Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, June 13, 2010

PEWARIS LABU-LABI!


Salam 2 all.

Saya tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Pengarah UiTM Kelantan, Prof Datuk Hussin Abdul Rahman mengenai kedudukan dan peranan ulama' masakini (saya lampirkan pandangan beliau dibawah).

Saya akui Islam dan politik tidak boleh dipisahkan. Malah saya cukup yakin politik adalah sebahagian daripada Islam. Itu mutlak, dan sesiapa mengingkarinya mungkin boleh merosakkan aqidahnya.

Tetapi apa yang kita persoalkan ialah ulama' yang melibatkan diri dengan politik kepartian. Kepartian bermakna partisan. Partisan bermakna kompromi, konsesi.

Dan inilah yang berlaku kepada ramai ilmuan dan ulama' Islam yang melibatkan diri dalam politik kepartian. Didalam politik kepartian, kompromi dan konsesi pasti dan tidak dapat dielakkan. Kepentingan kepartian pasti akan didahulukan. Dan politik kepartian bermatlamatkan kuasa, kedudukan, pengaruh dan habuan. Apatah lagi politik demokrasi secara pilihanraya yang kita amalkan. Pengundi menjadi penentu, kerusi menjadi idaman. Kawan menjadi lawan, musuh menjadi teman. Halal haram bertukar ganti, dosa pahala bertukar rupa. Kursi dan kerusi tiada beza. Siasayah mengatasi aqidah. Ringkasnya, demokrasi berpilihanraya menjadi agama baru.

Sebab itu saya berpendapat usaha memartabatkan semula golongan ilmuan dan ulama' perlu dilaksanakan segera dan dengan serius. Saya teringat sebuah buku yang pernah ditulis oleh seorang pemikir (tidak silap saya Sheikh Mumhammad Abduh) bertajuk "Diantara Kelesuan Ulama' & Kejahilan Umat" yang mengupas isu yang hampir sama. Mungkin kita boleh mengambil contoh peranan yang dimainkan oleh para ulama' dan 'ilmuan di Iran dan 'Arab Saudi. Bagaimana Almarhum Ayatollah Khomeini membina generasi ulama' yang non-partisan tetapi sangat berpengaruh dan dihormati. Sebagaimana peranan yang dimainkan oleh para 'ulama' Haramain saperti Sheikh Abdul Rahman Assyudais dan lain-lain.

Malahan menjadi impian dan harapan umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia supaya para 'ulama dan 'ilmuan Islam kembali memainkan peranan yang diamanahkan kepada mereka. Al ulamak warasatul anbiya-ulama' adalah waris Nabi. Cuma malang ramai yang lebih berminat menjadi Labu-Labi!

Yang baik semuanya datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan saya sendiri. Semoga ALLAH memberikan keampunan dan hidayahNya.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
28 Jamadil Akhir 1431
11 Jun 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Ulama Siasah?

Kecenderungan ulama masa kini terlibat dalam politik sehingga timbul kesangsian terhadap mereka adalah antara faktor golongan ini tidak lagi dipandang tinggi oleh masyarakat, kata Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kelantan, Datuk Prof Hussin Abdul Rahman.

Sambil menyifatkan ulama masa kini semakin kebuntuan untuk mengutamakan antara ideologi politik dan kebenaran, beliau berkata ulama kini seharusnya melihat kepada legasi ulama terdahulu yang merupakan pemimpin yang dihormati dan diingati kerana mampu menegakkan kebenaran meskipun terpaksa mengetepikan kehendak dan naluri sendiri.

"Istilah ulama sebenarnya merupakan golongan pemimpin yang memahami tuntutan kebenaran, mereka merupakan golongan yang menyelesaikan, pemikir yang berfikir dengan berpaksikan kebenaran untuk dijadikan satu teladan.

"Namun, disebabkan delima politik, terdapat perilaku ulama yang menimbulkan kesangsian dan kebuntuan sehingga harapan masyarakat kepada ulama kini tidak lagi dipenuhi. Sebagai contoh mereka sepatutnya menyumbang kepada perpaduan tetapi mereka jadi benih perpecahan, katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara di Kota Bharu hari ini.

Hussin berkata bagi menimbulkan kesedaran terhadap kedangkalan ulama antara mempertahankan kebenaran dan politik, UiTM menganjurkan Seminar Keintelektualan Islam Legasi Ulama Kelantan Di Nusantara itu bagi mengangkat kembali martabat ulama di negara ini dengan cara mencontohi dan mengingati perjuangan ulama terdahulu.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.