Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, April 1, 2010

AKU (Asal kan UMNO)…Pandangan Dari Pengundi & Ahli UMNO Hulu Selangor.

Pilihanraya kecil Hulu Selangor akan berlaku sedikit masa lagi apabila kerusi parlimen di istiharkan kosong oleh SPR kerana kematian Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad. Bagi Barisan Nasional, isu pertama yang harus ditangani adalah sama ada calon dari MIC iaitu Dato G. Palanivel dikekalkan sebagai calon BN. Dari segi persefahaman yang telah sedia terjalin dalam BN, kerusi Parlimen Hulu Selangor merupakan kuota yang telah diperuntukan kepada MIC.

Dato’ G Palanivel merupakan calon yang tewas dalam PRU yang lalu kepada Dato Dr. Zainal Abidin Ahmad. Tanda-tanda di PRU yang lalu jelas memperlihatkan bahawa pengundi-pengundi yang menyokong BN di Hulu Selangor telah menolak Dato G. Palanivel. Masakan tidak, tiga DUN dalam Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh calon BN tetapi majoriti di peringkat DUN telah berubah menjadi minoriti di peringkat parlimen pula.

Perlu dinyatakan, Dato G Palanivel telah bertanding di Hulu Selangor dan menang beberapa kali sejak tahun 1990. Ini bermakna Dato G Palanivel telah diberikan peluang hampir 20 tahun untuk berbuat sesuatu di HS tapi telah gagal mengekalkan penerimaan pengundi terutama dari kaum India sendiri mahupun dari pengundi Melayu.

Kesimpulan yang boleh dibuat ialah pengundi Hulu Selangor telah menolak Dato’ G Palanivel. Hanya dengan sokongan pengundi setia UMNO (terdapat ramai juga ahli UMNO sendiri telah mengundi calon PKR) dan mungkin juga MCA yang membolehkan Dato G. Palanivel tidak hilang wang pertaruhan di PRU 12. Kebanyakan orang India di lihat tidak mengundi calon MIC malahan telah mengundi calon PKR. Meletakkan Dato G Palanivel mahupaun mana-mana calon MIC yang lain akan mengundang bencana bagi BN dalam pilihanraya kecil ini.

Menurut sejarah, Parlimen Hulu Selangor pernah diwakili oleh Puan Halimahton Saadiah dari UMNO pada tahun 1955. Selepas itu kerusi Parlimen HS telah diberikan pula kepada calon-calon dari MCA, Gerakan dan akhir sekali MIC. UMNO merupakan parti terbesar dan orang Melayu merupakan pengundi majoriti di Hulu Selangor tetapi atas dasar setia kepada keputusan pucuk pimpinan parti, ahli-ahli UMNO terpaksa berkorban dan akur memberikan kerusi tersebut kepada lain-lain parti komponen BN termasuk MCA, Gerakan dan MIC. Tetapi pada PRK kali ini, keadaan telah banyak berubah.

Perubahan kerajaan diperingkat negeri telah membuatkan ramai ahli UMNO merasa begitu tertekan. Tindak tanduk PKR/PAS/DAP dalam Pakatan Rakyat telah banyak menguris hati mereka. Siapa yang boleh melupakan tindakan kerajaan Negeri Selangor mensabotaj projek UiTM di Serendah? Mereka baru sedar bahawa hanya UMNO (dengan segala kelemahan yang ada) sahajalah yang mampu membawa pembangunan untuk rakyat. Ahli-ahli UMNO ini menjadi begitu bersemangat untuk berkerja keras bagi menumbangkan calon Pakatan Pembangkang.

Banyak antara mereka yang telah turun mengundi calon PKR di PRU 12 telah merasa menyesal yang teramat sangat. Mereka mahu UMNO meletakkan calon pada kali ini bagi menandingi calon Melayu dari PKR nanti. Biar buku bertemu ruas. Baru dapat kita ukur jauh mana popularnya calon PKR nanti. Meletakkan calon MIC hanya akan mematikan semangat juang yang sedang melonjak begitu tinggi ini.

Kami, pengundi Melayu Hulu Selangor akan mengundi sesiapa sahaja calon yang akan diletakkan oleh UMNO. UMNO Hulu Selangor mempunyai ramai calon-calon yang berkaliber dan salah seorang dari mereka ini akan diterima dengan tangan dan hati terbuka. Antara calon-calon UMNO yang telah disebut-sebut termasuk Tan Sri Mohamad Mohd Taib, Dato Zainal Abidin Hj. Sakom. Kedua-dua mereka ini merupakan calon vateran yang tidak perlu lagi diperkenalkan kepada pengundi Hulu Selangor.

Bagi muka-muka baru pula calon yang berpotensi termasuk Puan Rosni Sohar (Penolong S/U Pergerakan Wanita UMNO Malaysia), Saudara Nazari Ahmad Dahalan (S/U UMNO Bahagian Hulu Selangor), Saudara Kamsani (AJK Bahagian HS dan Mantan ketua pemuda Bahagian HS), Saudara Khairudin Mohamad (S/U Politik Kanan, Dato Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia) dan juga Dato Adnan Buyong (Naib Ketua UMNO Bahagian HS dan Mantan Bendahari, Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor).

Setiap dari nama calon di atas mempunyai kekuatan yang tersendiri dan kami amat percaya bahawa mereka-mereka ini akan dapat memikul tugas sebagai Wakil Parlimen Hulu Selangor dengan baik jika andainya dipilih sebagai calon.

Kami sebagai pengundi dan penyokong BN di Hulu Selangor ingin menyatakan sekali lagi bahawa kami mahu kerusi Parlimen Hulu Selangor dipulangkan kembali kepada UMNO. Kami telah berkorban demi semangat kerjasama Perikatan/BN selama lebih 40 tahun dan sudah sampai masanya calon dari UMNO dinamakan sebagai calon pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan datang ini.

Kami akan bekerja keras untuk memberikan kemenangan besar kepada BN di PRK Hulu Selangor nanti. Janji kami, “gelombang merah” yang akan bertiup dari Hulu Selangor akan mengeggarkan benteng pertahanan Pakatan Rakyat bukan sahaja di Hulu Selangor bahkan Malaysia! Ingat, jangan pisang berbuah dua kali.

Hj. Yaziz Yunus
Print Friendly and PDF

1 comment:

  1. Saya nasehatkan saudara ku lupakan lah UMNO dan BN. Mari kita buat perubahan supaya penyelewengan dan penipuan yang di lakukan oli pemimpin UMNO dan BN di berhentikan.
    Rakyat telah tertipu, Masa nya telah tiba bagi kita memperjuangkan ketuanan rakyat kerana masa depan negara dan generasi akan datang perlu dijamin dengan membuat perubahan.
    Orang seperti TS Mat taib dan Zainal Sakom telah menjadi kaya raya kerana berjaya menipu anak Selangor tetapi apa yang telah meraka beri kepada anak Hulu Selangor.
    Mari lah kita berubah dan mulakan lah perubahan ini melalui PRK yang terbukti anugerah Illahi kepada anak Hulu Selangor untuk menentukan bahawa perubahan dan ketuanan rakyat adalah satu keramat politik di Hulu Selangor.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.