Seorang Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Y.A.B Menteri Besar Kedah yang bernama MOHD ISMADI ABD KADIR telah bernikah dengan seorang perempuan bernama MURSHIDAH MUSTAFA (MM) yang masih merupakan isteri orang.
Hal ini sangat mengaibkan kerana ISMADI merupakan orang kepercayaan MB Kedah, dan pernikahan mereka adalah di dalam pengetahuan MB sendiri.
Berikut ialah rentetan kronologinya bagaimana Murshidah Mustafa ada 2 suami;
1.Dengan alasan suaminya FAKHRUR RAZI (anak Ustaz Azahari Al-Arkam) tidak memberi nafkah selama 8 bulan padanya dan anak-anak, maka Murshidah mereka cerita untuk menuntut taklik bagi membolehkan dia berkahwin lagi dengan ISMADI. Padahal dalam tempoh 8 bulan itu suaminya bukannya mensia-siakannya tetapi menunggu kepulangannya ke pangkuan suami. Murshidah lari dari rumah kerana di hukum tidak boleh keluar rumah, akibat kesalahan memecahbelahkan keluarganya dan jemaah suaminya.
2.Murshidah balik ke rumah keluarganya dan memberitahu bahawa perjuangan suaminya sesat.Di larikan sekali anak-anak 3 orang yang masih kecil secara rampasan dari sekolah suaminya.Si suami datangi keluarga memberitahu bahawa dia tidak akan ceraikan Murshidah.Dia minta kembalikan anak-anaknya dan akan menunggu sampai Murshidah kembali kepadanya.
3.Murshidah dan keluarga sangat marah dan memutuskan hubungan selama hampir 2 tahun.Ada juga berhubung tapi untuk meminta suaminya menurut kehendaknya.Suaminya berkata: “Saya tidak akan beri nafkah selagi kamu tidak kembali. Kamu dihukum nusyuz/derhaka.”
4. Murshidah pun menjaga anaknya dengan titik peluhnya dengan bantuan pakciknya MB Kedah itu..Hinggalah dia berkahwin dengan suami barunya ISMADI walhal suaminya tidak menceraikannya kerana tetap mendoakan kepulangannya.
5.FAKHRUR kemudian bertindak mengambil salah seorang anaknya yang berumur 13 tahun dari Sekolah Asrama.Murshidah cukup marah.Dia berkata dari kecil anak itu dia yang bagi makan kenapa dah besar datang ambil.
6.Murshidah rupanya berfikiran Islam yang tradisi dan sekular.Dia tidak tahu pun bahawa dalam Islam pendidikan anak-anak ialah meminta Allah menjadikan anak-anak itu soleh dan solehah.Sebab itu Murshidah sangat terkejut bila anaknya memilih ayah dan menolak orang yang hanya beri makan minum padanya.
7. Murshidah bukan wanita solehah yang dapat pamerkan sifat sabar dan redha ketika di uji, sebaliknya kelihatan begitu mengikutkan perasaannya dan nafsunya.Dia menganggap 8 bulan terlalu lama hingga mengambil keputusan untuk berkahwin satu lagi.Padahal suaminya menganggap 2 tahun barulah cukup untuk dia tahu siapa sebenarnya isterinya yang mencurigakannya selama ini.
8.Murshidah kelihatannya sangat sombong sekarang ini maklumlah pakciknya MB Kedah dan “suami keduanya” Pegawai Tugas Khas kepada MB.Dia sangka perbuatannya selamat dan tidak dapat digugat oleh sesiapa..
9.Murshidah terjerat dengan tindakannya sendiri yang bukan sahaja menjejaskan dirinya tetapi juga “suaminya” dan pakciknya MB Kedah.Bagaimanakah seorang yang sepatutnya dianggap beragama (orang PAS) boleh membenarkan perbuatan yang salah di segi hukum syarak.Murshidah mendapatkan surat taklik di Thailand pada Oktober 2007 dari HJ SUFIAN HJ ISMAIL seorang Imam kampong yang TIDAK BERTAULIAH DAN TIDAK DIIKTIRAF oleh MAJLIS AGAMA ISLAM SONGKHLA. Justeru perceraiannya adalah jelas TIDAK SAH di segi syariat.Kalau perceraiannya tidak sah, bagaimanakah Murshidah boleh bernikah dengan ISMADI yang khabarnya juga dinikahkan oleh HJ SUFIAN itu.Mengikut isteri pertama ISMADI suaminya bernikah dengan Murshidah pada Mac 2008.
10. HAKIKATNYA JELAS Murshidah Mustafa TELAH DAN SEDANG BERSEKEDUDUKAN DENGAN ISMADI LELAKI YANG BUKAN MUHRIMNYA SELAMA 1 TAHUN. (PERKAHWINANNYA DENGAN ISMADI TELAH DI SAHKAN OLEH MB KEDAH, SETIAUSAHA POLITIK MB KEDAH, ISTERI ISMADI, IBU DAN ADIK Murshidah DAN ANAK-ANAK Murshidah SENDIRI.)
11. Suaminya telah membuat aduan kepada pihak yang berwajib di Malaysia dan di Thailand dan bertindak mengambil anaknya kerana ditakuti anaknya akan dipengaruhi oleh perangai Murshidah yang buruk dan tidak bermoral itu.