Pendedahan oleh Kedah Times dan Pelantaqhujah tentang pemotongan air oleh SADA ke atas Pondok Pak Ya Padang Lumat bukan untuk memburukkan SADA.
SADA hanya memainkan peranannya sebagai sebuah syarikat utiliti swasta yang untung rugi adalah matlamat utamanya. Jika mana-mana pihak yang tidak membayar bil tertunggak yang tinggi, maka adalah menjadi tugas SADA untuk memberi notis dan jika terus gagal membayar, maka servis akan dipotong atau diberhentikan.
SADA adalah milik Kerajaan Negeri Kedah. Walaupun ianya berfungsi atas kapasiti swasta, lembaga pengarahnya terdiri dari orang politik yang kebanyakkan juga menjadi pemerintah negeri. Ini menunjukkan bahawa mereka ini juga mempunyai kuasa mendesak atau mengarah untuk sesuatu tindakan dilakukan.
Maka dalam kes Pondok Pak Ya ini, satu kezaliman oleh kerajaan negeri Pemerintahan PAS (PR) telah dilakukan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pentadbiran Pondok Pak Ya untuk menyelesaiakan isu ini, tapi nampaknya pihak Kerajaan negeri tiada respon atau duduk diam sahaja.
Dulu bila SEKOLAH AGAMA RAKYAT diberhentikan BANTUAN, maka berceramahlah PAS seluruh Malaysia mengatakan UMNO ZALIM. UMNO tetap dituduh zalim walaupum SAR tersebut ditawar memasuki kurikolum arus perdana dan menjadi SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN. SAR diberi pilihan, bukannya diberi ultimatum. Sebaliknya PAS menganggap itulah hukuman kepada SAR yang rata-rata menjadi tempat atau sarang pembiakan pemikiran simplistik PAS. Zalim adalah untuk orang yang menganggu gugat aktiviti politik extrem PAS, tidak zalim jika PAS melakukkan sesuatu yang buruk kepada orang lain.
Surat-surat yang tidak berjawab dari exco atau kerajaan negeri menunjukkan ketidakupayaan mereka menyelesaikan isu. Jika kita tuduh mereka zalim kerana tidak memberi air kepada pelajar-pelajar asaram untuk mandi, maka mereka mulalah berdolak dalih dengan menuding jari kepada pihak lain. Kemungkinan besar mereka akan kata " Peluru Terakhir UMNO yang kehabisan idea" kerana PAS dan PR sedang hebat menuju ke Putrajaya.
Kepada Pondok Pak Ya, inilah sikap pemimpin-pemimpin yang dahulunya di atas pentas melaungkan PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. Inilah tingkahlaku sebenar apabila berada di atas pentas kuasa. Cakap tidak serupa bikin.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.