Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Friday, January 14, 2011

Prasarana + Rapid = Rapid.......? (Episod 1).

Hari ini ketika aku sedang lepak di Maybank Bansar, terdengar suara-suara halus di belakang cerita ketidakpuasan hati mereka tentang pentadbiran PRASARANA sekarang. Apatah lagi teringat aku akan pendedahan yang dibuat oleh GAP suatu ketika dahulu atas tajuk KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BERHAD. Ini membuat aku rasa seronok nak korek balik.

Aku amati perbualan mereka, kesimpulannya apa yang aku faham adalah Prasaran sekarang tak sama dengan Prasarana dahulu. Agak aku mungkin  MD baru nak buat perubahan sikit kot....... Tetapi yang menghairankan aku, Rapid lebih berkuasa dari Prasarana.

Aku cuba search web Prasarana dan Rapid, terkejut juga bila address berlainan tetapi linknya sama.

1.       Prasarana  -   http://www.prasarana.com.my/
2.       Rapid        -   http://www.rapidkl.com.my/


Web Prasarana ada cuma kena tambah http://www.prasarana.com.my/contact/index.html baru dapat.
Tetapi bila ke HOME ia kembali semula pada webpage Rapid. Ini tak penting....... saja aku nak cerita.

Sementara aku mengumpul maklumat, biar aku cerita sikit latarbelakang Prasarana dan Rapid.
  
Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB).

Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September, 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu kota.

SPNB memiliki aset ketiga-tiga laluan transit aliran ringan (LRT): Aliran Ampang, Aliran Sri Petaling (kedua-duanya bekas Star LRT) dan Aliran Kelana Jaya (bekas Putra-LRT) yang dibeli daripada pemilik asal masing-masing pada 1 September 2002.

SPNB juga memiliki rangkaian bas yang dibeli daripada Cityliner dan Intrakota Konsortium pada 27 Oktober dan 29 Oktober 2003.

SPNB juga memiliki kereta kabel di Langkawi dan mengendalikan perkhidmatannya bagi pihak Langkawi Development Authority (LADA) melalui anak syarikat milik penuhnya, Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB). Kereta kabel ini menawarkan perkhidmatan ke puncak Gunung Mat Chinchang untuk menikmati keindahan Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya pada Januari 2003.

Pengendalian kesemua perkhidmatan LRT dan bas milikan SPNB diserahkan kepada Rapid KL pada Disember 2004.

Pada Disember 2007, Prasarana telah mengambil alih aset dan operasi Sistem KL Monorel, yang kini diuruskan oleh KL StarRail Sdn Bhd (KLSR), syarikat milik penuh Prasarana.


Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL).

Keperluan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dirombak semula menjadi nyata semenjak laluan LRT memulakan operasi komersialnya apabila bilangan penumpang didapati kurang daripada yang dijangkakan, mengakibatkan hasil jualan yang kurang memuaskan menyebabkan kedua-dua pemilik konsesi LRT , Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star-LRT) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra-LRT), tidak mempu membayar balik pinjaman komersial mereka.

Krisis kewangan 1997/98 memburukkan lagi keadaan. Kedua-dua syarikat ini berhutang sebanyak RM5.7bil pada November 2001 apabila Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) anjuran kerajaan menstrukturkan semula hutang kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur juga dibelenggui masalah kekurangan penumpang akibat kenaikan penggunaan pengangkutan persendirian serta kekurangan pelaburan modal. Dua konsortium bas yang ditubuhakn pada pertengahan 1990-an untuk mengambil alih kesemua perkhidmatan bas di Kuala Lumpur - Intrakota Komposit dan Cityliner - mula menghadapi masalah kewangan. Intrakota dilaporkan mengumpul kerugian berjumlah RM450j kesan krisi kewangan 1997/98 sehingga pengambilalihan oleh SPNB pada 2003.

Akibat hasil yang rendah ini, pengendali bas tersebut tidak mampu menjaga kenderaan sedia ada atau melabur untuk memperoleh bas baru. Kekerapan tejejas dan perkhidmatan merosot akibat kerosakan bas.

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang menjunam sampai 16% daripada keseluruhan perjalanan, menjadikannya antara kadar penggunaan yang terendah di rantau Asia.

Pada tahun 2001, CDRC berjaya menstrukturkan semula hutang bernilai RM5.7bil kedua-dua syarikat LRT melalui penghasilan bon jaminan kerajaan oleh SPNB. SPNB secara rasminya mengambil alih pengendalian LRT daripada Star-LRT dan Putra-LRT pada 1 September 2002.

Pada bulan Oktober 2003, SPNB membayar RM177j mengambil alih Intrakota Komposit dan anak syarikatnya dari DRB-Hicom, dan juga membayar RM14j untuk 364 buah bas milik Cityliner. Syarikat-syarikat asal tersebut dinamakan sebagai pengendali sementara.

Pda bulan November 2004, SPNB memberi hak pengendalian perkhidmatan LRT dan bas kepada RapidKL.

Pada bulan Januari 2006, RapidKL memulakan rombakan semula rangkaian bas Lembah Kelang secara besar-besaran.

Tunggu pendedahan demi pendedahan akan aku korek buat renungan semua.......
Print Friendly and PDF

4 comments:

  1. tulisan2 mcm ni lah yg boleh memecah belah kan syarikat. pengurusan seboleh-bolehnya dan sedaya upaya menyatukan semua, tp ramai sgt yg cepat melatah. apa lagi yg boleh dicakap, even jesus had haters. Renung-renungkan.

    ReplyDelete
  2. Bukannya tujuan aku nak memecah belahkan syarikat, cuma nak maklumkan akan apa2 yang patut. Setidak2nya dapat diperbaiki apa yang patut.

    Biasanya org atasan tu semuanya tahu....... pendapat org bawahan mahupun org dalaman susah nak diambil kira....... biar org luar seperti aku yg mengorek.

    Harapan aku supaya apa yg akan aku korek, dapat perhatian dari MOF mahupun SPRM.......

    Harap bersabar.

    ReplyDelete
  3. Diam jer dah x de info ke? Dah tak sabar dah ni. Kalau ada yang x betul wajib dibetulkan.

    ReplyDelete
  4. bongkarkn semua kepincangan yg berlaku... aku lagi suka zaman star dulu...sbelum rapid. dari dulu smpai skrg...jadi anak tiri.. bos2 kt ampang semua dari dari putra.. apasal?

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.