Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Wednesday, January 12, 2011

Interlok - Betulkah Sasterawan Negara Abdullah Hussain Menghina Kaum Hindu.......?

Polemik novel Interlok masih berterusan di mana desakan golongan tertentu yang mahukan novel Interlok diharamkan daripada diangkat sebagai salah sebuah novel untuk komponen sastera dalam Bahasa Malaysia Tingkatan Lima bermula tahun ini. Ini disebabkan golongan-golongan berkenaan mendakwa novel berkenaan mempunyai elemen-elemen yang menghina kaum India di negara ini.

Terbaru Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud telah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang. Namun Dr Mariah telah berjaya memutar belitkan penglibatan beliau dengan demonstrasi pembakaran itu dengan memberi alasan sebagai, "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".

Penulis melihat isu Interlok ini sebagai bukan satu penghinaan kepada mana-mana kaum sebaliknya merupakan realiti tentang apa yang berlaku pada zaman berkenaan. Apakah Kaum Hindu di Malaysia mahu mengatakan bahawa kasta-kasta ini dicipta oleh bangsa-bangsa lain di Malaysia terutama Bangsa Melayu. Bukankah kasta-kasta ini telah wujud turun temurun seperti 5 kasta berikut:

1. Brahmin
2. Ksatriya
3. Vaisya
4. Sudra
5. Pariah

Apakah sahabat-sahabat India saya ingin menafikan tentang kewujudan kasta-kasta ini di dalam adat dan agama mereka atau adakah gelaran-gelaran kasta ini hanya sah dipergunakan di negara India sahaja. Adakah AGAMA HINDU ORANG INDIA di INDIA tidak sama dan berlainan dengan AGAMA HINDU ORANG INDIA di MALAYSIA?

Oleh itu apalah pula dosa novel Interlok yang mengangkat martabat Maniam di dalam novel berkenaan. Sudahkah sahabat-sahabat INDIA saya yang di MALAYSIA membaca dan memahami isi kandungan dan jalan cerita novel berkenaan? Salahkan Datuk Abdullah memberi fakta bahawa golongan Paria telah dibawa memasuki Tanah Melayu oleh Inggeris untuk menjadi buruh kereta api atau buruh di ladang getah. Datuk Abdullah tidak membohongi fakta sejarah dengan mengatakan bahawa dalam kapal itu bersesak-sesak golongan Brahmin atau golongan Ksyatria.

Kepada sahabat-sahabat India saya jangan terjebak dengan politik murahan yang hanya mahu memecah belahkan perpaduan yang telah lama kukuh dan stabil ini. Saya meminta agar semua pihak membuat renungan yang rasional dan ilmiah. Buatlah satu rumusan dan menghayati teks sastera dalam konteks wacana sosio budaya dan sejarah dan bukan berdasarkan sentimen  politik yang sempit.
Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.