Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Kenapa Angka 112.......? Ada Agenda Kristian.......?


Perhimpunan HKR#112 telah berlalu pergi. Tercapai atau tidak niat dan hasrat mereka untuk mengumpul sejuta orang itu tidak mahu kita bicara di sini. Kenapa angka yang dipilih untuk menandai perhimpunan ini ialah 112.......?

Ianya berlangsung pada 12hb Januari 2013. Sepatutnya angka 121 yang dipilih. Bukankah setahun yang lalu angka 901 digunakan untuk perhimpunan di Jalan Duta pada hari keputusan pembicaraan Anwar, iaitu 9hb Januari 2012. Dengan mengguna format yang digunapakai di Malaysia (bukan di Amerika Syarikat) angka yang logik diguna untuk perhimpunan semalam ialah 121 atau 1201.

Sesuatu tarikh boleh ditulis dengan pelbagai cara. Jika 12 Januari, ada yang menulisnya sebagai 112 dan ada juga menulisnya dengan 121. Angka ini muncul kembali. Ia muncul setelah terbenam beberapa tahun lepas. Lebih menarik lagi, ia sentiasa dekat dengan agenda Kristianisasi negara ini. Menariknya, jika dibaca tidak kira samada dalam bentuk 112 atau 121, ianya tetap mengorbit kepada satu perkara dengan bentuk tujuan yang sama iaitu simbolik kepada perjuangan gerakan Kristianisasi dalam negara.

Dengan sedikit carian dalam internet kita dapat temui angka 112 adalah suatu angka yang ada kaitan dengan Bible Kristian dari susun atur angka dalam bahasa Hebrew yang memberi pengertian Tuhan mereka. Kajian numerologi dari susunan abjad dari 22 abjad dalam bahasa Hebrew ini memberikan pengertian angka 112 itu bermaksud “The LORD God” atau YHVH Elohim [YHVH = Yahaweh (atau Jehovah), inilah nama yang sebetulnya untuk Tuhan Kristian, bukannya Allah, perkara ini dibicara dalam "Paderi Indonesia akui kalimah Allah hanya untuk orang Islam" (klik sini).
Of great significance is the fact that the number 112,
the order number of the triangle, is the Hebrew gematria of JEHOVAH-ELOHIMor LORD God.
The Triangle is the 112th triangular number 6328 and 112 is the value of Jehovah-Elohim (LORD God) and 6328 in ascending digits is 2368, the value of Jesus Christ. (http://www.fivedoves.com)
Dalam pada kalimah Allah hendak mereka hina dengan menyamakan Allah Yang Maha Esa dengan Tuhan Triniti mereka , puak-puak gereja mengajak rakyat Malaysia berhimpun mengagungkan “The LORD God” mereka. Umat Islam kita berpecah dalam isu kalimah Allah – dalam pada sesetengah mereka membenarkan puak gereja mengguna kalimah Allah mereka inilah pulak yang mengagungkan pula angka yang mengangkat nama Tuhan Kristian ini. 

Siapakah pakar strategi perhimpunan semalam yang membawa agenda Kristian.......?


12 Januari juga boleh ditulis dengan 121. Apabila ditulis di dalam bentuk begini, lantas calar perjuangan yang berkait kes Linna Joy satu ketika dulu kembali menggamit memori. 121 (1A) merupakan artikel di dalam Perlembagaan Persekutuan yang memisahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan sivil. Artikel ini telah cuba dihapuskan sejak beberapa tahun dahulu melalui pelbagai kumpulan pendesak yang mana akhirnya berjaya menggunakan beberapa menteri kabinet untuk membawa satu memorandum kepada pemerintah yang kemudiannya dikaitkan dengan tuntutan-tuntutan IFC.

Usaha tersebut berjaya dipatahkan dengan tindakan pantas orang-orang Islam mendesak. Kes Lina Joyy cuba dijadikan batu loncatan untuk membolehkan usaha-usaha ke arah memastikan artikel 121 (1A) dihapuskan sama sekali. Gerakan kristian sejak dari kes Lina Joy sentiasa melihat artikel 121 (1A) sebagai penghalang kepada percubaan murtad orang-orang Islam. Ia perlu dihapuskan. Menarik sekali apabila nombor ini muncul kembali minggu ini. Yangg lebih menarik pula apabila pemain-pemainnya hampir majoritinya orang yang sama di dalam gambar di bawah selepas mereka kecewa di dalam kes Lina Joy serta percubaan membuka floodgate murtadin gagal.



