Tinjauan mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama masyarakat India di Bukit Teratai, Hulu Selangor baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa. Beliau yang berjalan dengan kalungan bunga malai sepanjang lawatan itu, tiba-tiba didakap oleh seorang warga tua berbangsa India yang sungguh terharu, terkejut dan teruja selepas melihat wajah Perdana Menteri secara dekat. Peristiwa seperti ini jarang dapat disaksikan.
Sepanjang lawatan, Najib yang diiringi Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dan beberapa pemimpin utama MIC turut meluangkan masa beramah mesra sambil mendengar bisikan hati mereka dengan tenang dari satu destinasi ke destinasi lain.
“Kami dapat melihat keikhlasan dan kejujurannya daripada mata dan wajahnya. Kami amat bertuah kerana dapat berjumpa Perdana Menteri secara bersemuka. Bukan senang berjumpa Perdana Menteri. Ini adalah peristiwa paling bersejarah bagi kami di kawasan ini. Kami amat bertuah,” kata seorang penduduk kepada penulis.
Lawatan Najib ke Bukit Teratai bersama masyarakat India yang diadakan sempena genap setahun dilantik sebagai Perdana Menteri, meninggal kesan mendalam kepada masyarakat India di sana. Yang pasti bagi penduduk Bukit Teratai nama Najib kini sudah mula menjiwai perasaan dan hati mereka.
Gaya kepemimpinan inklusif Najib jelas sekali berjaya menambat hati masyarakat India yang kini sudah melihatnya sebagai ‘pemimpin harapan baru’ untuk memperjuang nasib masyarakat India selaras gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Justeru, ramai juga berpendapat ‘faktor Najib’ dijangka boleh mempengaruhi seramai 12,549 pengundi India pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.
Masyarakat India di Hulu Selangor juga mahu melihat MIC keluar daripada ‘dilema penafian’ apabila berdepan mereka ketika musim berkempen di Hulu Selangor.
Malah keputusan Perdana Menteri untuk meletakkan calon MIC bertanding, jelas menunjukkan dasar kongsi kuasa bersama parti komponen yang lain, walaupun ada tekanan kuat daripada Umno bahagian di situ. Keputusan meletakkan calon MIC jelas sekali menunjukkan Barisan Nasional (BN) begitu komited memperjuangkan nasib semua kaum di negara ini.
Kini tumpuan ke arah ‘siapakah bakal calon BN’ yang mewakili MIC. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengumumkan nama calon BN secara rasmi esok. Malah beliau yang juga Pengarah Jentera BN sudah membayangkan calon BN ialah anak tempatan di situ.
Sudah ada macam-macam spekulasi mengenai nama bakal calon selepas membaca mesej yang tersirat dan tersurat daripada Muhyiddin. Menjelang malam ini, nama bakal calon dijangka diketahui secara tak rasmi. Bukan saja penduduk Hulu Selangor menantikannya, malah seluruh rakyat Malaysia mahu melihat wajah calon MIC yang bakal membawa cabaran BN dan MIC pada 25 April ini.
Seperti diketahui umum, MIC sudah menamakan Palanivel yang juga bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor selama empat penggal bermula dari 1990 hingga 2008, sebelum kecundang pada 2008. Beliau yang juga Penyelaras BN Parlimen Hulu Selangor dikatakan cukup sibuk bertemu penduduk Hulu Selangor serta menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dari pagi hingga lewat malam.
Beliau juga merayu kepada pengundi Hulu Selangor supaya diberikan peluang kedua dan terakhir bagi dirinya membuktikan kemampuannya kali ini. Sudah tentu laluan Palanivel bukan senang sekiranya dicalonkan semula.
Keputusan Pilihan Raya Umum 1990 hingga 2004 yang membabitkan kemenangannya dulu, tidak boleh dijadikan sandaran lagi. Apatah lagi fenomena politik negara sudah berubah dengan drastik selepas BN dikejutkan dengan tsunami politik Pilihan Raya Umum Ke-12.
Namun, di sebalik nama Palanivel, ada beberapa nama lain dikatakan turut menjadi perhatian tingkat empat Putrajaya termasuk Ketua Pemuda MIC Hulu Selangor, V Mugilan dan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan. Mugilan yang juga Naib Ketua Pemuda MIC berasal dari Hulu Selangor yang dilahirkan di Ladang Kerling.
Di satu sudut lain pula, semua pihak perlu sedar terhadap calon pilihan rakyat dan cita rasa mereka. Sudah tiba masanya untuk ahli MIC ‘bercakap benar’ mengenai situasi sebenar sekiranya mahu melihat calon mereka menang dengan bergaya. Budaya ampu-mengampu, politik retorik dan politik syok sendiri yang perlu dibuang segera supaya MIC kelihatan sebagai sebuah parti relevan untuk masyarakat India sepanjang masa.
Lupakan pasal calon buat seketika. Jangan terlalu ghairah. Sesiapa saja yang terpilih sebagai calon nanti bakal berdepan tugas dan tanggungjawab besar. Kemenangan menjadi calon bukan segala-galanya dalam politik. Perlu ingat, mereka bukan calon MIC, tetapi calon BN. Calon Satu Malaysia.
Sekiranya Palanivel terpilih, beliau juga perlu berani berdepan isu ditimbulkan rakyat ketika berkempen nanti. Jika calonnya muka baru, seluruh jentera MIC perlu melipatgandakan usaha menangkis segala tohmahan dan tuduhan yang bakal dilemparkan pembangkang.
Jangan terlalu yakin. Jangan terperangkap dengan strategi PKR. BN perlu lebih bersedia semua aspek sekiranya mahu menumbangkan siapa saja calon PKR nanti. Memang tidak dapat dinafikan sejak PRU 2008, MIC diserang, dikecam dan dikritik hebat. Ramai pemimpin utama tersingkir termasuk Samy Vellu, Palanivel, Ketua Pemuda, Ketua Wanita termasuk juga beberapa muka baru.
Tidak semestinya muka baru boleh menang dengan mudah. Imej parti perlu berubah sekiranya kita mahu mengharapkan sokongan rakyat. - Berita Harian
Oleh B. Anbumani.

No comments:
Post a Comment
Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.