Kita renungkan dan fikirkan saja berapa kerat orangkah dapat melaksanakan satu dari sunnah Nabi SAW mengenai makan. Ini baru soal makan belum lagi kita bincang masalah yang mendalam seperti wa haqqul yakin mengenai akidah. Nabi SAW makan sekali sehari semalam! Berapa orang dapat ikut macam baginda?
Dan agama memuliakan keutamaan lapar dari kenyang tetapi bagi orang yang patut dikasihani ini dengan rakus menjilat dunia serta isinya, dan syariat agama sentiasa dikoyak oleh mereka. Mereka berani mengakui diri mereka sebagai pejuang kebenaran. Iblis pun ketawakan mereka kerana merekalah yang menipu diri mereka sendiri.
Tidaklah semudah itu untuk melaksanakan syariat Islam kalau dengan hanya pelihara yang "kulit-kulit" saja sedangkan yang batin diabaikan! Nabi SAW bersabda:
"Bahawa kamu berada pada suatu masa yang banyak ahli fiqihnya, sedikit ahli qiraat dan ahli pidato, sedikit orang meminta dan banyak orang pemberi. Dan amal pada masa tersebut lebih baik daripada ilmu. Dan akan datang kepada umat manusia suatu masa di mana yang sedikit ahli fiqihnya, banyak ahli pidato (penceramah), sedikit yang memberi dan banyak yang meminta. Ilmu pada masa itu lebih baik dari amal".
Orang yang fanatik tidak berupaya melihat kebenaran, mereka ada akal tetapi tidak dipergunakan untuk "merenung" ciptaan-ciptaan Allah. Mereka lebih sesat dari binatang. Kerana binatang tidak dibekalkan oleh Allah akan akal sedangkan manusia diberi akal tetapi tidak dipergunakannya.
Imam Ghazali pernah berkata:
"Akibat buruk kepada pihak yang menolak amatlah berat, kerana golongan yang lemah pemikirannya menyangka bahawa jikalau sabda Nabi dan ungkapan sufi ini bercampur-aduk tertulis dalam kitab-kitab falsafah, bercampur dengan kepalsuan mereka maka kitab-kitab itu mestilah dipulaukan dan jangan disebut namanya sama sekali. Malah jika terdapat orang yang masih mahu menyebutnya, orang itu mestilah disalahkan, kerana daripada orang inilah perkara itu mula-mula sekali didengar. Dengan serta-merta, menurut pertimbangan akal mereka yang lemah, terus menghukum salah, kerana orang yang menyebutnya ini pembuat salah. Contohnya, seorang Kristian mengucap "La Ilaha illa Llah 'Isa Rasulullah, lalu disalahkan dengan alasan kerana ia mengucap katakata orang Kristian. Ia tak bersabar dan berfikir dengan tenang adakah orang Kristian itu jadi kafir dengan mengucap ucapan itu atau ia menjadi kafir kerana ingkar pada kenabian Muhammad SA. Kalaulah ia menjadi kafir dengan sebab ingkar pada kenabian Muhammad SAW maka tidaklah boleh disalahkan ungkapannya atau perbuatannya yang lain yang tidak boleh menjadikannya kafir. Benda yang diucapkannya itu memang benar begitu dan memang benar pula di sisi orang Kristian itu sendiri. Orang yang lemah daya pemikirannya selalulah menjadi begini. Mereka kenal kebenaran dengan melihat orang yang mengatakannya, bukan mengenal orang dengan kebenaran yang diucapkannya.
Orang yang berfikiran waras mengenali kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar diterima, sama ada keluarnya daripada mulut pendusta atau orang benar. Malah lebih jauh daripada itu seboleh-bolehnya ia menapis kebenaran yang datang daripada ungkapan-ungkapan orang sesat, seperti mengayak emas daripada campuran tanah dan lumpur. Tukang wang berpengalaman tidak teragak-agak memasukkan tangannya ke dalam dompet dan memisahkan wang tulen daripada wang tiruan (yang palsu). Orang hulu yang tak pernah mendengar loceng yang akan tercengang-cengang tak dapat membezakan yang mana emas tulen dan yang mana pula emas tiruan. Jangan bimbangkan itik jatuh ke kolam, tapi orang yang tak pandai berenanglah yang mesti diawasi. Jangan sekali-kali mendekati ular. Jangan bimbangkan pekerja mengendali ular kerana itu memang menjadi kebiasaannya".
Bumi ini yang kita pijak maka langit inilah yang kita junjung dan kita patut sedar tanggungjawab kita. Jadikan dir yang mempunyia sekeping hati dan jiwa yang tunduk terhadap segala kekuasaan Allah. Kita mengenal penciptanya dan mengenal kita. Kita faham mengapa kita dihidupkan di muka bumi. Kita yakin bahawa setiap yang di buat di dunia ada hubungannya di akhirat. Kalau yang dilakukannya baik, kita bakal mendapat pahala, kalau buruk balasannya dosa, dan dosa itu membawa ke neraka.
Hindarkan daripada sifatsifat mazmumah. Jangan cepat lupa diri apabila dipuji, tidak ego, tidak gila nama, tidak gila dunia, tidak gila harta dan jangan jadi seseorang yang boleh diperalat oleh sesiapa kecuali Allah. Kita tidak menjadi 'kecil' dengan kejian, kita jangan gentar dalam melaksanakan tugas demi menegakkan kebenaran.
Sedaya mungkin gunakan bakat yang diberikan Allah untuk mendorong manusia menuju tahap-tahap kehambaan, kemakrufan dan kesolehan.
Kita mesti saling ingat-mengingatkan akan kebenaran atau haq dan kitaj uga mesti menyampaikan tentang betapa pentingnya kesabaran kerana kebenaran tidak akan wujud tanpa kesabaran. Terimalah ajakan surah AI-Ashr ayat 3 sebagai langkah menuju ke masa hadapan yang lebih cerah.
Bagi PAS dan PKR, ingatlah, bahawa pilihan raya bagi menentukan proses memilih seorang pemimpin sekumpulan umat Islam hanyalah merupakan proses yang berlaku di peringkat manusia sahaja. Allah mempunyai perancangan-Nya yang tersendiri. Pemimpin umat Islam adalah pemimpin yang terpilih ialah dipilih oleh Allah seperti Ayatollah Khomeini untuk rakyat Iran atau Muammar Ghadafi untuk rakyat Libya dan satu masa dulu Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur untuk Indonesia. Kini DS Najib dipiliha Allah untuk menerajui Malaysia. Berkumpulan macam mana pun, pasanglah bendera di setiap jalan, kibarkan sepanduk, adakan ceramah di sana sini. Kalau Tuhan tak pilih, maka tak ada sesiapa pun yang boleh jadi pemimpin. Itu kerja Tuhan.
Allah telah tidak memilih PAS untuk memimpin umat Islam Malaysia sejak parti itu ditubuhkan lagi. Nikmat sedikit yang diberikan oleh Allah kepada PAS untuk memimpin Terengganu, Kelantan, Perak dan Kedah telah tidak disyukuri dalam ertikata yang sebenarnya. PAS telah kehilangan negeri Perak dan Terengganu. PAS pemah kehilangan keanggotaannya didalam kerajaan yang memerintah apabila tersingkir dari Barisan Nasional. Tidak mustahil PAS akan sekali lagi kehilangan Kelantan dan Kedah pada satu hari nanti akibat dari tindakan para pemimpin-pemimpin PAS yang tidak mahu belajar dari kesilapan mereka.
Begitulah keadaan realiti politik Malaysia hari ini yang tidak mahu belajar politik itu apa, untuk apa dan siapa.....
No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.