Sejauh manakah kesungguhan, keikhlasan, kebenaran dan kejujuran Parti Politik membawa arah tuju yang sebenar.....?

……….Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.

- Surah Ali Imran ayat 140 -

Petikan Al-Quran.

Topik Terkini.

Tuesday, February 1, 2011

DKS Aku Izin.......

DKS aku izin kau ambil apa saja artikel yang ada dalam blog aku. Untuk kemenangan dan kongsi maklumat tak salah bagi aku. Dengan izin aku pun haria artikal ko ni buat renungan pembaca semua.

Kebelakangan ini aku agak kesempitan masa.

Apa yang ko tulis tu memang ada kebenarannya, terimakasih kerana sudi menggali.......



GMC oh GMC... Hang ni tak sudah-sudah korek maklumat dah tu hang tibai sepuas hati aih... Tak takut kena saman dengan puak PAS ka...?

Cerita terbaru hang AZIZAN RAZAK MUHONG LAGI !! Kah..kahh..kahhh (klik sini) timbul pulak pasai KUIN.

Sekali lagi aku nak minta maaf pasai nak ulas lebih sikit. Hang laju sungguh…

Seperti mana yang aku baca dari blog Sungguhka tajuk “Cerita Sebenar Tok Mahfuz Marah” (klik sini), dan “RM62,000,000.00 Tambahan Hutang Kerajaan Kedah Setiap Tahun” (klik sini), aku nak buat olahan sikit. Mohon izin GMC dan Sungguhka… (macam dlm sidang dewan la pulak)…

Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) merupakan sebuah universiti milik penuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia KPT/JPS/DFT/US/K03. Kampus sedia ada terletak di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman. Permasalahan bergelodak antara BDB dan Kedah Sato berkenaan : KUALA KETIL, 1 November 2010 (Isnin): Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH) di Kampung Pantai Chicar, Kuala Ketil dalam daerah Baling dalam pembinaan. – Sungguhka.

Al-kisah lebih kurang lagu ni ceritanya…

Kerajaan negeri Kedah telah meluluskan pembinaan kampus tetap baru KUIN di Kuala Ketil. Kerajaan Negeri Kedah mengarah Bina Darulaman Berhad (BDB) menguruskan segala urusan projek ini. Dalam masa yg sama, kerajaan dgn sendirinya melantik sebuah syarikat perunding “PAZA Runding” selaku Jurutera Perunding projek pembinaan KUIN. Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.

Mau tak mau, BDB terpaksa menerima PAZA Runding tanpa boleh membuat keputusan melalui pemilihan lembaga BDB. Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep  ‘Design n Build’.

Aku teringin nak jawab soalan yg GMC tanya kat Ostat, sapa tu PAZA Runding…? Aku gerenti Ostat nanti jawa “AKU TAK TAU”… Hang kesian la sikit kat Ostat tu GMC… banyak benda dia nak buat, boleh Exco pun tunggang-langgang pakat kalut nak keluar negara. Tambah NCIR baguih punya budget dok ada… nak jadikan Kedah Belanda katakan…

PAZA Runding sebenarnya adalah syarikat milik penuh YB Datuk Hj Ir. Phahrolrazi bin Hj Zawawi akan tetapi sayang sikit aku tak dapat buktikannya sebab sebelum kerajaan Kedah melantik PAZA Runding, YB ni dah pindah milik syarikat kepada org lain. Bab ni tobat depa nafi punya… Aku tak dak kaki yg boleh check detail dgn Jabatan Arkitek. Kalau sapa-sapa dapat bantu Alhamdulillah…

PAZA RUNDING (000772091A) (465-00000218)
LOT 143-A, TINGKAT 1, KOMPLEKS ALOR STAR,
LEBUHRAYA DARULAMAN, 05100 ALOR STAR,KEDAH
No. Tel : 04-7339216 NO. FAX : 04-7339216
paza_as@tm.net.my

Difahamkan projek  pembinaan kampus KUIN adalah sekitar RM180,000,000.00. BDB membuat loan dari BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) sebanyak RM340,000,000.00. Kerajaan Negeri Kedah sebagai guarantor loan.

Bina punya bina malangnya Kedah Sato telah kekurangan RM utk meneruskan pembinaan KUIN. Terpaksa la depa cari kambing hitam utk dikorbankan (macam GMC kata tu). DBD melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. Ini yg buat Tok Mahfuz marah. turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Kini pembinaan Kampus KUIN menghadapi masalah yg amat runcing sekali. Terlalu banyak hanki-penki dok tengah melanda. Antaranya:

1.       Kampus ni dijadualkan siap pada September 2012. Sepatutnya progress projek ni dalam 20%-30%, tapi malangnya hingga kini baru mencapai 9.7%.

2.       Pihak Perunding sehingga kini menjalankan kerja tanpa seorang ketua.

3.       Tak dak sebarang kordinasi. Jurutera serta syarikat yg terlibat gagal mengemukakan cadangan, reka bentuk, lukisan bina serta dokumen-dokumen yang mencukupi betul dan jelas.

Projek ini berjalan dengan masalah yang kronik, kritikal, tanpa halatuju yang jelas dari Projek S.O [Teknikal] untuk membuat keputusan yang lebih berkesan dan menuju pada masalah yang lebih besar dalam masa terdekat

Bersambung… 

Print Friendly and PDF

No comments:

Post a Comment

Sebarang komen yang dibuat tidak terlibat dengan Sungguhka. Adalah menjadi tanggungjawab dan etika pemberi komen.

Followers

Blog Ikuti.