Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Thursday, March 10, 2011

Buku Memoir Dr. Mahathir Dilancarkan.

Siapa yang tidak kenal dengan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang sentiasa berifkiran jauh dan analitikal dalam membuat keputusan.Dan beberapa hari lalu, beliau telapun mengeluarkan satu lagi buku berjudul “A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad”. Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengenainya.


KUALA LUMPUR:  Buku memoir oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad akan dilancarkan hari ini oleh MPH Group of Companies.

Pengurus Besar MPH Ivy Tan berkata, buku yang ditunggu-tunggu setebal 800 muka surat berharga RM100 senaskhah itu akan membawa pembaca menyusuri perjalanan hidup Mahathir yang hanya diketahui segelintir orang luar selain anggota keluarganya.

“Daripada zaman kanak-kanak, termasuk perjuangan Malaya sehingga berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan British, perang dunia kedua dan kemerdekaan serta kehidupannya sebagai seorang doktor,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Beliau berkata, buku itu yang akan mula dijual 10 pagi, memaparkan sejarah Malaysia yang dilihat daripada kaca mata tokoh yang sentiasa memainkan peranan penting, termasuk dalam menentukan pertumbuhan dan pembangunan negara.

“Buku itu memuatkan perjalanan hidup bekas perdana menteri yang disampaikan secara terus terang, spontan dan ada kalanya dalam nada jenaka,  ” katanya.

Dr Mahathir dijadual menghadiri majlis pelancaran buku itu di sini petang ini. – BERNAMA


Buku tersebut telahpun dicetak sebanyak 50,000 unit dan terjual lebihk 1,000 unit semasa hari pelancarannya. Buku yang mengandungi sebanyak 800 muka surat itu, pasti sarat dengan beberapa kisah an peristiwa penting yang berlaku dalam kehidupan Tun Dr. Mahathir atau lebih dikenali sebagai “chedet”, yang pernah menjadi” orang  pertama” selama 22 tahun dalam Malaysia.

Dalam kenyataannya yang terbaru juga, beliau tidak takut disaman oleh individu-individu yang mungkin akan terasa dengan penulisannya di dalam buku terbaru ini. Rasanya, tak perlulah kami perjelaskan siapakah individu-individu tersebut. Dan mungkin juga buku ini dikeluarkan bagi menjawap tentang buku Malaysian Maverick? Kami tidak pasti.

Walau apa pun, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku karangan terbaru Tun Dr. Mahathir ini, anda boleh mendapatkannya di kedai buku MPH yang berdekatan.Bagi sesiapa yang dah membelinya pula, apakah pendapat anda mengenai buku terbaru TunDr. Mahathir ini?

Dipetik dari : Berita Semasa.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.