sedang bergelar "pembangkang" di Kedah. Berilah kerjasama padanya. Buangkan ketepi sikap dan prasangka negatif padanya. Bila Ketua Puteri nak buat program, tak mahu berikan kerjasama. Bila buat program di Sik sahaja, orang mengata pula. Habis tu? Bila nak selesai? Bila nak bersatu padu ni? Janganlah dok ikut perangai budak-budak...

Saya tidak menafikan bahawa kebanyakan G5 mempunyai kurang pengalaman memegang tampuk kepimpinan di peringkat negeri. Jadi, bantulah depa! Ada yang kurang matang, ada yang kurang pengalaman dan ada juga yang kurang reti buat kerja. Berikanlah sedikit pengalaman pada depa. Ajarlah mereka untuk menjadi matang. Ajarlah mereka untuk buat kerja. Bantu depa! Bukan kutuk!

Sebelum ini, saya sengaja men"jolok" isu. Maafkan saya. Bukan saya berniat "busuk". Saya cuma nasihat. Saya cuba cara baik, tapi tak jalan. Saya keraskanlah sikit "method"nya, ada pula yang "sentap"! Hakikatnya, sama saja. Sama ada kumpulan kepimpinan utama Puteri UMNO Kedah dan Ketua-Ketua Puteri UMNO Bahagian, masing-masing ada kesilapan masing-masing. Cuma "ego" sahaja yang tidak mahu mengalah!

Pada kepimpinan Puteri UMNO Kedah, saya nasihatkan agar cepat-cepat berusaha memantapkan lagi barisan kepimpinan. Yang mana ada jawatan tu, buangkanlah niat tersirat "ada udang di sebalik batu". Ikhlaslah bantu Shima dan Puteri UMNO Kedah. Tunjukkanlah sifat seorang pemimpin yang matang, dan jangan cepat melenting, melatah dan emosi. Belajarlah dari pemimpin-pemimpin terdahulu seperti Kak Sue, Kak Hanim, D'Seri Azalina, Noraini dan sebagainya. Tapi ambillah yang baik sahaja, depa pun bukan "perfect".

Ajarlah puteri-puteri UMNO Kedah tentang jati diri, sayangkan Islam, Anak Bangsa dan Tanahair. Aktiflah bertemu dan melakukan aktiviti yang memberikan manfaat, jangan dok bercuti melancong nak seronok saja. Kurang manis dilihat anak-anak buah. Ingatlah, PRU13 sangat hampir dan Puteri UMNO Kedah harus ingat bahawa jika UMNO Kedah gagal merampas Kedah kembali ke tangan BN, maka kepimpinan Puteri UMNO Kedah juga akan turut bertanggungjawab. Pada ketika itu, kalau ada rasa malu dan tanggungjawab, pastinya akan meletak jawatan sebagaimana yang dilakukan oleh Tan Sri Sanusi Joned suatu ketika dahulu. Atas kekalahan Kedah di beberapa kawasan dan masih menang 2/3 DUN, Tan Sri Sanusi malu dan sanggup letak jawatan atas rasa tanggungjawabnya pada kemerosotan undi di Kedah. Jadilah insan bermaruah seperti itu...

Kepada mereka-mereka yang selalu merungut kurang senang dengan kepimpinan Puteri UMNO Kedah, belajarlah menghormati keputusan parti. Belajarlah menghormati Shima sebagai Ketua Puteri UMNO Kedah yang baru. Sudah 2 tahun, kalau kakak-kakak & adik-adik tak mahu berikan kerjasama dan sokongan kepada Shima, siapa dan bila lagi? Sanggupkah kalian melihat Puteri UMNO Kedah terus suram? Dimana serikandi puteri UMNO di Kedah? Sudah-sudahlah mengutuk dan mengumpat. Tiada faedahnya. Kalau nampak kurang dimana-mana, alangkah baiknya jika dapat ditegur. Namun harus diingat, "cara" teguran tu mestilah "berhikmah" dan kena pada caranya. Kenalilah Shima dan kepimpinanya, kenali hati budinya, insyaAllah Puteri UMNO Kedah akan bertaut kembali...

Berilah sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan Shima. Kalau tak kasihankan Shima, kasihankanlah rakyat yang semakin menderita dibawah pemerintahan karut Pakatan Rakyat. InsyaAllah, UMNO akan membela rakyat Kedah yang semakin tersepit. Bantulah Shima untuk menjayakan Puteri UMNO Kedah. Buang persepsi buruk kalian terhadap kepimpinan Shima. Shima tak "lembap", mungkin kalian yang telah "melembapkan" kepimpinannya. Buanglah yang keruh, ambil yang jernih. Kalau kalian terus begini, asyik nak beri kritikan yang meruntuhkan, pastinya Puteri UMNO Kedah akan terus merudum ke bawah. Letaklah siapa sekali pun, pastinya akan "lingkup" jua. Harap bantulah Shima dan UMNO Kedah...PRU13 dah semakin hampir...


Dipetik dari DUKE.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.