Anak Kecil Main Api.......

Print Friendly and PDF

Saturday, March 17, 2012

PAS Takut Peneroka Untung, Takut BN Semakin Kukuh di Felda.


Memandangkan pilihanraya semakin hampir, pembangkang semakin galak menjadikan Felda sasaran serangan mereka. Mungkin di mata mereka, inilah satu-satunya isu yang ‘bernas’ untuk dimainkan. Jika tidak hanya Datin Seri Rosmahlah yang dijadikan modal mereka untuk mencari kecacatan kerajaan dan Perdana Menteri. 

Semalam Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, membuat kecoh di parlimen menuntut kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas Parlimen bagi membincangkan tentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia. 

Alasannya ialah terdapat peneroka yang yang membantah penyenaraian FGVH melalui memorandum dan injunksi mahkamah bagi menghalang anak syarikat Felda itu disenaraikan di Bursa Malaysia pada Mei/Jun ini.

Dengan itu, beliau menggesa agar kerajaan mengadakan satu referendum di antara Felda dan para peneroka Felda untuk mendapat kepastian mengenai jumlah sebenar yang menyokong atau yang tidak menyokong keputusan tersebut. 

Jelas di sini bahawa Salahuddin dan PR, amnya bukannya ingin membela nasib peneroka atau sesiapa, tetapi mereka hanya ingin mencari publisiti murahan. 

Strategi ini adalah sama seperti yang mereka lakukan dalam isu Lynas di mana mereka memilih jalan membuat bising di jalanan dan bukannya mencari penyelesaian secara tuntas mengikut undang-undang. 

Cumanya, di dalam isu Felda ini, mereka memilih undang-undang dan menghabiskan wang rakyat daripada membiarkan ianya ditentukan secara aman dan diplomasi di dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM). Ini kerana cara ini akan memberikan lebih banyak publisiti kepada pembangkang. 

Sedangkan, jika alasannya adalah untuk mendapat gambaran sebenar sokongan peneroka terhadap penyeneraian ini, ia sudah boleh dilakukan melalui EGM sebelum ini yang meletakkan agenda perbincangan mengenai isu ini antara Felda dengan Koperasi Permodalan Felda (KPF). Cara ini adalah lebih demokratik di mana undian boleh diadakan bagi mencari penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak.

Tetapi, PAS juga yang bertindak menghalang EGM tersebut dari berlangsung pada 29 Februari lalu. Dan kini mendesak agar referendum di antara dua pihak itu diadakan pula. 

Apakah rasionalnya tindakan PAS ini? Bukankah ini menunjukkan yang pembangkang sengaja ingin membuat bising? 

Benar, jumlah peneroka Felda adalah 112,635 dan hanya 1,300 orang daripada mereka terpilih sebagai wakil dalam KPF. Namun wakil KPF itu telah dipertanggungjawabkan untuk membawa suara majoriti para peneroka dari kawasan masing-masing dan tidak ada alasan bahawa suara 1,300 tersebut tidak akan menunjukkan suara majoriti dari 112,635 orang. 

Bayangkan berapa lama dan berapa banyak kos yang perlu digunakan untuk mengadakan referendum bagi mendapat pandangan 112,635 orang peneroka dari seluruh pelusuk pedalaman Felda. Nampak benar apa yang disarankan oleh PAS ini amatlah tidak masuk akal sekali gus menggambarkan cara pemikiran PAS yang tidak rasional, tidak professional dan tidak realistik sama sekali. 

Dalam ertikata lain, PAS hanya ingin memanjangkan isu Felda ini demi memberi sedikit modal untuk mereka berceramah dalam kempen pilihanraya nanti. Ia tiada kena mengena dengan membela nasib peneroka atau siapa saja. 

Apa yang PAS lakukan hanya akan merugikan para peneroka kerana PAS ingin menafikan ‘durian runtuh’ yang bakal dinikmati mereka hasil penyenaraian ini. 

