Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, August 5, 2010

Istihar Harta Anda Wahai Pemimpinku.....

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed baru-baru ini meminta barisan kepimpinan di bawah pentadbira di bawah Dato' Sri Mohd Najib Razak Tun Abdul Razak istihar hartamasing-masing kepada umum. Ini sudah satu tindakan yang bagus SPRM. Tapi, ada seorang Menteri Kabinet tak setuju. Beliau ada sebabnya tersendiri.....

KUALA LUMPUR — Datuk Seri Hishammuddin Hussein today said it was unsuitable for Cabinet members to publicly declare their assets, rebuffing a proposal from the nation’s anti-graft chief. Instead, the home minister said it was sufficient for ministers to inform the prime minister of their financial worth. “I declare my assets to the prime minister. I have nothing to hide but I feel that it would be sufficient. - MALAYSIAN INSIDER.

Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan. - BERNAMA.

Sekarang ini pun semua anggota kabinet telah istihar harta mereka tetapi hanya kepada Perdana Menteri setiap tahun. Mungkin bagi sesetengah menteri kabinet, mekanisme yang sekarang ini digunakan sudah memadai bagi mereka. Tetapi rakyat perlu dan berhak tahu juga harta yang dimilki mereka selama ini. Betul tak.....? Menteri-menteri jangan risau dan nak takut apa? Orang tua-tua ada mengatakan.....

"BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH"

Kalau ikutkan cadangan istihar harta barisan menteri kabinet ini dilakukan oleh bekas Perdana Menteri sebelum, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Memang bagus cadangan ini. Kenapa tidak diteruskan sekarang? Sedangkan negara seperti Indonesia dan Amerika Syarikat juga mempunyai dasar seperti ini dengan meminta pemimpin-pemimpin mereka istihar harta sebagai usaha memerangi gejala rasuah. Nah ini sebilangan pemimpin dunia yang dah istihar harta masing-masing.


Pemimpin Malaysia bila lagi.....?

Kenapa susah sangat nak istihar harta masing-masing.....? Kalau kakitangan awam kena istihar harta masing-masing, kenapa lain pula dasar untuk menteri yang hakikatnya dipilih oleh rakyat.....?

P/S : Satu lagi, pemimpin kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat bila lagi nak istihar harta pemimpin anda seperti yang dijanjikan.....

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.