Isu Dr Asri panas lagi. Berbagai bagai komen dibuat dan tuan empunya diri juga menafikan akan sertai Umno. Terbaru TPM menyatakan Umno tidak menolak sesiapa sahaja jika berminat menyertai Umno.
Selepas Aziz ( MB Kelantan) Asri adalah tokoh yang menyengat. Apatah lagi disokong kuat oleh bekas MB Perlis Shahidan Kassim. Dan diangkat menjulang oleh Malaysiakini, Mstar dan portal pro pembangkang termasuk Harakahdaily.
Khabarnya tempat yang bakal menerima Asri ialah di Bukit Bintang, kawasan yang dirasmikan mesyuaratnya oleh Shahidan minggu lepas.
Di bawah beberapa analisa tentang jika Umno menerima atau menolak Dr Asri. Harap dapat diguna untuk menghabiskan teori dan analisa anda yang tentu pening menilai kemasukan Asri ke dalam parti keramat Melayu ini.
JIKA DITERIMA
- Umno akan menghadapi masalah dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan JAKIM yang menolak fahaman liberal dan mirip 'wahabi' oleh Asri.
- Umno akan ditolak oleh tok guru dan alim ulama anti Wahabi khasnya golongan pondok.
- Umno akan ditolak majoriti rakyat yang anti Wahabi.
- Umno akan dilabel suka mencari peluang memperalat golongan agama atas alasan sudah 'nazak' dan sudah 'nyawa-nyawa ikan.'
- Umno akan dikuasai oleh mereka yang rosak akidahnya dan pro kepada Arab Saudi yang menjadi tempat membiak fahaman Wahabi ini.
- Umno akan mengubah segala yang diamalkan selama ini seperti tahlil, talkin, maulid yang menjadi amalan turun temurun Ulama ASWJ selama ini di Malaysia
- Umno akan cepat pupus tanpa perlu menunggu Anwar atau Aziz 'mampus'
JIKA DITOLAK
- Umno akan dilihat teguh memegang prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi majoriti ajaran umat Islam dunia
- Umno akan makin disayangi oleh para pemimpin dan ulama/mufti yang ASWJ dan pasti akan mendapat doa keramat mereka.
- Umno akan mendapat sokongan dari semua lapisan rakyat dari Raja, Pemimpin, Marhaen yang amat tegas menentang fahaman bercanggah ASWJ
- Umno akan dapat menjadi benteng serangan pemikiran yang dilancar dari dalam dan luar negara kita.
- Umno akan berjasa dalam memelihara akidah dan keamanan negara kerana menolak fahaman yang membiakkan unsur militan
- Umno akan dapat menolak tuduhan liar pembangkang bahawa ia tidak Islam dan dipenuhi unsur sekular, komunis dan atheis hingga memerlukan ulama seperti Asri mensucikannya.
- Umno akan selamat dari perangkap PKR PAS yang mahu majoriti rakyat membencinya kerana menerima tokoh yang liberal biadap akhlaknya lantaran mengkritik Majlis Fatwa / Mufti Mufti seluruh Malaysia.
Salam 1Malaysia dan salam 1Akidah 1Fahaman 1Mazhab ASWJ !!!
Beberapa kritikan terhadap Dr Asri untuk penilaian anda...
Nota : tiada gelaran hormat ditulis kepada mereka yang khianati samada Agama atau Bangsa / Negara seperti Anwar, Aziz atau Asri.
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.