Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, January 11, 2011

Apa Cerita Ni YB Manikumar.......?

Belek punya belek blog..... terbaca aku petikan dari blog sahabat bertajuk Kedah Communication Events (KCE) Pulak...? Antara petikannya berbunyi:

"Sinar Harian bertarikh  08hb. Januari 2011, menyiarkan di muka depan nya berita berhubung kemungkinan Kedah Communication and Events Sdn. Bhd. (KCE) akan di tutup. Krisis GLC yang meruncing makin  menjerat kepimpinan PR dan mencerna bahang kepanasan yang kian menghakis ozon politik negeri."

Dan

Terbaca pula aku petikan dari kenyataan akhbar Sinar Harian bertajuk "Exco sahkan tak tutup KCE ".

Malas aku nak komen, cuma aku harap pembaca dapat mentafsir sendiri apa cerita sebenarnya....... Yang pastinya KCE akan ditutup kalau macam ni punya ayat EXCO walaupun cuba mempertahankannya.

Renung-renungkanlah apa yang aku hilight dalam merah.



ALOR SETAR - Anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Communication & Event Sdn Bhd (KCE) tidak akan tutup sebaliknya diberi tempoh untuk mengenal pasti masalah dalaman yang dihadapinya serta untuk membuat penilaian semula dalam beberapa aspek bagi usaha penambahbaikan.

Exco Kerajaan Negeri, S Manikumar yang juga Pengerusi KCE berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed), Datuk Bakar Din di sini, semalam.

KCE tak akan ditutup dalam masa terdekat. Pihak pengurusan KCE diberi tempoh untuk meneliti masalah yang timbul dan perkara itu akan dibincangkan bersama di peringkat atasan,” katanya ketika dihubungi selepas mengadakan mesyuarat bersama PMBKed di Wisma Darul Aman. (Bukan masa terdekat tapi........?)

Menurutnya, desas-desus KCE akan ditutup dalam masa terdekat berikutan semua kakitangannya diberikan notis pemberhentian kerja dan operasi syarikat sejak seminggu lalu, belum muktamad. (Surat telah diberi tapi belum muktamad , apa cerita ni......)

Surat yang diterima oleh pekerja terbabit bukan keputusan muktamad, sebaliknya hanya sekadar pemberitahuan awal. Mesyuarat memutuskan masih ada pilihan lain untuk meneruskan operasi KCE. Perinciannya akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang,” katanya.

Manikumar berkata, butiran terperinci belum diputuskan dalam mesyuarat itu dan hanya membariskan beberapa opsyen.

Mungkin kita kaji sama ada perlu serapkan pekerja ke agensi Kerajaan Negeri yang lain atau buat pilihan lain jika mahu terus beroperasi,” katanya. (Ayat ni nak cover bagi sedap orang mendengar)

Menurutnya, segala masalah atau perselisihan faham sebelum ini harus dirungkai semula untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Saya percaya ia ambil masa sedikit. Perkara ini bukan mudah seperti disangka. Saya tidak mahu ada pihak teraniaya atau kerugian kerana kajian masih dibuat sama ada harus dikekalkan atau ditutup,” katanya. (Sememangnya bukannya mudah..... majoriti dok dalam KCE semuanya PAS. Cari la kalau ada orang PKR atau DAP kalau ada....... KCE mana tau buat kerja. Dok melangut menadah projek dari MB....... Mana MB tak bengang.......)

Manikumar memberi jaminan akan cuba mempertahankan KCE dengan membuat penyatuan semula dalam semua aspek termasuk pengurusan.

“Saya percaya dan yakin masih ada ruang dan masa untuk semua pihak memulihkan KCE. Buat masa ini, operasi berjalan seperti biasa. Sekiranya ada kekangan tertentu setelah dibuat perincian, barulah kita akan umum kenyataan rasmi,” katanya. (Apa akan jadi pada mereka yang dapat notis dah ni......?)

Menurutnya, beliau akan memperincikan semula hala tuju dan masa depan KCE untuk diketengahkan dalam perbincangan akan datang.

Dalam perbincangan itu memang wujud ketidaktentuan dalam komunikasi antara pengurusan KCE dan PMBKed. Bukan masalah besar dan boleh diselesaikan. Saya mempunyai harapan besar pada KCE dan yakin sepenuhnya pada peneraju PMBKed,” katanya. (Sememangnya ada masalah laaa)

Manikumar berkata, akan akur pada keputusan yang dibuat Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kelak.

“Saya percaya apa jua keputusan kelak pasti ada rasionalnya. Selagi saya memikul tanggungjawab ini, saya akan lakukan seperti yang diamanahkan,” katanya. (Kalau tak silap ayat yang sama YB Radzhi dan YB Tan Wei Suu guna masa depa jadi EXCO dulu)

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan KCE mungkin ditutup dalam masa terdekat setelah dipercayai mengalami kerugian RM4 juta sejak diambil alih Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR). KCE dipertanggungjawabkan membantu Pejabat Menteri Besar dan Kerajaan Negeri amnya, dalam pelbagai bidang yang merangkumi media, komunikasi dan penganjuran acara.

KCE diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hisham Nordin dan Pengurus Besar, Ahmad Yani Bakar yang turut bertindak sebagai jentera perhubungan awam dan korporat Kerajaan Negeri di samping mewujudkan sistem perpustakaan maklumat dan bahan hebahan untuk maklumat awam.

Print Friendly and PDF

2 comments:

  1. Depa niii.. yang dok buat papan besaq tu la kooot?
    Tak dak KCE, tak dak lah hebahan melalui sebaran am Kerajaan PR/PAS. Bukan PR/PKR atau PR/DAP.

    YANG DOK CRITA BANYAK DALAM SEBARAN RESMI, PAS sajaaa...

    ReplyDelete
  2. PKR dan DAP Kedah KAYU.

    ReplyDelete

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.