Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Sunday, March 27, 2011

MELAYU HILANG MINAT SERTA MULA HILANG KUASA DALAM POLITIK.

Mac-2011 – Ketika kaum lain begitu ghairah mendapatkan tempat sama ada undi dan kedudukan dalam politik, orang Melayu dilihat hilang semangat serta belum sedar tentang pentingnya kuasa politik di dalam negara ini. Jika dulu dilihat orang Melayu menguasai politik, namun senario itu kini telah berubah walaupun kaum Melayu adalah kaum majoriti dan mempunyai beberapa keistimewaan yg sering dipertikaikan, Orang Melayu perlu sedar dan memahami bahawa hakikatnya dalam kebanyakkan bidang kita orang Melayu telah jauh ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi, kini sudah mula menampakkan kuasa politik seakan-akan hilang dari pegangan orang Melayu.

Saya melihat perkara ini menjadi ketara apabila baru-baru ini pemilihan parti yang ahlinya berbilang kaum di Klang yang dulu pimpinannya diketuai oleh Melayu kini sudah dirampas oleh bukan Melayu, tidak dinafikan juga parti- parti Melayu yang lain bila mengadakan mesyuarat agong atau pemilihan diperingkat bawah kehadirannya adalah amat merumitkan. apakah ini sudah mula menunjukkan kelemahan atau kepincangan kita orang Melayu dalam berpolitik.

Saya melihat trend yang terjadi ini sesuatu yang agak membimbangkan kerana orang Melayu seolah-olah tidak boleh membayangkan apa akan terjadi jika kuasa politik sudah berpindah tangan, lebih-lebih lagi yang amat mengecewakan kepada generasi muda yang tidak mahu ambil tahu yang mana apabila kuasa politik sudah berubah segala keadaan akan berubah. Kenapa semua ini berlaku, apakah kerana orang Melayu sudah meluat dengan kerenah pemimpin-pemimpin Melayu atau pun hilang punca kerana banyak sangat parti yang hendak memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam sehingga wujudnya perpecahan.

Perkasa perlu memainkan peranan untuk menyatukan kembali orang Melayusupaya bersatu dan menolak fahaman anti Melayu, lslam dan Raja-Raja Melayu serta sentiasa memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli untuk menyuarakan pendapat tentang apa juga berkaitan dengan kepentingan bangsa Melayu. Perlu diingatkan kemuncak kita berpolitik ialah pilihanraya, Tiada guna berjawatan hebat dalam parti jika parti tidak memerintah dan tiada guna parti bersama memerintah jika tiada kuasa memeritah. Bangsa Melayu perlu sedar dan insaf dengan apa yang berlaku terhadap Melayu di Pulau Pinang. Semasa kuasa politik dalam pegangan kita pasti nasib orang Melayu terbela walau pun dipertikaikan oleh bukan Melayu, tetapi hasrat mereka sering digagalkan oleh Perkasa dan ngo-ngo Melayu yang lain. Maka itu awal-awal lagi mereka sudah melontarkan tuduhan rasis terhadap Perkasa sehingga terdapat juga segelintir Melayu yang sudah hilang punca turut serta menuduh Perkasa itu rasis.

Kita perlu ingat kaum bukan Melayu juga ada NGO malah NGO-NGO mereka cukup kuat menperjuangkan nasib masa depan bangsa mereka malah melalui NGO lah mereka mengatur langkah untuk menguasai ekonomi mahupun politik. Malah tiadapun orang Melayu sibuk menuduh NGO mereka rasis apatah lagi bangsa mereka, sebenarnya kita tidak boleh  membenci atau memarahi kaum lain yang berjaya di negara ini kerana mereka juga merupakan warganegara dan berhak berjaya kerana mereka bersatu dan menggunakan segala peluang dan kesempatan yang ada untuk membawa bangsanya berjaya.

Saya yakin dan percaya bangsa kita juga boleh berjaya dalam apa bidang sekali pun jika kita bersatu dan saling membantu antara satu sama lain.Bermula dengan Jika kita seorang pemimpin,maka pimpinlah dengan jujur, jika kita seorang pentadbir, tadbirlah dengan amanah, jika kita seorang pejuang, maka berjuanglah dengan ikhlas supaya kita dihormati dan disayangi. Yang paling penting antara pemimpin dengan yang dipimpin janganlah terlalu jauh sangat jarak kemewahan dalam kehidupan.

