Sebagaimana Projek ZIPPY yang ditentang hebat sebelumnya oleh PAS yang kemudiannya di tukar nama kepada SULIHH untuk mengabui mata rakyat kononnya idea PAS, satu lagi projek yang hebat yang dilancar oleh YB Amiruddin pada Ogos 2008 ialah projek NDEC yang dikatakan berkelas dunia.
Setelah dua tahun dilancarkan, projek tersebut sunyi sepi tanpa berita. Peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Kedah dan teknologi tinggi yang dijanjikan nampaknya tidak tertunai.
Rakyat Kedah ingin bertanya kepada YB Amiruddin apakah perkembangan projek ini.....? Adakah masih dalam pengetahuan YB, atau hanya dilancarkan dulu sebagai gula-gula untuk rakyat semata-mata? Atau YB Amiruddin hendak mengatakan bahawa beliau tumpang bergambar saja, projek tersebut asalnya hasil perancangan kerajaan BN.....?
Mungkin YB Amiruddin sendiri pun sudah lupa pasal projek ini. Mungkin kerana terlalu sibuk dengan Golf.
NDEC lancar pusat data RM135j di KHTP
Oleh OPAT RATTANACHOT
KULIM 22 Ogos - The Northen Data Exchange Centre Sdn. Bhd. (NDEC) hari ini melancarkan pusat data berkelas dunia yang pertama di wilayah utara, dengan pelaburan sebanyak RM135 juta.
NDEC yang merupakan pembekal perkhidmatan sokongan penyenggaraan data membangunkan pusat data seluas 130,000 kaki persegi itu di bangunan tiga tingkat di Pusat Perniagaan 2, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP), dekat sini.
Pengarah Pembangunan NDEC, Hanif Yon berkata, pusat tersebut yang dibangunkan bersama pihaknya dengan Kumpulan CSF Sdn. Bhd. itu akan turut dilengkapi dengan teknologi terkini bagi menyediakan perkhidmatan pusat data generasi kedua.
"Pelaburan terbaru ini juga mengesahkan komitmen kami terhadap projek pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di samping menggalakkan kemasukan lebih ramai pelabur di KHTP dan negeri Kedah, amnya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran pusat data itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah di KHTP, dekat sini.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.