Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, June 23, 2010

UMNO Kedah Perlu Berubah.....

Setelah kami siarkan email dari veteran Sungai Tiang, terdapat banyak respon yang diterima, termasuklah respon-respon dalam blog-blog lain yang membuat artikel pautan berkaitan email tersebut.

Komen-komen yang menarik adalah tentang penafian terhadap dakwaan veteran Umno Sungai Tiang. Nafi lagi!

Kami siarkan disini beberapa artikel pihak lain yang lebih mendahului kami dalam isu ini. Ini adalah bukti bahawa kami berhasrat menyatakan apa pandangan majoriti ahli Umno tentang situasi sebenar Umno di Kedah.

Sila baca Bila tiada pertandingan, mesyuarat cawangan hambar bagaimana pemimpin tidak turun ke mesyuarat cawangan sebab kali ini tak perlu lobi untuk apa-apa jawatan pada musim tiada pertandingan.

Juga baca Dilemma Umno Kedah menceritakan situasi yang hampir sama dengan apa yang dinyatakan oleh veteran Sungai Tiang.

Kedah Umno To Take Action Against Non-Performing Leaders oleh Dato' Ahmad Bashah yang secara tidak langsung mengakui akan masalah serius pemimpin yang tidak berkerja. Kata beliau "Jika perkara itu tidak dibendung, ia akan melemahkan Umno dan memberi peluang kepada pembangkang untuk terus bertapak di Kedah hanya kerana kelemahan pemimpin Umno. Kita tidak mahu perkara itu berlaku," katanya." Tapi bukti lebih jelas dari kenyataan ini ialah Dato' Ahmad Bashah sendiri tidak tahu bahawa pembangkang di Kedah kini adalah UMNO.

Dan di sini Bila Umno Nak Berubah, Masa Semakin Suntuk yang lebih umum kepada Umno secara keseluruhannya, namun membuktikan bahawa yang bermasalah adalah pemimpin, dan yang pantang ditegur juga pemimpin.

Dan ini juga meminta Umno Kedah Kena Berubah

Dan sebagai menjawab cabaran bagaimana hendak mengubah Umno Kedah, kami percaya perubahan perlu bermula dari kepimpinan dan ianya perlu dimulakan dengan sikap terlebih dahulu. Tak perlu cakap soal yang terlalu global dan perancangan tahap tertinggi, buat yang kecik-kecik ni dulu.

Pertama sekali, buat kerja kena ikhlas, jangan kerja tunjuk muka. Sebagai contoh, jika Presiden melawat bahagian Sik, maknanya dia nak jumpa rakyat Sik laa. Ketua bahagian-bahagian lain tak payah menyibuk tunjuk muka, kalau presiden nak jumpa ketua bahagian lain, tau la dia nak panggil.
Kedua, habiskan lebih 70% masa dengan rakyat, bukan dengan pegawai-pegawai dan AJK bahagian sekeliling, depa dah dapat cukup "kebajikan", rakyat dan ahli biasa yang perlukan perhatian.

Ketiga, Ketua bahagian dan AJK bahagian, turun ke setiap masjid dan surau, solat jemaah dengan penduduk, sambil pergi solat pun boleh dengar masalah rakyat dari rakyat sendiri, bukan dari pegawai-pegawai, pegawai-pegawai ni pun macam tuan-tuan ketua bahagian juga, kepoh masa pemimpin turun saja.

Keempat, kalau di Kedah ni, turun la sama ke bendang, tengok masalah petani dengan mata kepala sendiri, masalah gondang emas sampai la ni petani sengsara, sekarang ni takdak satu langkah pun dalam bendang kalau tak terpijak siput pemusnah ni, itulah gambaran masalah petani. Kalau dok pandu kenderaan pacuan 4 roda lalu saja, mana nak faham masalah rakyat.

Kelima sehingga ke seratus ribu: Kami boleh bagi cadangan macam-macam sehingga ratusan ribu, tapi kami pasti pemimpin Umno Kedah sendiri pun tau apa nak buat.

Puncanya bukan taktau apa patut dibuat, tapi tak mau buat.

Dipetik dari: Kedah Times.

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.