Hari ini rakyat sudah ramai yang bijak pandai serta berilmu, mereka sudah kenal mana kaca mana permata, lebih lebih lagi generasi muda mereka mudah dipengaruhi dan juga ingin hidup mewah seperti yang dipamerkan oleh segelintir anak anak pemimpin mahupun pentadbir.

Kalau kita rasa kita seorang pemimpin atau pentadbir yang bijak dan pandai itu mungkin kita diberi  berpeluang, tetapi perlu diingat ramai lagi yang bijak dan pandai tapi mereka tidak berpeluang. Mereka juga ada keinginan dan cuba mencari jalan untuk mendapatkan peluang, mereka akan berusaha tidak kira dengan apa cara sekalipun asalkan segala cita cita mereka tercapai, Maka berlakulah berbagai cara sahingga mengundang permasaalahan dan wujudlah perpecahan.

Jika kita tidak mahu bangsa kita diperlekehkan dan dipandang hina janganlah berlengah lagi untuk sama sama sedar dan insaf serta kita rangka  semula bagi mengatur strategi untuk menyatukan parti parti Melayu/islam agar kuasa politik Melayu dapat diperkukuhkan dan taraf ekonomi dapat dipertingkatkan. Maka bangsa Melayu akan dihormati serta disengani  didalam Negara Malaysia yang bertuah ini…


Ps/– Penulis adalah Seorang Ahli Dewan Tertinggi Perkasa,Pengerusi Tugas Tugas Khas Perkasa Selangor dan Pengerusi Perkasa Daerah Kelang.
Print Friendly and PDF

3 comments:

  1. Orang melayu sudah meluat menonton para pemimpin politik khusus nya umno...hari2 kat tv jual temberang tapi kehidupan rakyat semakin teruk....perkasa pun sama tali barut umno...nah bukan main hebat masa kempen PRK di kerdau NGO apa ini....sudah la jaga la melayu ini dengan ilmu hapuskan kesusahan orang2 melayu dengan segera...selesaikan isu PTPTN yang membelenggu para pelajar melayu setelah tamat pengajian...silakan kurangkan cakap banyakkan kerja..

    ReplyDelete
  2. Setuju.Nak harap UMNO dah tak boleh lagi.Mesyuarat umno cawangan pun hambar.Mesyuarat pemuda masih lagi tipu degna korum tak cukop.Kehadziran tak sampai separuh.Hala tuju umno dah zero.Ada cawangan buat meeting hari kerja sebelah pagi supaya pegawai karajaan yg cerdik pandai tak hadzir dan senang urus mesyuarat habis cepat.Ada lagi mesyuuarat umno cawangan yg haram satu la[poran dan notis mesyuarat pun tak ada.Itulah puncanya orang melayu naik meluat yg amat sangat.Ini semua mainan ketua cawangan dan direstu oleh Bahagaian.Jangan haraplah pru 13 nanti orang nak sokong umno kalau mesyuarat cawangan puh buat sorok=sorok.Yang diatas cakap lain .Ketua bahagian buat lain.Ketua cawangan buat lagi teruk untuk melingkupkan umno.Inilah antara penyumbang kepada hilang sokongan dan hilang kuasa bila ahli umno sendiri pun dah naik mel;uat.

    ReplyDelete
  3. Selama 54 tahun merdeka, kenapa Melayu seperti dahulu? Miskin, kurang mendapat pendidikan, tercorot itu dan ini? Apa yang pemerintah buat? Pemerintah ramai Melayu, tapi jurang antara kaum semakin jauh. Melayu makin layu. Kronisme menjadi-jadi. DEB dihapuskan, 1Malaysia diperkenalkan. Tanah-tanah melayu tergadai dek dihasut oleh orang melayu sendiri. Tamak dan haloba menguasai diri. Orang melayu rakyat biasa tidak pernah lupa. Janji-janji hanya hangat dimasa pilihanraya. Semuanya palsu. Mana pergi pemerintah melayu???

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.