Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, March 4, 2011

Penjawat Awam Bankrap Dan Dibelenggu Hutang.......?


Datuk Liew Vui Keong,  mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepadakebankrapan.Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar mengenai artikel ini.




PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, hari ini mendedahkan ramai penjawat awam di negara ini dibelenggu masalah keterhutangan yang serius yang mungkin membawa kepada kebankrapan.

Beliau berkata, pada 2009 sahaja Jabatan Insolvensi Malaysia melaporkan seramai 1,086 penjawat awam diisytiharkan bankrap di mana 72.74 peratus daripadanya adalah lelaki.

“Masalah ini perlu difahami oleh semua penjawat awam kerana belenggu masalah hutang boleh menjejaskan prestasi penjawat awam dan sekiranya prestasi terjejas dengan teruk maka boleh diambil tindakan tatatertib,” katanya ketika merasmikan Taklimat Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Taklimat Kebankrapan dan Taklimat Bantuan Guaman kepada ahli Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Bantuan Guaman dan Jabatan Insolvensi Malaysia itu adalah Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.

Justeru, Liew berkata taklimat tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada penjawat awam bagaimana untuk menangani isu berkaitan dengan hutang dan kebankrapan.

Beliau berkata, ia juga bagi memberi penerangan mengenai Akta Perlindungan Pemberi Maklumat yang telah diluluskan oleh Parlimen tahun lepas dan telah mula dikuatkuasakan pada 15 Disember tahun yang sama, serta taklimat mengenai Bantuan Guaman untuk penjawat awam.

Ahli-ahli CUEPACS yang berpendapatan kurang dari RM25,000 setahun boleh mendapat perkhidmatan guaman percuma daripada Jabatan Bantuan Guaman dalam kes-kes seperti petisyen perceraian, tuntutan nafkah, tuntutan harta sepencarian, hak penjagaan anak dan lain-lain masalah kekeluargaan.

“Sekiranya pendapatan lebih RM25,000 tetapi tidak lebih RM30,000 mereka hanya akan dikenakan bayaran minimum,” katanya. – BERNAMA


Rasanya, kes ini dah lama berlaku.Itu belum lagi dikira penjawat awam yang berhutang dengan along, ceti dan sebagainya.Yang penting sebenarnya, kita perlu mendalami mengapa mereka berhutang? Tipulah kalau tak ada orang yang tak pernah hutang .Nak beli rumah pun hutang, beli kereta pun hutang.Kalau penjawat awam tu memang jutawan tu boleh la beli tunai.

Tapi dalam kes ni, kebanyakan mereka berhutang melebihi 60% pendapatan. Nak salahkan siapa dalam hal ini? Masing-masing yang bekerja penjawat awam, mungkin ada alasan masing-masing. Ada yang memang benar-benar susah, seperti anak ramai, duduk di kawasan bandar tapi gaji kecik dan sebagainya.

Tapi ada juga jenis penjawat awam yang berhutang semata-mata join MLM, ataupun beli kereta mahal-mahal, beli rumah besar,beli barang rumah hutang semata-mata nak nampak gah bila jiran-jiran atau rakan sekerja bertandang ke rumah. Ni silap sebab tak ukur baju di badan sendiri.

Namun, kami pasti ramai penjawat awam di sini yang dapat memberikan pandangan? Adakah kerana gaji yang diberikan tidak cukup, atau kerana sebab “biar papa, asal bergaya”?

Dipetik dari :  Berita Semasa.

Print Friendly and PDF

4 comments:

  1. takkan le sebab bankrap penjawat awam kena berhenti kerja? susah jadi guarentor skarang, tak tolong mak kiah kecik hati, pak mat sedih tak nak dtg rumah, camne ni? KEsian anak bini aku yg hanya harap pd aku sbagai pencari rezeki

    ReplyDelete
  2. Kenapa la boleh jadi macamnie ye. Berbelanjala secara berhemah. Jangan diikutkan sangat nafsu, ikut kemampuan. Berpikirla secara bijak. Otak dah ada, sempurna lagi bila disatukan dengan akal yang bijaksana. Nafsu sering ditipu oleh pujukan dan rayuan dari iklan2, biarla akal yang mengawal nya supaya kita tidak memberi keuntungan yang lebih kepada ah long2 besar yang berlesen ni.(Bank-bank di Malaysia). Gaji mmg cukup, berapa kali dah revise. Elaun lagi. Cuma perlu ada kesedaran. Berbelanja utk keperluan, bukan kehendak. Boros amalan syaitan, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul bro.. ukur baju dibadan sendiri bukan di badan orang

      Delete
  3. Salam nak tanya jika kena muflis kena berhenti kerajaan ke...

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.