Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Monday, June 21, 2010

Ke Mana Anwar Ibrahim Selepas Ini.....?


DAP didakwa memulakan langkah untuk mencari pemimpin baru untuk memimpin pakatan pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin akan dihukum penjara kerana kes liwat. Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mendakwa, calon utama yang disokong serta dipromosikan oleh DAP sebagai Ketua Pembangkang yang baru ialah Datuk Zaid Ibrahim. Dakwa Zulkifli, ini kerana Zaid dilihat mempunyai perwatakan yang sama dengan Anwar iaitu liberal serta tidak tebal semangat Islam dan kemelayuannya.

“Sebab itulah seorang pemimpin pakatan dari DAP mahukan seorang ahli Parlimen daripada parti itu mengosongkan kerusinya.

“Dalam hal ini timbullah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berpendapat Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua hilang kelayakan serta satu pilihan raya mesti diadakan.

“DAP melihat inilah peluang sekali lagi untuk menobatkan Zaid jika kerusi Parlimen Batu dikosongkan. Ini bagi memberi laluan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mencuba nasib sekali lagi untuk menjadi ahli Parlimen,'' dakwanya dalam entri terbaru di dalam blog beliau, Dakwa Zulkifli, beliau juga mendapat maklumat, jika ada ahli Parlimen yang disabit kesalahan yang boleh membatalkan kelayakan, maka eloklah kerusi itu dikosongkan. Sebab itulah, dakwa Zulkifli lagi, Karpal mengeluarkan pendapat bahawa Tian Chua sudah hilang kelayakan dan kerusi Parlimen Batu mesti dikosongkan.

“Apakah Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan akan terpaksa mengosongkan kerusinya? Yang pastinya Gobalakrishnan juga telah dihukum dengan hukuman yang boleh membatalkan kelayakan beliau sebagai ahli Parlimen.

“Malah tersebar bisik-bisik di kalangan mereka kemungkinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada Zaid dan Khalid memberi tumpuan kepada Selangor,” dakwanya. Beliau mendakwa, DAP membuat perkara ini memandangkan mereka sebenarnya tahu Anwar akan dihukum penjara atas pertuduhan liwat dan kali ini hukuman lebih lama dari tempoh enam tahun iaitu hukuman yang telah dijalani sebelum ini.

Dakwanya, DAP perlu menyokong Zaid memandangkan pakatan tidak mempunyai alternatif lain di mana Pas tidak boleh menerima kepimpinan Lim Kit Siang yang mempunyai paling ramai ahli Parlimen iaitu 28 orang. Beliau turut mendakwa, DAP juga tidak boleh menerima sekiranya kepimpinan pakatan pembangkang diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kalau adapun alternatif ialah Naib Presiden PKR, Azmin Ali tetapi Pas dan DAP tidak pernah terfikir pun pakatan itu akan dipimpin oleh Azmin kerana usianya yang masih muda walaupun beliau berkaliber.

“Calon yang boleh diterima oleh DAP serta Pas ialah Zaid yang merupakan anak emas kepada DAP untuk menggantikan Anwar dan kehendak parti itu mesti dituruti kerana mereka yang dominan dalam pakatan sekarang,” dakwanya. Zulkifli juga mendakwa, memang menjadi stail kepimpinan pakatan terutama di kalangan firaun-firaun kecil yang mahu setiap masa ada isu demi survival politik dan dengan lebih banyak pilihan raya kecil lebih baik bagi mereka.

Ehsan Dari: azlishukri

Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. SALAM.....

    BENARKAH KARPAL SINGH CUBA MENJAHANAMKAN DSAI DALAM
    KES LIWATNYA DAN MULA MENCARI
    CALON ALTERNATIF MENGANTIKANNYA?

    ZAID CALON YG PALING DISUKAI OLEH DAP...DAN TIAN CHUA MENJADI KORBAN
    KEHINAAN...AZMIN DIKETEPIKAN UTK TIDAK MENJADI LIABILITI KEMUDIAN HARI...DAN KHALID GAGAP YG GAGAL
    DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL PASIR...AKHIRNYA SIAPA 'BIGBOSS'
    DLM PR DAN SIAPA PULA GURKA SKRG?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.