Nampaknya kemarahan PAS kepada Anwar Ibrahim rupanya kian meluap-meluap apabila portal ANN(Alternative News Network) yang diyakini diusahakan oleh 'orang-orang 'Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa memain dan mempersoalkan kaitan Anwar dan organisasi pro Zionis dan Israel iaitu ICG (International Crisis Group) di laman web mereka.
Portal ANN diyakini diusahakan oleh 'orang-orang' Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila segala video,laporan dan gambar di laman web berkenaan difokuskan ke arah berita dan idealogi Timbalan Presiden PAS itu.
Hal ini meyakinkan Daniel tentang kini wujudnya 2 kelompok di dalam PAS iaitu ada yang menyokong Anwar Ibrahim dan ada yang menolak kepimpinan Anwar Ibrahim.
Siaran artikel yang mempersoalkan kaitan Anwar Ibrahim dan ICG di portal ANN ini sedikit sebanyak membuktikan mereka yang menyokong Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan berkemungkinan timbalan Presiden PAS itu sendiri menolak Anwar Ibrahim mengetuai Pakatan Rakyat dan marah kerana Anwar Ibrahim sanggup bersekongkol dengan organisasi pro zionis dan Israel itu..
Laporan Portal ANN itu seperti di bawah :
Anwar Pernah Bekerja Bersama Israel?
KUALA LUMPUR, 12 Jun - Satu pendedahan menyerang peribadi dan ketokohan Ketua De Facto Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim diutarakan oleh beberapa media hari ini selepas memperoleh beberapa bukti rakaman video dan penyelidikan ringkas yang dilakukan oleh media tersebut.
Akhbar tersebut melaporkan bahawa Anwar pernah terlibat dengan sebuah pertubuhan antarabangsa yang turut dianggotai oleh beberapa pemimpin utama dan individu berpengaruh Israel serta Yahudi.
Pertubuhan yang dimaksudkan adalah International Crisis Group (ICG) yang bertujuan untuk membincangkan pengurusan krisis yang berlaku dibeberapa buah negara di dunia. Seperti yang disiarkan dalam laman web video, YouTube, Anwar menyatakan bahawa beliau pernah menyertai satu mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada pada 23 Mac 2007.
Tujuan mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan masalah-masalah negara yang menghadapi krisis seperti Burma, Darfur, Palestin, Iraq dan Pakistan. Walaubagaimanapun, video tersebut tidak menyatakan keanggotaan pimpinan Israel dan Yahudi dalam pertubuhan itu.
Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh ahbar itu, Anwar telah dilantik menjadi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Amanah ICG pada bulan Jun 2006 bersama tujuh lagi pimpinan yang lain.
Perkara yang difokuskan oleh akhbar tersebut ialah antara senarai pimpinan yang turut sama dilantik ialah Menteri Luar Israel, Shlomo Ben-Ami. Mengenai pelantikan ini, ia telah didedahkan oleh sebuah portal berita pada 30 Jun 2006.
Akhbar tersebut turut memetik sumber daripada laman web tempatan yang turut mengaitkan beberapa lagi tokoh Zionis yang menganggotai ICG iaitu bekas Duta Besar AS ke Israel, Thomas R.Pickering, bekas Duta Besar AS ke Turki Morton Abramowitz dan bekas anggota Kongres AS, Stephen Solarz. Malah, laman web tersebut turut menyatakan seorang penyangak mata wang sepertimana yang dilabelkan oleh tokoh pimpinan negara iaitu George Soros turut serta menyertai ICG.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.