Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, April 30, 2010

Sultan Selangor Murka Terhadap Mursyidul Am PAS yang Pertikai Titah Baginda.....!

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.

Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor.

Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.

"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda.

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.

Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.

Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. - BH

1. Jelas DYMM Sultan Selangor amat murka terhadap pihak yang telah mempertikaikan titah Baginda berhubung larangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

2. Titah Baginda adalah sangat penting untuk ditaati oleh semua pihak tidak kira dari UMNO , PAS dan PKR demi menjaga kesatuan ummat yang berada di bawah naungan DYMM Al Sultan.

3. Sindiran dalam titah Baginda jelas ditujukan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaitkan larangan berpolitik di masjid adalah karut atau ditinggalkan oleh penjajah.

4. Hingga kini Nik Aziz bukan setakat biadap terhadap Sultan Selangor bahkan kalau kita teliti Nik Aziz juga pernah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan baginda dengan amalan kronisme semasa isu perlantikan menantunya Ariffahmi menjadi CEO PMBK sebelum ini.

5. Panglima sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor merafak sembah terhadap DYMM Sultan atas titah yang begitu ditunggu oleh kami sekelian sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan perpecahan.

6. Selaku Ketua Agama sememangnya DYMM Sultan berhak menetapkan larangan agar tidak ada pihak menyalahgunakan masjid dan surau untuk dijadikan tempat menyebarkan politik kebencian yang tidak pernah wujud di zaman Rasul dan Sahabat.

7. Marilah kita bersama sama menjunjung titah baginda Al Sultan ini dan memastikan tiada pihak yang akan terus ingkar dan biadap terhadap Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor khasnya dan seluruh Malaysia amnya.

Daulat Tuanku !!!

Ehsan dari : Panglima Perang Cyber
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.