Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, April 1, 2010

Nizar Biadap Menyerang Dr Zambry.



Ape Halnye Yob....? Mohammad Nizar Jamaluddin menyatakan sesuatu kepada Dr. Zambry Abd. Kadir semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh, semalam.



Pakatan pembangkang menyifatkan kehadiran ramai anggota polis pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini sebagai 'pencemaran' terhadap sidang dan ahli dewan.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa, anggota polis bukan sahaja memenuhi pekarangan bangunan itu, malah berada di galeri dan dewan persidangan.

''Kami baru sahaja pulang daripada perhimpunan polis 1Malaysia kerana bilangan kenderaan dan anggota polis lebih ramai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

''Kami membantah apa yang berlaku hari ini kerana ia satu pencemaran kepada DUN dan tidak sepatutnya berlaku," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri istiadat perasmian sidang DUN Perak oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah semalam.

Mohammad Nizar yang juga ADUN Pasir Panjang turut mempersoalkan tindakan polis mengasingkan laluan masuk untuk wakil rakyat pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) di pintu pagar masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan dan juga ke dalam Dewan.

Mohammad Nizar menegaskan, ADUN pembangkang hadir pada sidang DUN hari ini semata-mata kerana tanggungjawab dan bukannya mengiktiraf Datuk R. Ganesan sebagai Speaker DUN Perak.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mendakwa, polis tidak mempunyai hak untuk menghalang ADUN pergi ke sidang DUN dengan bebas atau menentukan pintu mana yang harus dilalui mereka.

Katanya, tindakan polis itu menjadikan Perak seakan-akan negeri polis.

''Kalau polis boleh arahkan ADUN, lain kali mereka boleh arahkan kita apa hendak cakap dalam Dewan pula dan jika BN tidak cukup undi, mereka boleh arahkan polis untuk halang ADUN kita masuk Dewan," katanya.

Beliau turut mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah supaya memberi jaminan polis tidak hadir pada sidang DUN esok.

''Jika tidak, kita akan membuat laporan terhadap mereka kerana menghalang perjalanan demokrasi di negeri ini.

''Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita," katanya.

Dalam pada itu, Zambry berharap pembangkang mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan bagi memastikan hari kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berjalan lancar bagi membolehkan urusan negeri dirancang dengan lebih baik.

''Persidangan Dewan adalah tempat untuk menyampaikan hasrat dan membincangkan masalah rakyat dan bukannya untuk bergaduh, menunjukkan tindakan melampau dalam berpolitik," katanya.

Selain mempertikaikan tugas polis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar dilihat sengaja mengacah untuk mengambil tempat duduk Datuk R. Ganesan selaku Speaker.

Malah, Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) turut menimbulkan kekecohan apabila berteriak ke arah pihak kerajaan dengan mendakwa terlalu ramai anggota polis berada di dalam dewan.

Ketika diminta mengulas tindakan seorang ADUN pembangkang yang secara bebas merakamkan perjalanan sidang di dalam Dewan, walaupun perbuatan itu tidak dibenarkan, Zambry berkata, terpulang kepada Ganesan untuk mengambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, Ganesan yang turut menghadiri sidang akhbar tersebut berkata, sebagai Speaker, beliau lebih bersedia untuk berdepan dengan kerenah pembangkang esok.

''Saya harap mereka (pembangkang) akan lebih bersopan esok dan apa yang penting ialah mengikuti peraturan-peraturan Dewan," katanya.

Ditanya apakah jangkaan yang akan berlaku esok, beliau berkata: ''Saya fikir ia tidak akan berlaku seperti mana sidang DUN lepas-lepas. Apa pun, saya telah lali dengan suasana begitu."

Sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak daripada pakatan pembangkang, sidang DUN yang diadakan berlangsung dalam suasana kecoh dengan pelbagai gelagat yang tidak sepatutnya berlaku dipamerkan oleh ADUN pembangkang.

Sumber: Malaysian-Instinct

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.