Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, March 6, 2011

Tahniah BLOGGERS Semua……..

Pertama ucapan TAHNIAH kepada BARISAN NASIONAL di atas kemenangan besar di dalam PRK N27 Merlimau, Melaka dan N28 Kerdau, Pahang.

Terbukti kini rakyat sudah bijak membuat pilihan antara kebenaran dan kepalsuan bagi menjamin keamanan, kesejahteraan, kemahmuran dan kemajuan untuk generasi akan datang.

Sepanjang tempoh kempen meraih undi parti-parti yang bertanding, berbagai tomahan, dakwaan dan strategi yang disusun untuk kermenangan.

Tidak ketinggalan juga peranan yang disumbang oleh bloggers, bertungkus lumus tanpa mengira keringat mahupun wang ringgit mendapatkan bahan bagi menangkis serangan-serangan dari pihak pembangkang. Bukan sahaja melalui media eletronik, malah mereka juga turun padang melalui gerakan sulit ataupun nyata ibarat singa yang kelaparan mencari bahan. Sumbangan bloggers berikan itu secara tidak langsung telah memberi impak yang kuat ke atas memenangkan Barisan Nasional.

Aku TABIK HORMAT kepada semua bloggers yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung memastikan Barisan Nasional terus menguasai di kedua-dua DUN ini. Malah kali ini kemenangan yang besar kita perolehi.

Setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH dan TERIMA KASIH aku ucapkan di atas usaha kalian semua. Semoga kita dapat teruskan usaha kita ini bagi menegakkan kebenaran. Bagi aku, kita kembalikan suara rakyat kepada rakyat apa yang mereka harapkan demi masa depan agama, bangsa, anak cucu dan negara.

Kita bloggers semua tidaklah sehebat mana, tetapi kita mampu bersuara memperjuangkan kebenaran sesungguhnya kita mempunyai jati diri tersendiri yang mampu menggegarkan keadaan sekiranya kesalahan mendahului kebenaran…….

Ayuh teruskan perjuangan demi kebenaran.

Sekali lagi TAHNIAH dan TERIMA KASIH.
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. Blogger kita memang hebat. Nak kata ada ilmu kewartawanan atau penulisan, tak ketara pulak. Mereka tulis berdasarkan apa yang ada di hati. Banyak bahan yang mereka bentang, pemimpin UMNO pun tidak menyedarinya pada mulanya. Malah, hujah mereka jauh lebih baik dari penceramah UMNO sendiri.

    Banyak bahan yang di persembahkan oleh blogger menjadi sumber rujukkan pula kepada pemimpin UMNO. Pemimpin hanya tolong ulas aje.

    Kekuatan kempen kali ini adalah datang dari bekas pemimpin PKR yang berpaling tadah, orang persaorangan saperti UMNI Halfidah dan bahan bahan yang di korek dan di keluarkan oleh blogger mesra kerajaan.

    Syabas kepada semua. PRU 13 sedang menanti.

    ReplyDelete
  2. Pengundi memang bijak dan cerdik.Oleh itu jangan lagi anngap zaman letak tongkoi kayu pun menang.Sepanjang aku berada disana calon BN memang mantap.Bersih berakhlak .Pendidikan dan kelulusan mereka juga baik bukan lagi zaman SPM.Latar belakang mereka juga tidak ada ruang untok PAS ambil kesempatan nak hantam.Parti UMNO dah ok dan kukoh.Pemimpin perlu bersih.Calon perlu terbaik.Bukan kaki betina atau judi serta sengketa sana sini.Dasar Dato Najib Wineable Candidate adalah tepat dan relevan.TAHNIAH .YB BARU JANAGNLAH BERLAGAK PULA.CEPAT-CEPAT TUKAR KERETA MERCEDES MACAM RAMAI ORANG UMNO HARI INI.LAGI SATU ISTERI YB PUN JANGAN LAH LEBIH DARI YB SENDIRI.

    ReplyDelete
  3. UMNO di Kedah gena pula?.Jangan la lena lagi.Yang menang tu di Melaka dan Pahang.TS Mahyudin kata kemenangan itu adalah satu momentem yang baik.Tapi bukan kayu ukor sebenar nak hadapi PRU 13 nanti.Semua orang kata pengundi bijak.Cuma di Kedah ini Ketua Bahagian nampak tak bijak macam pengundi.Pengundi lebih bijak dari Ketua Bahagian yang nampak tak tahu hala tuju parti.Yang mereka tahu syuk sahaja.Satu ingatan teramat penting Calon seperti semua tahu cukop penting.Kalau Ketua Bahagian di kedah jawap dia...OUT lah.Tahnia serta Syabas UMNO/Pahang dan UMNO Melaka.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.