Dalam aku sepi menulis & update AloQStaQblog ni, aku secara tak sengaja (kadang-kadang aku sengaja juga) pergi ke markas-markas PAS di sekitar daerah-daerah negeri Kedah ni untuk bertemu muka rakan taulan dan kenalan lama ... melihatkan kelibat aku, ada yang terus memelukku kerana lama tak berjumpa dan ada yang bila nampak kereta burukku parking depan muassasah / markaz , depa teruih start motor lari ntah kemana ... siap hantaq SMS kat aku lepas tu mintak maaf sebab katanya terpaksa balik cepat, bini dia baru call suruh beli barang dapur ... Tak apa lah, aku masih bersangka baik dengan sahabat2 lamaku ...
Cuma yang aku nak kongsikan di sini, hanyalah mengenai tahap kesedaran ahli-ahli PAS khususnya di Kedah yang masih "mencintai" perjuangan PAS walaupun kelihatan jelas sudah tersasar jauh dari prinsip asal sebelum kemenangan mereka di PRU12 tahun 2008 dulu.
Beberapa rakan yang aku temui di markas, aku boleh simpulkan bahawa kebanyakan mereka sudah mula mengeluh dengan apa yang berlaku pada masa ini terhadap parti PAS.
Sebelum PRU12 khususnya pada PRU11 & PRU10, kawan-kawan aku mengakui tahap perjuangan PAS terhadap perlaksanaan Hukum Islam amatlah tinggi dan paling hebat ! Siapa tak kenal PAS sejak zaman selepas Merdeka ? Satu-satunya parti Islam yang memperjuangkan perlaksanaan Hukum Allah secara total di mukabumi Tanah Melayu ini. Prinsip yang tidak pernah luntur dan tidak pernah berganjak walaupun selangkah ke belakang ....
TETAPI SAYANGNYA, sejak bersekongkol dengan kepimpinan Anwar sebagai De'Facto PAKATAN RAKYAT (khasnya PKR), disedari secara jelas dan sedar, PAS sudah tidak lagi berani menyebut secara terbuka kehendak asal parti ini adalah untuk menguasai Malaysia dan menjalankan hukuman Islam secara total. PAS sudah tak berani sebut langsung !
Yang PAS berani sebut adalah untuk berkebajikan bersama-sama PAKATAN RAKYAT menuju ke Putrajaya! Adakah itu kehendak asal para pemimpin dan arwah-arwah pemimpin PAS terdahulu ? ....
Adakah itu menjadi asas perjuangan Parti Islam Semalaysia sejak ditubuhkan? ... Apakah dengan berjaya menginap di singgahsana Putrajaya, impian asal parti PAS untuk menjalankan Hukum Islam di Malaysia akan terlaksana (di bawah kepimpinan PM pada masa itu - Mungkin ANWAR ataupun Mungkin WAN AZIZAH atau Mungkin ZAID IBRAHIM?) ... PAS DI MANA WAKTU ITU ? ... PRINSIP ASAL PAS DIMANA WAKTU ITU ????
Itu yang menjadi kegusaran sahabat-sahabat aku yang aku temui di markas-markas sebulan dua ini. Mereka sedar itulah penghujung perjuangan PAS dalam menjadi barisan kepimpinan Malaysia di Putrajaya ...
Padahal matlamat utama PAS tidak mungkin akan tercapai selama-lamanya. Sayang sekali di kala itu, segalanya sudah terlewat untuk diputar kembali ... PAS hanya menjadi batu loncatan bagi pemimpin PKR & DAP memuaskan nafsu menjadi pentadbir negara ini.
Apakan daya ... kata sahabat2ku yang aku temui itu ... demi bermusuh dengan UMNO, biaq pi lah apa saja nak jadi nanti selepas PRU13 ... Kalau PAS tak puaih hati nanti, kami lari la dari Pakatan Rakyat, biaq lingkup semua waktu tu ... asalkan UMNO/BN dah tak ada kuasa, prinsip asal PAS boleh dilupakan sementara waktu ... ini saja yang ahli-ahli PAS buleh katakan pada masa ini untuk menyedapkan hati sendiri.
Kepada sahabat2ku yang mencintai PAS sejak sekian lama ... pikir pikirkan dengan Iman & Taqwa, adakah perjuangan PAS kini masih diredhai oleh Allah berbanding perjuangan menegakkan prinsip asal PAS dulu ? ...
TINGGALKAN PAKATAN RAKYAT SEKARANG. PASTI PAS AKAN SELAMAT.
Al-Fatihah kepada seluruh arwah-arwah pejuang ASAL PAS ... khususnya Almarhum Syeikh Fadzil Noor ...
Sumbar Dari: Al-Kesah AloQsetaQ
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.