Takut benar PAS jika peneroka mendapat nikmat kerana ia hanya akan menunjukkan betapa bijaknya kerajaan dan pengurusan Felda, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan BN di dalam Felda.

Beruang Biru.......

Print Friendly and PDF

Friday, March 16, 2012

PENDEDAHAN UMNO Selangor bahawa Pakatan Rakyat menggunakan khidmat nasihat firma perunding yahudi, National Democratic Institute (NDI) untuk merancang strategi sesuai bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN), dijangka menjadi isu besar dalam kempen pilihanraya akan datang.

Buku bertajuk ‘1001 cara untuk menjatuhkan kerajaan’ yang disediakan NDI ini mengamalkan beberapa pendekatan yang sekarang menjadi SOP dalam aktiviti berkaitan Pakatan Rakyat.

Antara pendekatan yang diunjurkan dalam buku panduan NDI ini ialah penggunaan warna-warna tertentu dalam demonstrasi/aktiviti tertentu bagi menarik perhatian rakyat. Sebab itu demonstrasi PKR sekarang amat berbeza dengan demonstrasi jalanan sekitar hujung 90-an dahulu bila warna-warna tertentu digunakan mengikut tema mengapa demonstrasi itu diadakan,

Sebagai contoh Bersih (kuning), Himpunan Hijau (Hijau) dan Hindraf (oren). Manakala bagi Seksualiti Merdeka, 4 warna asas yang melambangkan pergerakan LGBT digunakan, masih lagi berkisar tentang warna walaupun tidak ada demonstrasi.

Rakyat pastinya akan menolak tindakan Pakatan Rakyat menggunakan khidmat firma yahudi ini seperti dilihat dalam soal kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide yang ditohmahkan pembangkang sebagai sebuah firma milik Israel sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah firma Amerika Syarikat.

Tapi yang penting, jelas kelihatannya pada waktu itu, penyokong Pakatan Rakyat dan sebahagian rakyat Malaysia sangat anti dengan apa-apa yang ada hubung kait dengan yahudi, tanpa mereka sedar bahawa Pakatan Rakyatlah sebenarnya yang menggunakan khidmat perunding yahudi untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

Sudah menjadi resam, bila yahudi terlibat dimana-mana untuk menjatuhkan kerajaan, maka hasilnya sudah tentu tidak lain dan tidak bukan, menggadai negara ini kepada kuasa asing yang senantiasa menanti masa yang sesuai untuk mengurangkan negara Islam dalam dunia – seterusnya mengurangkan ancaman kepada kewujudan Israel.

Fakta mengenai penggunaan firma NDI yang dikuasai yahudi ini tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana telah diakui sendiri oleh bekas pemimpin dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Zahrain dan Datuk Zulkifli Nordin. Bukti juga ada ditangan mereka, cuma menunggu masa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Anwar Ibrahim membuat penafian sebelum boleh didedahkan.

Pada waktu ini juga rakyat sudah seharusnya mampu melihat bahawa penonjolan Buku Jingga sebagai kitab rasmi untuk rujukan rakyat adalah satu divertion daripada kitab sebenar yang digunakan mereka iaitu yang disediakan oleh NDI. Penulis yakin, sebagai firma antarabangsa yang sudah lama terlibat dalam kegiatan seumpama ini, NDI turut menyediakan panduan bagaimana untuk menerajui kerajaan selepas kejatuhan kerajaan yang terdahulu, dan yakinlah, panduan ini akan selari dengan agenda besar yahudi di peringkat antarabangsa.

Kita seru dan gesa lebih ramai bekas pemimpin PKR tampil kehadapan dan membuat pendedahan yang sama untuk rakyat nilaikan siapa dia sebenarnya PR ini dan apa agenda busuk di belakang mereka.

Sudah tentu Pakatan Rakyat akan menggunakan kepetahan Anwar Ibrahim untuk menjelaskan perkara ini menggunakan bahasa yang mengelirukan, tapi percayalah, taktik itu sudah sangat senang dibaca sekarang, seperti dibuktikan dalam perbahasan di Parlimen antara Anwar dan Khairy Jamaludin pada Selasa lepas.

Ini bahayanya bila strategi terdedah, pihak lawan dah tahu macam mana nak lawan semula.

Beruang Biru.......

Print Friendly and PDF

Followers

Blog Ikuti.